Thursday, 22 February 2007

Today, aku ada rehearsal dengan group persembahan aku...

Risau gak dengan dia orang ni... Semuanya memang jenis yang takde pengalaman menari... Eleh, aku pun sama gak... Bukannya pernah menari pun sebelum ni... Kali terakhir aku menari masa aku sekolah tadika kecik2 dulu... Tu pun kene paksa dengan cikgu... Hehehehee...

Anyway, aku dah siapkan lagu untuk buat persembahan... "Tengokkkk, aku jugakkk yang kene buat..." Hehehehheheheeee... Kali ini, saje aku masukkan lagu yang sememangnya menaikkan semangat orang untuk menari... Lagu intro aku letak lagu Noraniza Idris sebab aku rasa lagu dia aje yang sesuai untuk bukak panggung... And then, untuk memulakan persembahan, aku masukkan lagu Dikir Puteri - Noraniza Idris untuk tarian dikir barat... Lepas tu, lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan oleh Mas Idayu untuk dangdut Jawa... Waduhhh... Berbisa sungguh lagu ini... Sure meleleh bebudak lelaki tengok pompuan2 ni bergelek... and lastly, aku masukkan lagu barat; joget cha cha lagu Sway yang dinyanyikan oleh Micheal Bublé (sebut betul betul.. Bubley ye, bukan buble... Hehehheheheheheheee....)

Kesemua lagu ni aku adunkan jadi satu lagu... Semua lagu tu aku kerat selama 2 minit dan dicantumkan untuk dijadikan 10 minit persembahan... So, you won't get full songlah... Anyway, original idea pun cuma nak tampilkan kepelbagaian tarian saja.. Bukan satu lagu...

Bila aku pasang, masing2 dah excited nak menari... Tahu jelah budak2 nie... Culture shock tak pernah goyangkan badan... So, tanpa buang masa, aku memulakan tugas mengarah dan mengkareografikan kesemua orang nih... Hati aku terdetik, "boleh ke aku buat ni???"

Aku ingatkan, aku dapat penari2 yang sememangnya kayu tak reti menari langsung... Tak sangka lak hampir kesemuanya memang pandai menari... Telentuk liuk anggota badan dia orang... Aku lak yang tergamam.. Woww !!! Ini sudah bagus... Senang kerja aku lepas nih....
Proses kareografi tak memakan masa yang lama... Ajar sekali, semua boleh tangkap... Aku pun tak buat step2 yang mengarut yang dia orang tak boleh nak buat...

So, korang nak tengok hasilnya ??? Haa... tunggu entry yang akan datang!...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.