Wednesday, 14 February 2007



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bila orang bertanya, hari ini hari apa?

Ramai yang akan menjawab, "Hari Valentine"....

Itulah yang akan kita dengar disetiap mulut muda mudi kita sekarang... Seolah olah, tarikh ini dinantikan terutama sekali mereka yang sedang hangat bercinta... Setiap tahun, tidak pernah terlepas walau sekali pun perkataan 'valentine' disebut bila tiba tarikh ini... Aku rasa musykil... Mengapa perlu kita mengingati kekasih pada tarikh ini? Apa keistimewaannya sehingga ianya perlu diingati? Bukankah itu pelik namanya? Setahu aku, Islam tidak pula meletakkan syarat bahawa kita perlu mengingati kekasih kita pada hari ini atau mana2 hari sekali pun... Malah, sebagai seorang Muslim yang beriman, kita sepatutnya memperingati Allah dan nabi junjungan Muhammad S.A.W disetiap saat dan waktu...

Sesetengah orang, mungkin tidak mengetahui apa itu hari valentine... Ada yang tahu, tapi buat2 tak tahu dan terus menyambutnya kerana takut kekasih akan berkecil hati atau merajuk... Sama ada kita menyambutnya atau tidak, sebagai umat Islam, kita harus mengetahui apa itu hari valentine dan apa hukumnya jika kita terus meraikannya...

Aku ada buat sedikit kajian dan kebanyakkan ulama mengatakan ianya 'HARAM' untuk diikuti... Malah, keluar dalam surat khabar sebelum ini, Mufti Perak - Datuk Seri Harussani Zakaria berkata bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad jika dia menyambut hari valentine tersebut... Jadi, kita seharusnya berhati hati untuk mempercayai setiap perayaan yang bersangkut paut dengan agama sebelum menyambut atau meraikannya...

Apa itu hari valentine?

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung - burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis "From Your Valentine" kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Begitulah antara kisah yang aku perolehi... Kebanyakkan menceritakan perkara yang sama dimana ianya diasaskan oleh seorang paderi dari Rom... Bukankah pelik jika kita ingin meraikan sesuatu yang sememangnya bercanggah dengan amalan kita sebelum ini? Islam itu sendiri cukup indah untuk kita ikuti dan rasanya tidak ada yang kurang... Sememangnya kita digalakkan untuk mengingati sesama sendiri, bukan sahaja kepada kekasih, malah kepada ahli keluarga, KAWAN KAWAN serta sahabat handai dan orang lain setiap masa... Itulah yang sebaik baiknya...

Jadi, sebagai umat Islam yang cintakan agamanya, tidak perlulah kita mengikuti budaya asing yang sememang tidak sesuai dengan cara hidup kita yang sebenar...


"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia" - Datuk Harussani Zakaria

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.