Saturday, 20 January 2007

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 kali ini, aku berkesempatan menyaksikan satu lagi event anjuran Kementerian Pelancongan dan yang sekutu dengannya... Acara yang diberi nama "Florathon 2007" ini berkisar tentang kisah kehebatan bunga bungaan yang berwarna warni dimana para peserta yang mengambil bahagian akan menghiaskan diri mereka dan berarak sekitar bandaraya Kuala Lumpur... Macam2 fesyen aku dapat lihat... Ada yang cantik dan banyak yang buruk... Anyway, atas semangat dan minat, dia orang tetap teruskan jugak walaupun dia orang tahu, ramai orang akan mengata dan gelakkan dia orang...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seawal jam 7.00 pagi, suasana disekitar Dataran Merdeka penuh sesak dengan ribuan umat manusia... Ramai yang mengambil peluang cuti hujung minggu bersiar siar dan makan angin disini... Tourist pun ramai... Selalunya waktu macam nie, jalan memang lengang giler... Seronok kalau dapat drive @ bawak motor jalan jalan... Masa aku sampai kat Dataran, aku dapat lihat banyak khemah tegak berdiri.. Sayup2 warna warni bunga kelihatan ketika aku turun dari bas... Ramai gak yang masuk perarakan kali ini... Mane taknye, hadiah memang lumayan... Tak silap aku, tempat pertama merupakan hadiah wang tunai berjumlah RM10 ribu ringgit.. Wowww.. kalau menang, boleh joli sakan... Pastu, ade lagi hadiah kecik2 yang announcer tu sebut, berderet deret sampai orang pun dah boring nak dengar... Biasalah, kalau tak sebut, kecik hati lak sponsor event ni kan??

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Perarakan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan... Ada kumpulan individu dan ada dari syarikat korporat, persatuan hotel, kementerian/jabatan kerajaan dan sebagainya... Imagine la betapa panjangnya barisan dia orang yang nak berarak ni... Nasib baiklah buat waktu pagi, tak mau terbakar!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Member aku ni masuk untuk kategori kumpulan... Dia nie memang kreatif dan suka buat benda2 macam ni... Lagipun, dia ada bagitau aku, pada awalnya, dia tak terfikir pun nak masuk... Asyik sibuk dengan pelbagai urusan pejabat... Dek kerana pujukan dan perintah dari pihak pengurusan atasan, terpaksalah dia buat... Aku pun, ade gaklah involve sekali... Kesian lak kat dia kene buat sorang2... For friend, aku ikhlas membantu mane yang boleh.... Untuk pertandingan kali ini, dia siap antar 2 group; satu group lelaki dan satu lagi group pompuan... Bila aku tengok hasil kerja dia, memang lain dari yang lain... Menarik dan kreatif... So far, aku tak nampak lah mane2 group yang buat sama macam group dia nih... Kedua dua group ni ada tema dan nama... Yang pompuan aku tak ingatlah ape temanya, tapi yang laki aku tahu sebab aku banyak tolong siapkan kelengkapannya... Tema "Flowers of The Dark Forest" menjadi pilihan dia... So, kalian bayangkanlah jenis2 bunga yang digunakan untuk group laki nih... All those poisonous flowers!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Seperti yang aku jangka, group laki ni menang untuk kategori kumpulan!!... Aku dah agak dah sebab memang lain dari yang lain.. Tahniah ler buat member aku tu... Segala penat lelah telahpun dibalas... Yang bestnya, group nie mendapat liputan dan pujian ramai orang!.. Berdoyon doyon juru gambar professional dan amatur nak snap pictures... Yang dia orang nie pulak, hendak tak nak, kenalah jadi model sementara... Hehehehhehehehee....

Congrats from me again !!

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.