Sunday, 21 January 2007

Pernah tak kalian come across waktu dimana kalian realize dimanakah kalian berada sekarang?

Benda nie tak pernah ler terjadi kat aku tapi aku dapat membayangkan keadaan dan waktu ketika itu... Terbit rasa insaf dan bersyukur yang teramat sangat kepada Yang Maha Esa atas apa yang dikurniakannya padaku...

Aku dapat e-mail dari seorang rakan tentang kisah seorang warga kota ketika pulang ke kampung halamannya... Actually, bila cakap pasal balik kampung, apa yang istimewa sangat? Biasalah bagi mereka yang ada kampung nih.... But this story is not about that... Cerita nie memaparkan tentang rentetan hidup seorang kanak kanak yang gigih berusaha mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarganya... Bayangkan seorang kanak2 kecil dan lincah sudah pandai mencari rezeki... Aku rasa kagum... Rasa insaf dan adakalanya aku rasa sedih serta simpati padanya... Tapi apakan daya, itulah hakikat hidup... Tidak semua orang dilahirkan didunia ini lengkap segala galanya... Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan sentiasa berusaha untuk memperolehi apa yang kita impikan....

Ikuti kisah yang begitu menyayat hati ini....

"Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke K.Lumpur, memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang?.. Pakcik?... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang..." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik.. Abang sedekah.. tak payah abang beli kuih tu..." saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian semakin membuak-buak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai tadi. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur untuk beredar dari situ. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan kereta, memanggil kanak-kanak itu kembali. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!..." kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada kita. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti akan marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu hendak berkata. "RM25 saja bang!... Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Ketika dalam perjalanan pulang, fikiran saya melayang memikirkan tenang status kanak-kanak tadi. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!"
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.