Monday, 30 April 2007

Today, ramai orang yang bercuti...

Maklumlah, esok Hari Pekerja (1 Mei) dan lusa lak cuti ganti untuk Hari Wesak... Ramai yang ambil kesempatan cuti panjang, balik ke kampung ataupun jejalan...

Office aku agak lengang hari ini... Begitu juga dengan keadaan jalan raya... Rasa seronok memandu waktu macam ni... Tak pening kepala sangat...

Today merupakan hari terakhir buat office collegue aku; Abg Syafiq... Dia akan berhenti kerja dan akan memulakan cabaran ditempat kerja baru... Mengikut apa yang dimaklumkan pada aku, dia dapat kerja kat syarikat kelapa sawit yang terletak berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya di Shah Alam... Eloklah tu, senang sikit nak pergi kerja kan... Cuma buat masa terdekat ni, dia kene berulang ke sini hantar wife dia... Well, tanggungjawab, tetap tanggungjawab... Esok, ade rezeki... Wife dia pun boleh transfer sekali...

Kita orang tak sempat nak plan farewell party for him... Ramai yang takde pun... Cuma apa yang boleh kami lakukan ialah belanja makan lunch aje... Tu pun, tak semua ada... Oklah tu kan???

To --> Abg Syafiq, Good Luck to you dan jangan lupakan kami disini yea... Rajin2 lah singgah dan Insya Allah, kalau kami ade projek jalan2 baru, kami akan war war kan... Insya Allah....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Masa nak balik tu, aku ada jumpa seseorang... And waktu tu juga aku tersentap bila dia mengkhabarkan kepada aku sesuatu perkara yang aku tak jangka!... Pada mulanya, susah gak aku nak terima tapi lama2 aku fikirkan kembali, aku jadi relax... Mahu atau tidak, aku kene terima kenyataan...

Budak nie bagitahu aku, dia nak kawin dah... Well, bagi korang, ape bezanya kan? Eloklah kalau dia nak kawin... But to me, it is not... Actually, aku dengan dia agak rapat... Well, we did share some of our stories together... Entahlah... Maybe sometimes, aku rasa carried away... Rasa emotional pulak... Kadang2 aku rasa macam tak boleh terima kenyataan bila perkara ni disebut sebut... But untuk apa? Jodoh dan pertemuan kan di tangan Tuhan... Seharusnya aku redha dengan ketentuan ini...

Aku rasa sayu bila dia cakap, dia cuma bagitau aku seorang saja buat masa ini... Dia belum bersedia untuk mengumumkan kepada kawan2 yang lain... Tak tahulah, mungkin tiba masanya nanti dia akan cakap kot... Itulah yang menjadi tanda tanya dalam diri aku... Kenapa aku seorang? Kenapa tidak orang lain?? Acap kali aku cuba untuk mengetahui sebab musababnya namun tidak berjaya...

Aku tak tahu nak cakap macam mane... Kalau kawan yang lain, not a problem for me... Tapi kalau dia, susah aku nak terima... Nak terima in sense yang dia nak kahwin... Macam tak percaya aje... Mungkin aku rasa lepas nie kami tak ler macam dulu... Yelah, berkawan dengan orang yang dah berumah tangga nie lain... Kalau masa bujang, bebas... Nak keluar mane2, boleh aje... Sekarang pun boleh tapi tak ler macam dulu... Sometimes boleh, sometimes tak boleh... And then, mungkin pasal aku bujang dan aku akan kehilangan kawan2 bujang yang lain kot... Heheheeeeee...

Isshhhhhhhhh.... ape yang aku merepek nih!!! Tak pelah, I'm trying to forget all this... Sepatutnya aku bergembira dengan berita ini, bukan fikir yang bukan bukan....

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.