Tuesday, 22 May 2007

Muka aku pucat kejap...

Terkejut dan menggelabah aku... Pagi tadi masa aku masuk portal perbankan yang connected dengan akaun simpanan aku, aku dapati ada kesilapan jumlah baki dalam akaun... Puas aku periksa dan buat congakan semula, adakah betul baki terakhir dalam akaun aku... Atau aku tersilap tengok atau kira...

Aku keluarkan semua resit "withdrawal" dari ATM yang aku simpan especially transaksi yang terakhir... Aku semak buku akaun aku, semuanya OK... Tapi yang peliknya, kenapa baki dalam akaun aku tu tak sama dengan ape yang aku kira??? Ini ada pelik sikit....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku tak puas hati, aku tengok sekali lagi... Buat perbandingan dengan resit yang ada dalam tangan aku... Nasib baiklah aku nie bukan jenis yang suka buang resit pengeluaran dari mesin ATM... Kalau berlaku kes macam ni, senang aku nak report... And then, aku turun bawah (ke Banking Hall) pergi update buku akaun aku... Semua aku buat sebab nak pastikan semuanya betul dan sahih... Yelah, bab duit ni bukan boleh bawa main2... Kalau betul jumlah tu silap, kenalah aku laporkan kepada pihak bank...

Sesudah tu, aku kira semula, sah !! Memang ada kesilapan... Kalian nak tahu ape silapnye? Aku dah buat kira2 dan aku dapati duit dalam akaun aku hilang RM 1,090.34 !!!!

Mak aihhh !!!.. Mane lak pergi duit aku nih??? 'Hantu' mane lak yang cekau??? Ke memang sistem perbankan internet bank nie ade masalah?? Tak boleh jadi ni... Aku tengok transaction, tak de pulak aku ade transfer duit ke mane2 akaun lain... Pengeluaran kali terakhir pun aku buat 2 hari yang lepas masa aku pergi jemput mak aku kat airport... Tu pun, baki duit dalam aku memang betul... Tak silap... Tak de pulak urus niaga dan jual beli dalam akaun... Semuanya OK tapi jumlah pula yang tak betul...

Aku panik sekejap... Dalam kepala otak aku, macam2 aku fikir... Kalau benar ada dalang disebalik kejadian ini, aku suspect ini mesti kerja orang dalam!... Orang lain mane ade access untuk masuk akaun orang... So, terus aku call Pusat Bantuan Pelanggan dan seperti bank2 yang lain, mesin yang jawab... Suruh aku tekan butang ini, butang tu sebelum aku dapat bercakap dengan Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan bank tersebut... Aku ceritalah dari A sampai Z ape yang aku hadapi dan minah tu sendiri rasa pelik dengan apa yang berlaku dengan akaun aku... Dia musykil macam mane duit aku boleh short/hilang RM seribu lebih !!! Banyak tu !!!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disebabkan tak boleh nak solve time tu jugak, minah tu ambil report dan akan call aku balik... Siasatan akan dilakukan dan dia berjanji akan bagitau aku keputusannya... Aku harap semuanya akan OKlah... Misal kata memang confirm ada dalang disebalik kejadian ini, pihak bank akan memasukkan semula duit aku yang 'hilang' tu...

Cuma aku terfikir, since benda ni dah jadi, aku macam dah tawar hati nak guna perbankan online ni... Aku macam fobia bila jadi macam ni... Boleh percaya ke semua ini? Sedangkan duit yang kita simpan dalam bank pun orang boleh ambil, ni kan cuma sekadar sistem yang menunjukkan angka semata mata... Kalau orang yang jenis tak simpan rekod, macam mana? Pulak tu, bank yang aku guna untuk simpan duit ni dah tak practise sistem pakai buku !! Jadi semua pelanggan yang baru bukak akaun memang takkan dapat buku... So, macam mana nak tahu baki terakhir kalau buku pun takde ??? Walaupun ade sistem online, ni dah jadi macam ni, boleh diharapkan ke??

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.