Friday, 22 June 2007

ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah SAW berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (Surah An-Nisaa: ayat 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: ayat 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah SAW menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

Sekadar Peringatan :
KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.


Nabi Muhammad bersabda~
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Sumber asal : Tidak Diketahui. Terima kasih, Maria Abd Razak.



4 comment:

aria ayumi said...

tidak perlu mencari pasangan yg sempurna utk kite... cukuplah jika kita merasa diri kite sempurna apabila bersamanya... :)

aria ayumi said...

by the way... sangat tertarik dengan sabda Baginda s.a.w

Nabi Muhammad bersabda~
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

thanks, reez... :)

Reez said...

Diya...

Benar! Ketika kita merasa diri kita sempurna bersama dengannya lah menunjukkan sidia itu sesempurna yang kita mahukan...

Adakalanya kita perlu juga melihat dari pelbagai aspek kerana kalau kita tidak menentukan pilihan kita, kita tidak akan tahu sama ada kita sempurna buat dirinya atau tidak...

Tidak semua benda atau perkara boleh kita miliki dalam dunia ini.. Adakalanya, kita perlu mendapatkan hak kita juga disamping keredhaan kita pada qada' dan qadar yang Allah tentukan...

Take care! :)

Reez said...

Diya..

Bersama samalah kita renungkan ye..
:)

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.