Monday, 20 November 2006

Alhamdulillah...

Aku bersyukur kerana akhirnya, tercapai juga harapan dan cita cita aku nak berpuasa sunat Syawal selama 6 hari... Hari ini, lengkap sudah 6 hari puasa aku... Walaupun sebelum ini, banyak dugaan yang datang, aku berjaya juga tunaikan apa yang aku hajati... Yes, to some people, puasa ini cuma puasa sunat... Bukan sesuatu yang harus aku lakukan... Tapi jika aku dah berniat, tak elok kalau aku tak buat...

Sekarang, aku tinggal nak buat puasa sunat satu lagi iaitu untuk membayar nazar aku... Dulu, masa aku tengah belajar, aku ade bernazar... Bila aku dah habis kelas dan aku lulus dengan cemerlang, aku akan berpuasa... Satu matapelajaran yang aku dapat "distinction", aku akan berpuasa selama sehari... So, aku ade 5 matapelajaran... Jadi 5 hari lah aku akan berpuasa...

Insya Allah, mungkin lepas ni kot... Jika tiada halangan...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.