Thursday, 15 March 2007

Ok...

Jika aku seorang 'billionaire', aku akan: -

  1. Bayar zakat (zakat harta dan zakat pendapatan)
  2. Bawak kesemua kaum kerabat dan ahli keluarga aku pergi menunaikan haji (selagi cukup RM)
  3. Selesaikan semua masalah orang miskin didunia ini
  4. Bina lebih banyak rumah untuk anak yatim, anak yang terbiar, ibu tunggal dan fakir miskin
  5. Bina masjid, sekolah agama dan kolej dikawasan pendalaman dan kawasan kampung
  6. Bina kilang, kedai dan pejabat kat kawasan kampung dan pendalaman
  7. Derma dan sedekah kepada golongan yang memerlukan

Nampak macam poyo je kan aku nih... But seriously, kalau aku berkemampuan dan aku memang jadi jutawan, aku akan tunaikan sebab: -

  • aku tak sampai hati tengok anak yatim dan mereka yang susah terkontang kanting tanpa haluan
  • aku tak sampai hati tengok orang susah... Believe me, aku pernah hidup susah sebelum nie dan aku tahu macam mana rasanya hidup susah... Hanya orang yang pernah hidup susah aje yang tahu...
  • aku nak bantu mereka yang takde kerja, yang susah dapat kerja... At least, aku dapat ringankan beban dia orang...
  • aku tak suka tengok budak2 kecil membesar tanpa ilmu dan pendidikan... Ramai yang susah, tak dapat belajar dengan baik... Padahal depa nie semua memang bijak pandai..
  • aku suka melihat semua orang yang aku jumpa tersenyum gembira, bukan sedih dan menangis!

Well, itulah yang sebenarnya...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.