Wednesday, 11 July 2007

Bagi atau tidak?

Inilah persoalan yang bermain didalam fikiran aku sekarang... Kalau diikutkan hukum HALAL HARAM, aku harus menyerahkannya... Tak baik ambil hak orang...

Tapi situasi yang aku hadapi ini, unik sikit... Melibatkan orang lain juga...


Permulaan yang mencurigakan: -

Ceritanya begini, sebelum ni aku ada terlibat dalam satu projek anjuran syarikat aku... So, a few of us telah pun dipilih untuk menjayakan program yang telah dirancang oleh pihak pengurusan... Antaranya pertandingan bakat dan persembahan berkumpulan...

Setiap kumpulan telah diberikan sejumlah wang untuk dibelanjakan bagi memeriahkan persembahan mereka... Tak silap aku bajet lebih kurang RM 2,500.00 untuk satu kumpulan... Jika ada lebih, baki harus dipulangkan semula... Kami yang dah memang involved ni excited gila lah... Yelah, bajet ade... Cuma apa yang perlu dilakukan ialah kami perlu menghasilkan persembahan selama 10 minit sahaja... Hanya semudah itu... Pulak tu, group aku terdiri dari kalangan mereka2 yang kreatif dan banyak idea... So, Insya Allah peluang untuk menang tu agak cerah... Kumpulan lain pun dah jangka kumpulan aku akan 'sangkut' salah satu dari hadiah yang ditawarkan...

Nak dipendekkan cerita, aku dan kawan2 sebenarnya telah ditipu oleh ketua kumpulan kami... Bajet yang diberikan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan ni telah di'songlap' oleh ketua kumpulan sendiri... Pada mulanya, kami memang tak perasan langsung sehingga aku membuat penyiasatan sendiri terhadap kes ini...


Senario kes: -

Bermula apabila ketua kumpulan memberikan alasan bahawa duit peruntukkan belum diterima lagi... Padahal, group lain dah kepoh2 dan sibuk nak pergi shopping barang... Aku musykil sebab takkan group lain dah boleh beli barang sedangkan aku dan kawan2 tak dapat 1 sen pun?... Bila ditanya, ketua kata duit belum ada... Fine, aku tak mahu panjang cerita, aku diamkan dulu... Mungkin duit 'belum sampai' lagi pada dia kot...

Atas semangat berpasukan yang tinggi, aku dengan selambanya men'advance'kan duit aku dulu untuk membeli peralatan persembahan yang diperlukan... Adalah gak dekat RM800 aku habis hari tu... Dalam kepala otak aku, aku sentiasa fikir yang aku akan dapat balik duit yang aku belanjakan ini... Jadi, sedikit pun aku tak risau... Yang lain2 pun dah bersemangat... Diatas sebab inilah, aku buat semua ni...

Rajin betul dia orang datang practice petang2 semata mata nak make sure kemenangan berada dalam tangan... Hadiah lumayan beb! Tu pasal yang ter'over' practice tu... Heheheheeeeeee... Solute aku kat dia orang ni semua... Bersemangat sungguh!... Dalam masa yang sama, kesibukkan melanda sampailah hari pertandingan... Aku pun tak teringat nak claim duit tu awal2... Lagipun, aku terpaksa berkejar kesana sini untuk uruskan banyak perkara... Kadang2 makan minum pun tak tentu.... :)

Bila tiba hari pertandingan... Masing2 dah excited dan gemuruh... Takut apa yang dipractice sebelum ini akan terlupa bila berada diatas pentas... Syukur, alhamdulillah... Semuanya selamat dan OK... Turun aje pentas, masing2 tersenyum puas... Aku tak sangka bila flash back balik rakaman video, cantik sungguh! Aku kagum dan bangga dengan group aku (walaupun group lain boleh tahan hebatnya)...

At the end of the event, Tuhan Maha Kaya... Kumpulan aku dinobatkan sebagai Juara... Apa lagi, melompatlah masing2 termasuklah aku... Syukur, alhamdulillah... Gembira tak terperi... First time aku buat experiment dengan dia orang ni, tak sangka lak boleh berjaya sampai macam ni sekali... Walhal, masing2 bukan kenal antara satu sama lain... Itulah semangat berpasukan yang tinggi yang ada dalam kumpulan aku... Mereka tidak kisah dan sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai...

Bila dah menang, of course ganjaran tetap ada... Hadiahnya merupakan wang tunai berjumlah RM2,000... Bila aku congak2 balik, banyak gak dapat untuk tiap seorang... Adalah ratusan ringgit... Bayangkan, buat persembahan sekejap, dah dapat duit free free... Heheheeeeee... Seronok betul aku...


Yang menjadi masalah: -

Yang buat spoil mood aku dan kawan2 lain bila dah habis pertandingan... Waktu ni, aku dah free sikit, jadi aku pun dengan confidentnya pergi tuntut balik duit aku yang aku dah advance dulu... Aku ingatkan senang ajelah nak dapat sebab bajet RM2,500 tu dah ada... Aku spent baru aje RM800... Ade balance banyak lagi... So, takde sebab kenapa bayaran harus ditangguhkan...

Jumpa punya jumpa, ketua kumpulan mula buat 'taik' dengan aku... Aku ingatkan aku sorang yang kena, nghupenye ramai lagi member lain yang kene gak... Masa memula dulu, dia suruh orang ni buat macam ni, buat macam tu... Semuanya dia suruh spent... Pastu bagi gerenti akan dibayar balik... Bila dah habis event, dia main tarik tali lak... Ape kes???

Mulalah dia deny2 apa yang dia suruh buat... Tapi yang hentongnya, semua yang dia suruh buat tu dah direkodkan... Dia dah bagi approval... Tap tup sekarang ni kata tak de lak... Adehhh... Kalau nak menipu pun, cover2 la sikit... Ni nak kelentong tak kene pada tempat...

Hati aku masa tu memang dah panas! Kalau tak kerana iman, dah lama dah kene belasah dengan aku... Bersepai tulang rangka atas jalan aku kerjakan... Lagipun, bukan aku sorang aje yang akan belasah dia, tu haa... berderet deret bouncer cari sebab tak bayar hutang (staff lain yang dia kencing...) Yang peliknya, dia berani lak buat kerja bengong ni... Tak takut langsung!

Korek punya korek, last2 dia mengaku jugak... Dia dah songlap duit RM2,500 tu awal2... Pergi joli sakan... Aku dapat tahu sampai naik Genting nun haa.... Amboiiiii... Dia buat duit tu macam itu duit dia yang punya!!! Berbulu betul aku...

Disebabkan aku dan bengang giler kat dia, last2 aku terpaksa guna kuasa veto aku dipejabat untuk tuntut balik duit aku... Bukan itu sahaja, duit member2 lain yang dia hutang pun aku tuntut sekali... Alhamdulillah, dapat balik tapi lambat gilerlah... Duit aku dia bayar dulu sebab dia takut aku akan ambil tindakan... :)

Aku memang dah standby, kalau dia nak dajjal kan aku pasni, aku heret dia pi balai polis! Itu aje cara paling senang nak 'ugut' orang yang suka 'kencing' sana sini ni... Dia ingat, aku buat semua ni dia boleh memperlekehkan aku? Sorry arr... Silap orang beb... Aku dah kene sekali cukuplah... Sekarang, ape2 hal aku kena prepare awal2...


Persoalan aku: -

Ini yang membuatkan aku jadi serba salah... Perlukah aku beri bahagian hadiah dia padanya atau tidak? Sebab tu dari awal aku cakap, kalau ikutkan HALAL HARAM, sepatutnya aku kena serahkan hak dia...

Kenapa?

Kerana dia merupakan ketua kumpulan dan merangkap salah seorang yang membuat persembahan juga... Kerjasama yang dia bagi telah membantu kumpulan aku menjuarai persembahan hari tu...

Ramai antara member2 aku tidak bersetuju dengan pendapat aku ini kerana dia 'berhutang' RM1,500 (duit yang dia songlap - RM2,500 tolak duit aku dan kawan2 lain yang dia dah bayar balik)... So, mengapa mesti diserahkan bahagian dia sedangkan dia masih lagi berhutang?

Aku faham apa yang member2 semua cuba sampaikan, tapi siapa aku untuk menghukum dia? Lagipun, duit yang dia hutang, bukanlah duit aku... Tu duit syarikat... Maka, perhitungan dia adalah dengan syarikat dan bukannya dengan aku... Duit kemenangan adalah hasil dari titik peluh dia juga... Kalau dia takde malam tu, maka akan cacatlah keseluruhan persembahan...

Duit kemenangan telah pun diserahkan dan cek bernilai RM2,000 telah ditulis atas nama aku... Adehhh... beratnya beban ini! Mengapa aku harus menanggungnya??...

Susahkan?

Apa2 pun, apa pandangan kalian tentang kes ini? Aku ada gak tanya beberapa pihak yang lain dan mereka pun telah memberikan pandangan kepadaku... Cuma aku ingin mengetahui dari perspektif rakan2 yang lain... Aku hargai komen kalian...


Nota:-
Sebenarnya, amat rumit bila kita diberi amanah memegang hak orang... Segala keputusan yang dibuat adalah diatas budi bicara kita sendiri... Silap langkah, nahaslah kita...

Yang paling aku tak sanggup, bagaimana aku harus berdepan dengan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak jika aku silap percaturan ketika membuat keputusan? Cukup2lah dosa yang aku tanggung selama ini... Tidak sanggup lagi aku menanggung bebanan apatah lagi menerima seksaan dariNya diakhirat kelak... Subhanallah.....

Aku buat baik, orang ambil kesempatan... Aku buat jahat, padah yang aku terima... Abis tu cam mano????...


6 comment:

sodep said...

kene kan tindakan tata tertib ajer reez... biar dia nyesal..

chot said...

pendapat aku, hutang dia dgn company itu urusan dia...asalkan hutang ko dan kawan2 sudah dilunaskan cukupla. ko bg la duit hasil kemenangan tu pada dia..lepas tu biar dia pandai2 bayar pd company...kecuali la mmg dah tugas ko kutip hutang utk company ko...

linda said...

nxt year punye event jgn lantik dia lg jd ketua..mnyusahkan org aje...smpai ke genting die laburkn duit tu..tp tq reez sbb bsusah payah tuntut balik hak kitorg.. group lain dah lama enjoy dgn duit tu..akhirnye dpt gak kita duit tu kan reez..x sia2lah brgelek 360 darjah mlm tu..hehhee..

aria ayumi said...

xsume org kite bleh buat baik... ade msnya kene tegas gak...

faisal said...

slm reez,
baru sempat nak nulis kat sini..bz manjang je acai ni,huhu :) reez percaya tak acaipun penah kena kes lebih kurang same gak dlu masa kat sekolah...tapi masa tu kitorang masih budak2 lagi,hehee..so, kitorang main belasah je budak tu sampai lembik,hiii..:) masa tu dia bendahari bukan ketua,hehee..

masa pertama kali baca ni, tiba2 teringat budak tu,hehe..entah apa khabar je dia skrang:P

emm pasal kes reez ni sbnarnya acai pelik nape org camtu bleh dilantikk jadi ketua..nape tak reez je jadi ketua,hihii..takdela sbb nampak reez lagi bertanggung jawab dan commit je ngan team reez tu,hihiiii..

pendapat acai, reez bagilah juga duit tu atas penglibatan dia dalam kumpulan reez tu...lainla dia tak pulangkan duit reez balik...kalau dia tak pulangkan duit tu mmg dia tak berhak dapat pape dari duit kemenangann tulah...:)

acai paling tak suke org camtulah..diberi kepercayaan tapi mengkhianati, salah satu ciri2 org munafik tau..:) hope dia dapat pengajaran dari apa yg berlaku..

reez kalau bleh jangan baik sgt ngan org2 camtu,hihii...kawan ngan org2 camtu takkan membantu meningkatkan lagi tingkat iman dan hidup kita:)

Reez said...

Reez --> Sodep:-
Adehhhh Sodep.. Kalau aku punyai kuasa, boleh aje... Kalau ikutkan perasaan, nak aje aku buang dia dari bekerja dalam tempat kerja aku ni haa... :) Thanks!


Reez --> Chot:-
Errmmm.. Betul Chot... Aku sependapat dengan ko... Aku rasa tu kot pilihan aku...


Reez --> Kak Linda:-
Next term, dia tak nak jadi ketua kak... Agaknye dia takot kot orang carik dia mintak duit... Heheeeeee..

Alah kak, small matter aje tu.. Tu pun rasa bersalah sebab x dapat nak tuntut duit kemenangan secepat mungkin.. Kesian yang lain kene tunggu...

Mesti akak rasa seronok nak bergelek lagi kan? Heheheeeee.. :)


Reez --> Diya:-
Betul Diya... Tapi dalam situasi ni Reez x de buat ape? Orang ni yang buat masalah dan Reez serta kawan2 yang lain jadi mangsa keadaan... Thanks for the comment! :)


Reez --> Acai:-
Heheheeee... First time Reez dapat komen yang paling panjang dari Acai!... Suke Reez baca... Heheeeee.. Thanks ye Cai!

Takpe, mcm yang Reez bagitau, kalau Acai sibuk, tangguhkan dulu... Boleh bagi komen kemudian... :)

Uik! Garang betul Acai masa sekolah dulu ye? Mesti ramai orang takut nak kawan ngan Acai ni... Heheeeeee.. Sian dia, tapi padan muka dia gak.. Sape soh carik pasal? Kan dah kene sebijik!

Entahlah Cai.. Yang pilih bukannye Reez, orang lain yang pilih.. Ehh... Taklah Cai, Reez buat semua nie sebab Reez rasa tak sampai hati tgk kengkawan lain terkontang kanting tanpa haluan... Dia org pun bersemangat, membuatkan Reez lagi bersemangat... Tapi bila dah jadi macam ni, hilang dah semangat Reez pasni... Susah Cai jadi ketua ni.. Berat sungguh amanat dan tanggungjawab yang diberikan... Reez dah byk experience dah.. Cukuplah semua tu...

Reez sependapat dengan Acai dan Chot.. Dia takde hutang2 ape ngan Reez... Cuma dia berhutang dengan co. Reez aje.. Tu dia pandai sendiri la macam mane nak setel..

Reez harap macam tulah Cai... Harap dia kesal dengan apa yang dia dah buat dan ambil iktibar daripada kesilapan yang dia lakukan...

Thanks Acai for the comment! Reez amat menghargainya...

:)

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.