Monday, 27 August 2007

Tension!! Tensionnn !!!!

Rasa macam nak menjerit aje dalam kereta tadi...

Aku bukanlah jenis yang suka buat hal lebih lebih lagi bab2 kerja ni... Pagi ni, buat pertama kali dalam sejarah kerjaya aku, aku lambat sampai ke office..

Kalian nak tahu pukul berapa aku sampai kat office?

Pukul 9.15 pagi... Waktu kerja aku mula pada pukul 8.45... Setengah jam aku terlewat...

Sebenarnya, aku lambat bukan sebab aku sengaja lambat... Aku bertolak dari rumah pukul 7.20 pagi dan selalunya akan sampai office dalam pukul 8.00... Kadang2 tu, aku sampai pukul 7.45 camtu dan sempatlah sarapan pagi sebelum mula kerja... Itulah rutin aku setiap hari bekerja...

Tapi hari ini, aku pecah rekod sebab lewat... Semuanya gara2 jalan yang ditutup sempena raptai penuh hari merdeka... Adehhh... Orang lain yang sibuk raptai, aku lak yang jadi mangsa... Biasanya kalau jalan tutup, route perjalanan aku memang takkan affect sebab aku memang tak lalu kat pusat bandar (Dataran Merdeka)... Tapi bila dah dekat sampai kat office (nampak aje bangunan pejabat aku kat seberang jalan), banyak lak kenderaan yang tersangkut kat situ... Sana, sini tak bergerak... Dekat sejam lebih aku duduk kat atas jalan yang sama... Mengesot esot perlahan... Dah ler kereta aku tu manual... Rasa macam nak tercabut aje kaki aku ni tekan pedal clutch!

Rasa sedih sangat sebab tak dapat mempertahankan rekod bersih yang aku bina sebelum ni... Habis rosak reputasi aku!

Bila sampai aje, aku dapat lihat seorang demi seorang masuk dengan muka 'toye'... Lambat dipagi Isnin... :)


0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.