Thursday, 17 May 2007

Aku rasa hari ini, aku banyak buat aktiviti dengan kawan kawan aku...

Memula sekali, aku plan nak celebrate besday kawan sepejabat aku nih... Kek dah beli dah semalam dan memandangkan ramai yang nak makan ayam golek, so aku decide buat celebration kat sana aje... Kalau kat KL nie, rasa aku ayam golek yang OK dan sedap kat Pantai Dalam tulah... Siape2 yang dok KL or bekerja kat sekitar Bangsar/KL, tahu kot tempat nie kat mane...

As usual, janji punye janji... Tuan yang empunya diri yang aku nak celebrate besday nih tak boleh nak ikut sekali... Katanya, dia kena temankan adiknya keluar makan... Laaaahhh pulok! Aku dah plan chantek punya, nak buat surprise untuk dia, dia tak boleh ikut pulak... Last2, aku pergi jugak ayam golek tu dengan yang lelain sebab dia orang nak makan kat sana... Cuma, tak de celebration lah dan aku bagi kek tu lepas kami semula pulang kepejabat...

Anyway, to Kak Ayu... Happy Birthday to you... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



And then, hari ini juga aku telah mendapat seorang pembantu baru kat office... Aku tak pasti sama ada kalian masih ingat ke tidak, aku akan bertukar ke unit lain hari Isnin depan... So, my current work sekarang ini akan diserahkan kepada assistant baru aku nih... Well, I must admit that this person (girl actually) is too young! Masih banyak benda yang dia tak tahu pasal office environment and work... Dan sebagai seorang senior dan orang yang bertanggungjawab kepada dia, aku harus tunjukkan satu persatu tentang kerja aku dan syarikat tempat aku bekerja ini... Alhamdulillah, budak nie jenis yang boleh tangkap apa yang aku ajar walaupun agak lambat sedikit... Biasalah tu, aku dulu masa baru kerja pun lembab jugak! Normal lah tu kan...

Aku berharap dia nie dapat bertahan lama lah... Sebabnya budak2 sekarang nie manja sikit kalau diberi kerja... Kebanyakkan memilih dan tak mahu mengikut arahan... Buat perkara sesuka hati aje... Tu yang kadang2 ramai staff senior geram dan naik angin dengan dia orang... Bab eksyen tu, tok sah citer lah... Memang dah ada dalam diri diaorang kot... Yelah, masing2 muda remaja... Baru abis belajar... Graduate from this university lah, that universitylah... this college lah... And then, tak de working background... Tu yang demand lebih2 tu... In my situation, aku takut dia resign secara mengejut aje... Hari ada, esok terus tak datang dah sebab tak boleh tahan dengan pressure... But from what I observe, pengganti aku ni OK dan nampak macam dia sungguh2 nak bekerja... Eloklah gitu kan?...



After office hour, aku kena attend post-mortem meeting pasal aktiviti kat Kuala Terengganu last weekend... Ermm... Waktu meeting tu, ramai yang telah menyuarakan pendapat masing masing tentang keberkesanan program tersebut dan rata ratanya kurang berpuas hati... Chairman sendiri pun telah menerima banyak surat dan e-mail response dari peserta dan hampir kesemua respon tersebut tidak begitu positif... Aku dah agak dari awal sebab waktu aku ada kat sana, banyak cacat cela program tu... Nasib baik bahagian aku tidak ketara sebab aku dah prepare awal awal... Alhamdulillah...

Memang benar, aku sendiri tidak berpuas hati dengan kualiti PA system yang disediakan, khemah yang menepatkan hadirin yang datang, peralatan yang digunakan dan macam macam lagi... Aku bukanlah nak cerewet pasal benda2 kecil tapi sebagai seorang urusetia dan jawatankuasa utama, aku kena pastikan mesej program dapat disampaikan kepada semua yang hadir... Kalau kurang berkesan, bermakna program hari minggu yang lepas dianggap tidak berjaya!... Kalau nak dibandingkan dengan program bersama anak2 yatim di Kota Tinggi, Johor sebelum ni, aku harus katakan bahawa program di Kota Tinggi jauh lebih baik... Bukan nak kondem pasal tempat dan sebagainya, tapi kesilapan yang dilakukan oleh beberapa orang penting dan tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari program yang lepas adalah punca utama semua ini terjadi...

Dalam mesyuarat, suasana tidaklah setegang macam Dewan Rakyat atau Dewan Negara tapi masing2 memberikan pendapat dan pandangan untuk memperbaiki mana yang patut... Aku rasa untuk program yang akan datang, semua ini tidak akan berlaku sebab masing2 pun telah mengetahui impak sesuatu tindakan akan mengubah keseluruhan program... Bagi aku, sebagai seorang yang memberikan pandangan, Insya Allah akan membantu mana2 bahagian yang aku rasa lemah dan memerlukan bantuan... Semoga usaha aku dan rakan2 akan diberkati...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.