Wednesday, 15 August 2007

Sebagai menyahut seruan kerajaan (bersemangat nih!), aku dengan bangganya melekatkan "Jalur Gemilang" diatas screen komputer kat office aku nih...

Rasa seronok sangat bila tengok Jalur Gemilang ni dok atas screen sebelah Mr. Croopy... Seolah olah, Mr. Croopy tengah pegang Jalur Gemilang... Heheheeeee...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku beli Jalur Gemilang ni kat kedai buku area Telawi, Bangsar minggu lepas... RM 1.30 seunit... Memandangkan Hari Kemerdekaan akan menjelang tiba tidak lama lagi, aku rasa sesuai sangat gantung bendera ni kat kawasan yang aku selalu duduk... Pulak tu, tahun ni negara kita sudah mengecapi kemerdekaan untuk ke-50 kalinya (Jubli Emas dan negara kita merdeka), jadi aku rasa sebagai tanda terima kasih dan sokongan yang padu, aku kena tunjukkan semangat patriotisme aku pada semua orang...

Aku ade la tengok department lain gantung2 bendera... Rasa meriah lak...


P/s:-
Pasni nak gantung bendera kat kereta aku lak... Bendera dulu dah buruk (sebab kena hujan dan berjemur tengah panas... Batang bendera tu pun dah tercabut dah...) Nak kene gie kedai, carik...


3 comment:

faisal said...

waaa, patriotik sungguh reez ni..samelah kita..dlm minggu ni nak letak bendera malaysia kat kete acai,hehehee

Jie said...

Kak Jie dah gantung bendera kt dpn rumah....huhuhu!

chot said...

aku suka semangat ko ni bro..jgn jadi mcm aku yg pernah usaha nak gantung bendera atau beli bendera...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.