Tuesday, 12 June 2007

Lepas lunch tadi, ada sorang kawan sepejabat datang jumpa aku... Mengadu pasal masalah yang dia hadapi...

Terkejut jugak aku sekejap sebab tiba2 aje dia datang minta tolong... Dalam hati terdetik gak, "Ape ke jadah minah ni mintak tolong kat aku nih... Tak pernah2 dia mintak tolong aku... La ni, sanggup datang waktu lunch semata mata nak jumpa aku...." Aku pun layanlah sebab kesian kat dia ni... Lagipun, pasal kawan2, aku tak kesah sangat... Mane yang boleh aku tolong, aku tolonglah...

Memandangkan yang dia nak cerita ni agak peribadi sikit, aku buat keputusan untuk jumpa dia dalam bilik meeting yang terletak tidak jauh dari tempat duduk aku... Dalam bilik tu, senyap sikit so takde orang akan dengar perbualan kami... But people can see from outside sebab dinding keliling 100% kaca...

Dia pun start ler cerita... Gedebak gedebuk, rupa2 nya dia gaduh dengan boyfriend dia... Lahhhh... Aku ingatkan dia kene rompak ke, nak kahwin ke... Rupanya, benda kecik aje... Mengikut cerita dia, punca sebenar pergaduhan ni adalah disebabkan perasaan cemburu dan kecil hati yang terbit dalam diri... Cerita bermula apabila boyfriend dia terpaksa cancel dating malam ni gara gara kawan office dah booking tiket tengok wayang kat TGV, KLCC... Dah pulak tu, movie tu pulak memang favourite movie boyfriend dia tu...

Yes, kalau korang, mesti korang akan fikir macam kawan aku ni fikir... Sepatutnya boyfriend dia tak sepatutnya cancel date malam ni dan keluar dengan kawan2 office dia tu... Boyfriend dia sepatutnya utamakan dia sebab dia ni kekasih kepada boyfriend dia tu... Tapi sebenarnya, situasi bukan macam tu... Boyfriend dia dah memang tak nak pergi tapi apabila dipujuk berkali kali oleh rakan sepejabatnya (plus tiket pun dah beli), then dia terpaksa gak terima... Of course dengan berat hatilah... Yang sulitnya, rata2 kawan sepejabatnya tu merupakan antara kawan rapat dia (yang sorang tu, tinggal serumah)... So, korang faham - fahamlah bila berdepan dengan situasi macam ni... Satu, kawan karib... Yang satu lagi tu pulak kekasih hati... Dua2 pun penting!... Dua2 nak kene jaga... Mane satu nak didahulukan?

So, si boyfriend dia pun bagitaulah kat dia, pujuk dia yang tak dapat gie dating malam ni... Ape lagi, member yang dah bengang terus mengamuklah... Marah2 dan maki hamun boyfriend dia... Kesian lak aku kat boyfriend dia tu... Tak pasal2 kene maki hamun... Pujuk punye pujuk, still dia tak boleh nak accept apa yang boyfriend dia dah buat... Boyfriend dia call, dia tak angkat... SMS pun tak berbalas... Dia buat tak tahu aje... Sampaikan boyfriend dia merayu rayu pada dia minta maaf... Sampai satu ketika, mamat tu dah give up... Terus bagitau "Lantaklah.... kalau awak nak marah, marahlahh... Saya malas nak fikir lagi dah..."

Member gelabah kejap... Takut kalau2 boyfriend dia serius, terus gigit jari... Kene 'cerai' time tu jugak... Disebabkan tak boleh nak fikir dan hati dah diselubungi dengan kemarahan, tu yang dia datang cari aku...

Aku nak nasihatkan dia pun payah gak... Takut kalau2 dia berkecil hati... Dengan kekuatan yang ada, aku bagitau gak pandangan aku kat dia... Terpulanglah pada dia sama ada dia nak terima ke tidak... Kalau terima, alhamdulillah lah... Aku katakan pada dia, sepatutnya boyfriend dia tak boleh buat macam tu... But in certain circumstances, kita sebagai seorang kekasih pun kena gak give and take... Dalam situasi dia ni, boyfriend dia bukan sengaja tak nak jumpa dan date dengan dia... Dia pun tersepit gak sebab pelawaan tu datang dari kawan baik dia... Kalau dia tolak, mungkin kawan baiknya akan berkecil hati.. Bayangkanlah hari2 dia nak menghadapi kawan2 sepejabat yang mula tarik muka dengan dia... Susah gak kan?

Dia (boyfriend) pun dah minta maaf banyak2 dan minta supaya dia faham situasi yang boyfriend dia hadapi ni... It just only for this time... Bukannye berkali kali jadi macam ni... Dia pulak gie maki hamun orang tu tak pasal2.. Merajuk dan tak nak balas mesej... Well, memanglah kita berhak untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita pada orang yang kita sayang... Tapi perlu ke nak maki hamun dan marah2 seolah olah boyfriend dia buat satu kesilapan yang besar pada dia? Bukannye mamat tu gie keluar dengan perempuan lain or curang dengan dia... Dia cuma menunaikan kehendak kawan dia saja...

Aku pointkan kat dia tang mana yang dia tak sepatutnya buat... Bukan ape, benda2 macam nie boleh merosakkan perhubungan kalau diteruskan jugak... Aku tahu dia memang sayangkan boyfriend dia tu... Cinta, tok sah cakaplah... Macam dah laki bini dah lagaknye... Pulak tu, boyfriend dia dah minta maaf serta merayu rayu kat dia... Ape lagi dia nak buat??.. Sampai dah give up dah mamat tu... So, kalau sayangkan perhubungan, janganlah bertindak mengikut perasaan! Macam orang tua cakap, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa..."

Aku pesan kat dia supaya jangan gaduh2... Kita nie semua manusia biasa aje... Mesti ada kekurangan dan seringkali buat kesilapan... Jadi, maafkanlah dia dan kita sebagai pasangannya kenalah faham bila berada dalam sesetengah situasi especially situasi getir macam ni... Cuba kalau kita pulak berada dalama situasi yang sama... Macam mane pulak kita nak buat???

Terdiam dia bila aku cakap macam tu... Aku harap dia terima ape yang aku cakap... Tak lama lepas tu, dia beredar sebab dah mula waktu kerja... Aku pun nak kena balik tempat aku coz kengkawan lain kene keluar gie course... Bila aku amati balik kisah dia ni, teringat aku masa zaman dulu2... Heheeheeee... Pengalaman!!!

2 comment:

aria ayumi said...

hehehe patut le kasik advice mcm dh expert... rupanya dr pengalamn jgk ye... aduhaiii... kdg2 gaduh2 tu benda kecik je.. tp nak bising satu dunia... ape kes... *ngate org, diri sndiri xsedo, hihi* :p

Reez said...

Diya...

Tulah, pengalaman banyak mengajar kita menjadi matang...

Ermm.. Biaselah tu Diya.. Kalau tengah hangat berchenta, macam tulah... Gaduh tu memang adat.. Tapi kalau boleh bendung, lagi baik sebab takut kalau melampau sangat boleh gugat perhubungan...

Eh, Diya pun macam tu gak ke?? Meh sini Reez advice sket *wink.. wink..

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.