Thursday, 12 July 2007

Aku tersenyum...

Bukan kerana ada awek cun yang usha aku... Bukan kerana aku menang apa2 pertandingan... Bukan kerana aku dapat duit beribu ribu...

I'm smiling because of one SMS... The one that I'm expecting for... Ianya dihantar oleh seseorang yang aku rindukan sangat2... Dah lama aku tak bersua muka dengannya... Dan sememangnya kami takkan dapat berjumpa sehinggalah tahun hadapan kerana dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara... Namun begitu, kami sentiasa berhubung secara maya... But again, perasaan tu tak sama bila kita bersua muka... Kita lebih dekat bila berhadapan dengan seseorang...

Walaupun dah seminggu aku menyambut kelahiran aku, perasaan gumbira itu tetap ada... Walaupun tahun ini tidak seperti tahun yang lepas, aku tetap rasa happy... Happy kerana yang jauh tetap ingat padaku... Sebelum pemergiannya, kami pernah berjanji bahawa masing2 harus meneruskan perjuangan seperti mana yang telah dirancang... Jangan sampai terputus ditengah jalan. Sehingga kini aku tidak lupa janjiku padanya dan alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi berada dilandasan yang sepatutnya...

Sempena hari lahirku tahun ini, sekali lagi aku telah menerima ucapan darinya... Ucapan yang terbaik yang pernah kuterima seumur hidupku... Ringkas, padat dan cukup bermakna...

"Live Life, YOUR RULES"

Inilah hadiah yang paling bermakna buat diriku dari seorang insan istimewa yang banyak membantuku ketika aku memerlukan teman disisi... Tidak semua orang boleh menjadi teman yang baik... Apatah lagi yang rapat dan memahami diri kita... Tapi, bila aku dengannya, we've something in common... We compliment each other... Of course, kadang2 tu ada juga berselisih faham tapi aku cepat2 leraikannya... Bagi aku, tiada gunanya aku drag on semata mata nak mempertahankan ego diri sendiri... Lagipun, apa lagi yang perlu dipertikaikan? Kalau aku salah, aku terima kesilapan aku dengan hati terbuka dan begitu juga dia...

Thank you my dearest friend... Thank you for being such a wonderful friend to me... Semoga persahabatan ini kekal abadi, selamanya...



"Friendships are what our dreams are made of. We hold onto each other with its binding love. We stand close to each other, hand in hand, showing each other we understand"



2 comment:

faisal said...

waaaa, reez besday reez lebih kurang acai ye...:) kit asame bintangla ek..patutla mcm serasi je,kekeke...:) gembira bila org yg kita rindu:) reez moga apa yg ree impikan dalam hidup ni akan tercapai, amin..

Reez said...

:)

Heheheheeeee... Acai tak tahu ye yang besday kita lebih kurang sama? Ha ah, Reez lahir awal 4 hari dari Acai... Of course, tahun yang berbeza lah...

Heheheeeee... Biasenya orang yang berzodiak sama ni memang satu kepala... Dah lahir bulan yang sama kan? Tapi tetap ada satu dua ciri yang berbeza... :)

Amin... Thanks Acai! Reez pun doakan Acai perkara yang sama gak.. Semoga Acai dikurniakan kegembiraan, kejayaan dan kebahagiaan sepanjang masa...

Take care bro!

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.