Sunday, 15 July 2007

Aku tak terkejut pun bila dapat tahu dia nak kahwin...

We use to be good friends before; very, very close tapi gara gara kesilapan dan perangainya yang tidak mahu berubah, hubungan persahabatan kami retak... Aku bukan nak menuding jari menyalahkan sesiapa... Terang terangan semua ini adalah berpunca dari dirinya sendiri...

Aku tak faham kenapa dia sanggup buat semua ini pada aku... Bukan itu sahaja, benda yang sama dia buat pada kawan2 yang lain... Apa faedahnya yang dia dapat? Lagi menambahkan sakit dihati, adelah... Aku pula yang semakin lama semakin menyampah dengan perangainya... Perasaanku belum sampai ketahap ingin membenci lagi... Aku berdoa semoga aku tidak membenci dirinya kerana ia akan mengundang bala dosa untuk diriku sendiri... Cukup2 lah dengan dosa yang aku lakukan sebelum ini...

Kawan sepejabat aku yang bagitahu yang dia bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos ni... Tak silap aku pada 11 Ogos kot... Saje aku belek diari aku, owhhh... Aku dah ada program... Aku ke Kudat waktu tu... Misal kata aku dapat jemputan, tidak mungkin aku dapat hadirkan diri ke majlisnya... Tiket dah pun ditempah awal2... Hotel dan persiapan disana telah pun dibuat 2bulan dah lepas... Semuanya telah dirancang dengan baik...

Sempat jugak aku bertanya pada member aku ni, "siape lagi yang dijemput?"

"Tidak ada sesiapa yang dijemput kecuali Kak Hairani sorang", balas memberku lagi...

Dahiku berkerut... Hatiku bertanya, kenapa tidak ada kawan2 yang dijemput?? Pelik sungguh! Selalunya bila kita akan menyambut dan meraikan hari bahagia menaiki takhta pelamin, rakan dan taulan pasti ada bersama berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan... Tapi kali ini lain pula ceritanya...

Again, berbalik pada cerita sebenar... Pasti dia takkan jemput disebabkan apa yang telah dilakukan pada aku dan kawan2 yang lain... Mungkin dia takut menanggung malu dengan perbuatannya? Ishh, aku ni... Tak baik berprasangka sebegitu padanya... Tapi aku tak boleh terima hakikat bahawa dia tidak menjemput satu pun dari kalangan kami2 ni... Padahal, kami semua telah lama berkerja dengannya... Ada yang satu department, ade yang satu tingkat... Tapi kenapa tiada jemputan?

Apa2 pun, dia pasti ada jawapan yang tersendiri... Jemputan majlis adalah hak orang yang menganjurkannya... Kita sebagai orang yang tiada kena mengena tidak berhak untuk menentukan siapa jemputan yang patut hadir...

Doa aku, semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya... Dan aku berharap agar dia sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan tidak mengulanginya dalam kehidupan seharian... Kalau tidak, nescaya terseksalah pasangannya kelak...


0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.