Monday, 23 July 2007

Memang sudah menjadi lumrah alam... Yang cantik pasti akan dipuja dan disanjung... Malah ramai yang ingin memiliki dan mendampinginya...

Siapa tak nak kalau awek/balak kau cantik/hensem???

Pastinya hati memberontak untuk memiliki insan yang sebegini... Bagi yang dah dapat, berbahagialah mereka... Tapi bagi yang belum, masing masing tercari cari dan terintai intai siapakah pula yang mereka ingin dan idamkan...

Aku hairan, dalam kita sibuk melihat yang 'cantik' sahaja, kadangkala kita terleka bahawa apa yang kita mahukan sebenarnya berada didepan mata... Sampai dua tiga kali dia datang tapi kita tidak pernah mengetahui dan mengendahkannya... Kenapa ya???

Kerana kita sibuk melihat yang cantik! Yang menawan dan yang lawa sahaja... Padahal, apa yang kita lihat itu belum tentu menjanjikan apa apa dimasa akan datang... Yang cantik, tidak semestinya yang terbaik! Adakalanya, cantik cuma sekadar luaran tapi dalaman, Tuhan saja yang tahu...

Aku tidak bersetuju bila ramai yang mengklasifikasi diri mereka sebagai tidak cantik... Mereka merasakan seperti ada saja kekurangan pada diri mereka lantas mereka malu untuk menyatakan apa yang terpendam dalam hati bila bertemu dengan si pujaan hati... Akhirnya, peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja...

Sebenarnya, tidak ada seorang pun diatas mukabumi ini yang tak cantik... Semuanya molek2 belaka... Manis2 pulak tu... Jadi, mengapa mesti rasa diri sendiri serba kekurangan? Allah jadikan kita sempurna... Walaupun ada yang dilahirkan 'istimewa' namun bagiNya, ia tetap sempurna kerana itu adalah kehendak dan kekuasaanNya... Jadi, siapa kita untuk mempertikai dan mempersoalkan kejadian kita? Fikir fikirkan...

Seharusnya, kita bersyukur kerana kita dilahirkan sebegini... Tapi manusia, begitulah... Bila nampak lain sikit dimata mereka, mulalah nak membandingkan dengan diri sendiri... Kalau membandingkan perkara yang baik2, tak apa... Ni tak, segala perkara yang bukan2 semuanya keluar... Tak cukup dengan itu, dikata... dicaci... diumpat... semuanyalah... Astaghrafirullah... Minta dijauhkan semua ini....

Seperkara lagi yang aku hairan, ramai antara kita tidak pernah puas dengan diri sendiri... Yang dah OK, nak lagi OK... Habis segala benda ditepek kat muka tu... Tak cukup dengan itu, dicocok sana dicocok sini... Sumbat sana, sumbat sini... Enjet dari atas sampailah kebawah... Dari seelok elok rupa bentuk muka tu, dah jadi macam ape dah... Senget sana, senget sini... Yang kecik, jadi lebar... Yang bulat jadi lonjong... Yang kempis jadi kembang... Nauzubillah... Habis semuanya berubah... Lain bebenor nampaknya....


Nota kaki:-
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan lengkap serba serbi...Cuma yang aku risaukan, apa yang telah aku lakukan selama ini dengan pancaindera yang telah Allah kurniakan... Adakah untuk kebaikan atau sebaliknya? Di akhirat kelak, setiap pancainderaku akan disoal dan semestinya setiap satu tidak akan berbohong dihadapan Penciptanya... Apa yang harus dijawab??? Sudah bersediakah aku menghadapi saat itu nanti?

Renungan yang paling baik buat diriku ini...


5 comment:

faisal said...

betul tu reez, sepatutnye bersyukurla dengan apa yg dianugerahkan Allah kepada kita..byk lagi insan cacat yg tak dapat nikmati hidup sempurna spt kita...acai dah cukup bersyukur ngan apa yg ada kat diri..takmo nk tambah pape lagi,heheee

Reez said...

Setuju Cai...

Reez cuma berdoa apa yang dikurniakan pada Reez selama ini akan kekal sepanjang hayat Reez...

Cuma ada waktu, Reez terleka... Takut dengan apa yang Reez ada ini, lain pulak yang Reez buat... Insya Allah, akan dipertahankan..

Thanks!

:)

FadRizals said...

Cite psl tak cantik ni...sy dah lalui kepahitannya jadi org yg 'kurang cantik' atau 'tak cantik' ni....
Teruk dihina dan dicaci. Tidak diterima dan ditolak. Malangnya aku terjerumus di kalangan manusia yg mementingkan 'cantik' luaran. Otak takde pun dioarg tak kisah punye...
Selama 10 tahun aku hidup dlm hinaan dan cercaan. Paling sedih, semuanya datang dari keluarga mertua ku sendiri ....

: : memeng : : said...

hurm.. apa yang Allah cipta kan ni ada hikmah nya..
kalau Allah bg org tuh cantik, supaya dia jd seorg yg bersyukur..
kalau Allah bg org tuh kurang cantik, mungkin sbb x nak dia riak bila cantik.. kita sbg hamba Allah tak perlu persoalkan ciptaan Allah.. Sbb Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yg diciptanya.. Cuma.. Mcm reez jugak, kdg2 kita terfikir kenapa dan mengapa kita tak menjadi pilihan utama utk org lihat, utk org syg or pandang.. tp hikmahnya.. kita akan sentiasa bersyukur selagi kita lengkap ada semua pancaindera.. ;)anyway, nice entri..

xoxo96 said...

hmmm... bgus lah dapat muka yg begina... da cukup buat apa mw tambh cantik lahr apalah... herrr... pompuan zaman sekarang memang la

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.