Friday, 1 June 2007

Bila aku sampai aje kat office pagi tadi, aku rasa macam boring kejap... Entah kenapa tah, tiba2 aje mood aku hilang... And then, tengok meja aku yang penuh dengan fail, lagilah aku bertambah down...

Semalam aku dah clearkan banyak perkara... Sambil tu, sempat aku kemas meja aku sebelum aku balik.. Pagi ni aku datang, bertimbun balik fail atas meja aku... Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah... Asal aku clearkan aje, mesti banyak lagi yang akan datang... Kalau tak sikit, berkotak kotak... Kadang kadang, rasa pelik gak... Sebelum nie tak pernah jadi macam ni... Jadi, aku buat kesimpulan, sah orang yang sebelum nie tak buat kerja... Kalau buat pun, mungkin mereka tak follow up atau simpan rekod dengan baik... Kebiasaannya kerja macam aku nie takkan memakan masa yang panjang untuk selesai melainkan kalau melibatkan kes yang serius dimana pihak ketiga terpaksa dirujuk...

Hendak atau tidak, aku kenalah buat juga... Siape lagi yang akan buat kalau tak aku... Masa aku memula joint unit baru ni pun, big boss aku dah expect aku akan reducekan outstanding back log... Biasalah, agaknya muka aku ni muka clear kan kerja orang lain kot... Asal merge aje, mesti ada back log... Kes beribu ribu yang tak selesai, sudah menjadi kebiasaan orang kat sini... Cuma tahan dengan tak tahan aje.. Kalau rasa2 tak boleh nak buat atau tak sanggup nak berdepan dengan masalah, eloklah transfer tempat lain... Tu jelah caranya...

Aku rasa terkilan juga dengan perangai boss boss aku kat sini... Ramai kawan2 aku dah blah gie joint company lain... Mereka yang blah ni pun bukan calang2 orang tau... Masing2 bagus2 dalam pelbagai aspek... Aku tak paham kenapa company aku tak halang dia orang ni dari berhenti... Well, depa berenti pun bukan sebab suka2 nak berenti... Kalau nak diikutkan dalam market, company aku ni merupakan antara company favourite untuk orang luar mintak kerja... Asal dengar aje nama company aku, semua orang bukak mata... Semua orang akan cakap, "Waaahhhh, best lah keje kat situ.. Gaji mesti masyukkk!!!"... Entah aku tak paham kenapa dia orang cakap macam ni... Entah ape yang masyuk, aku pun tak tahu... Masyuk angin, keluar asap adelah... :)

Aku pun terfikir gak, macam manelah nasib aku nanti kat sini... Dah dekat 11 tahun aku kerja, macam ni jelah aku... Kerja kuli aje... Tak pernah dinaikkan pangkat atau diberikan ganjaran lumayan macam orang lain... Padahal, kalau nak di ikutkan, dah macam2 kerja dah aku buat... Dah macam2 department aku joint... Hampir kesemua benda aku tahu... Baik kerja kerani sampailah kerja manager... Semua aku dah rasa... Tapi yang peliknya, dia orang ni (bosses) tak pernah appreciate ape aku dah buat... Hanya compliment aje yang aku dapat... Puji sana, puji sini... "Eh.. Baguslah kau!!!!"...

Aku bukan lah mengharapkan apa2 cuma kalau dah terlalu lama sangat bekerja dengan jawatan yang sama, boring gak kan ??? Bukan aku tak reti bersyukur, tapi manusia masing2 ada satisfaction yang tersendiri... Aku pun ada cita2 gak... Tapi bila melihat keadaan aku sekarang, macam lagi sukar aje aku nak capai cita2 aku...

Kengkawan aku kat sini selalu pesan supaya aku banyak bersabar... Ganjaran akan tiba kelak... Well, sabar tu sabar gak... Kadang2 kita kena fikir gak masa depan... Umur makin lama, makin tua... Tapi kedudukan dalam syarikat, macam tu aje... Tak naik naik... Perlu ke berbuat sesuatu???

Aku masih lagi bersyukur kerana aku dikurniakan kekuatan hati, mental dan fizikal untuk terus menghadapi semua dugaan ini... Untuk pengetahuan kalian semua, ini adalah tahun terakhir aku meneruskan kerjaya sebagai seorang pekerja disyarikat aku... Kalau tahun depan, aku masih lagi berada ditempat yang sama, tandanya aku harus mengundur diri... Aku akan berlalu pergi mencari tempat dimana perkhidmatan aku diperlukan dan pengalaman serta bakat aku dihargai... Kepada rakan2 sepejabat aku yang membaca coretan aku kali ini, usah ditanya kenapa kerana kalian tahu jawapannya... Inilah satu2 cara untuk aku mengubah nasib aku...

Doakan aku ye....

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.