Wednesday, 14 March 2007

Aku dan member sorang lagi sempat gie tengok wayang kat GSC Mid Valley. Kali ini, cerita yang kami tengok berkisar tentang zaman purba kala. Zaman perang antara tentera Rom dengan askar2 Parsi. Zaman pemerintahan Sparta dibawah pimpinan raja mereka yang agung, Leonidas...

Wayang yang aku maksudkan ialah "300". Well, masa tengok movie ni, I would agree yang those yang tak boleh tengok darah ke, bunuh membunuh ke, potong sana, potong sini, tok sah ler gie tengok. Takut nanti kang ade lak yang termuntah kayak dalam panggung wayang tu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sepanjang movie ni, aku dapat lihat tentang kehebatan tentera Sparta dalam dunia peperangan. Tidak dinafikan, mengikut jalan cerita, mereka kuat dan hebat. Apa sahaja rintangan dan cabaran yang mereka hadapi, pasti akan berjaya. Keberanian dan kekuatan yang ditunjukkan membuktikan Sparta adalah bala yang terkuat dizaman itu...

Aku rasa tertarik dengan tajuk "300" yang cuba dipaparkan. Pada mulanya, aku terfikir apa kena mengena 300 dengan filem ini. Bila aku pergi tengok sendiri, barulah aku tahu maksud sebenar kenapa 300. Actually 300 tu adalah askar Sparta yang pergi berperang dan akhirnya terbunuh ketika menentang askar Parsi. Well, kalau diamati betul2 banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita ini. To me, we always take mana yang baik ajelah. Of course, kalau nak di ikutkan kita tidak seharusnya menerima bulat2 bahawa Sparta itu bagus. Ada banyak gak yang tak bagusnya. Cuma aku kagum dengan semangat mereka berjuang berhabis habisan menentang musuh mereka demi untuk keselamatan dan ketenteraman kaum dan keluarga mereka....

And most of the scene aku tengok, mereka berperang tu. Macam ada kat dapur pulak. Cincang sana, cincang sini. Melayang layang kepala orang di udara bila kena pancung dan ada tu, kena tusuk dengan lembing macam cucuk daging kat atas pinggan aje. Sekali tengok, memang ngeri tapi tulah jalan ceritanya. Aku toleh kiri kanan, ada gak audience pompuan yang tekup muka tak nak tengok scene tu. Geli hati aku...

Abis wayang, aku sempat gie tengok Honda Showcase kat Ground Floor. Terkasima kejap bila tengok kereta Honda ni. Most of the model shown ialah CR-V. One of my favourite car!. Aku tengok spesifikasi kereta tu, tengok enjin dan ruang dalam kereta, only one word I want to say, memang superb!!! And then, this one is new model of CR-V so kemasan dalaman memang 'hensem' sampaikan aku tak nak keluar dari kereta tu. Berangan ler kejap aku bawak CR-V. Nak beli, memang berjanggutlah. Mahal giler!!! Gaji aku pun tak mampu...

Kebanyakkan yang datang pun, kalian tahulah siapakan... Golongan #$%&*@! yang berada. Asal ambil brochure aje, sure ade yang sain. Ambil sebijik. Rasa jeles lak aku. Kan best kalau aku boleh buat camtu? Actually, boleh tu memang boleh. It just only a signature. Bukan ade ape pun... Heheheeeeee...


Note:-
Signature yang cantik tapi takde value. Kalau sign, cuma sekadar sign, tapi kalau tunjuk, value cuma RM berapa sen aje. Sigh... :(


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.