Sunday, 6 May 2007

Aku terkejut bila dapat satu SMS dari seorang budak ni...

SMS tu dihantar pada pukul 2.30 pagi dan waktu tu aku baru nak masuk tidur... Isi kandungan SMS tu berbunyi: -

"Apa maksud msg awk ni! Merepek yang bukan2 jer! Tadi nak chat apanya? Awak bz chat ngan orang lain buat pe saya nk kacau!"

Lain macam aje bunyi SMS ni kan? Aku sendiri pun tak tahu kepada siapa ditujukan SMS ni.. Nombor yang tertera pun tidak diketahui... I guess nie mesti kes makwe/pakwe lepas ONLINE lah ni... Dalam alam cyber dah bergaduh, pastu ade aksi pujuk memujuk... Seorang tengah marah sebab temannya gie layan orang lain pastu yang sorang lagi lak nak pujuk tapi tidak diterima oleh pasangannya....

Kartun betul... Kes macam ni pun ada... Aku try call nombor ni, budak lelaki yang jawab... Aku tanya dia, "Apa kes???", terus dia letak telefon... Ermm... Malulah tu kot, dia nak antar SMS kat awek dia, tersalah antar kat aku... Yang pasti, aku tak cam suara dia dan semestinya tidak mengenali si empunya diri...

To mamat nih, "Good luck to you lah... Semoga dapat berbaik semula dengan awek kau..." Jangan gaduh2, tak baik!.... :)

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.