Sunday, 23 September 2007

Aku agak terkejut bila memasuki perkarangan Hospital Kuala Lumpur tadi... Selalunya bila kita pergi ke hospital kerajaan, kesemua perkhidmatan yang disediakan adalah PERCUMA...

Tapi kali ini, lain pula... Masa aku nak masuk, aku terpaksa mengambil tiket semata mata nak letak kenderaan didalam kawasan hospital... "Hah?!!! Sejak bila pulak berbayar ni ???", detik hati aku...

Mak aku yang duduk disebelah dengan selamba menjawab, "Baru2 ini aje dia orang letak palang tiket tu".... Macam mak aku dah tahu aje apa aku nak cakap... Heheheheeeeeee.....

Mak aku memaklumkan sejak akhir2 ini ramai orang awam yang masuk kedalam kawasan hospital untuk meletak kenderaan mereka sebelum beredar ke pusat bandar untuk membeli belah... Maklumlah, Hospital Kuala Lumpur ni cukup dekat dengan Chow Kit dan beberapa kawasan popular di ibu negara... Pulak tu, kat depan hospital tu pulak dah ada monorel, so lagi senanglah orang nak bergerak sana sini... Tambahan pulak, tempat letak kereta kat area Chow Kit sana memang sesak dan bayarannya agak mahal berbanding kat tempat lain... Tu pasal ramai orang terpaksa parking kat kawasan sekitar...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Banyak tempat letak kereta sekitar KL sudah mula mengenakan bayaran yang rata2nya agak mahal...

Memandangkan kawasan hospital ni banyak parking lot (yang sebenarnya di khaskan untuk pelawat yang datang ke hospital) ramai la yang berpusu pusu meletakkan kenderaan mereka disana... Tu belum kira hari bekerja... Sure padat dengan kenderaan!

Entahlah, sekarang kat mana2 semuanya kena bayar termasukla perkhidmatan awam... Nak buang air pun, kena letak RM 0.20 baru boleh masuk... Memang patut pun dia orang charge sebab orang kita nie jenis yang tak pandai jaga kebersihan... Kesedaran sivik tu masih lagi kurang... Sorryla aku terpaksa cakap macam ni sebab hakikat tetap hakikat...

Jika sekarang parking kereta kat kawasan hospital sudah dikenakan bayaran, tidak mustahil satu ketika nanti kesemua hospital kerajaan mengenakan bayaran kepada pesakit yang mendapatkan rawatan disana... Ianya tidak mustahil...


Sisipan

Aku terpaksa hantar adik aku ke hospital selepas dia mengadu sakit kepala dan demam... Sekejap rasa sejuk, sekejap rasa panas... Petang tadi, abis dia muntah tak henti2.. Risau lak aku... Lepas berbuka dan solat Maghrib, terus aku bersiap dan hantar dia ke hospital...

Doktor yang bertugas menjalankan pemeriksaan keatas adik aku dan mengambil kira semua aspek sebelum keputusan dikeluarkan... Beberapa titis darah diambil untuk dibuat ujian kalau2 ada penyakit lain... Keputusan menunjukkan tahap darah berada di tengah tengah(border line) dimana dia disyaki mengidap demam denggi...

Esok, kena datang semula untuk pemeriksaan lanjut... Aku rasa risau dan berdoa semoga semuanya selamat...


0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.