Wednesday, 26 September 2007

Untuk kesekian kalinya, pertama kali dalam sejarah aku memandu, inilah pertama kali kereta aku meragam dan menghadapi masalah...

Semalam, on the way aku nak balik kerumah, tiba2 aje enjin kereta aku mati ketika sedang bergerak... Pada mulanya aku ingat clutch aku tak balance menyebabkan ianya terjadi macam tu tapi rupanya memang enjin aku ade problem... Lampu amaran enjin kat dashboard tu asyik menyala aje...

"Sudah! Ape pulaklah ni.... Janganla ada problem kat tengah2 jalan ni...." rungut hati aku...

Ditengah kesibukan Jalan Bangsar yang penuh dengan kenderaan dan motorsikal tu kereta aku terhenti... Dengan pantas aku cuba hidupkan semula... Alhamdulillah, boleh tapi lampu amaran tu masih lagi menyala menunjukkan enjin aku menghadapi masalah... Bunyi pun lain macam dan bila aku cuba menekan pedal minyak, perjalanannya tidak lancar dan tersangkut sangkut...

"Sah! Memang ade problem ni......" detik hati aku lagi....

Dengan perlahan dan berhati hati, aku himpit ke bahu jalan disebelah kiri berhampiran perhentian teksi... Aku cuba mematikan enjin dan menghidupkannya semula dengan harapan lampu amaran tu akan padam... Aku pulas sekali, enjin berjaya dihidupkan tapi lampu amaran masih lagi menyala... Aku padamkan enjin dan cuba sekali lagi... Sama juga...

Dalam hati, timbul rasa resah... Adakah enjin aku sudah tidak boleh digerakkan dan aku terpaksa meninggalkan kereta aku ditepi jalan yang sibuk ini? Nampak gayanya ada kemungkinan aku terpaksa panggil "tow truck" kalau dah jadi macam ni... Bila dah panggil, gerenti diaorang akan tarik masuk bengkel...

Adehhhh.. Sure kene charge... Walaupun gaji baru masuk, aku terpaksa kene spend hanya untuk bayar segala kos perbelanjaan membetulkan kereta aku... Kalau murah, takpe gak... Kalau buatnye mahal? Botakla kepala aku!... Lari bajet beb.....

Mulut aku terkumat kamit berdoa semoga percubaan kali terakhir berjaya... Aku pulas semula kunci dan alhamdulillah, enjin berjaya dihidupkan dan lampu amaran padam... Lega rasanya hati ini... Aku biarkan seketika enjin aku hidup takut kalau2 ianya akan mati semula... After a few minutes, baru aku memulakan perjalanan...

Aku terpaksa bawak slow sebab takut kalau2 enjin aku akan mati semula... Dalam kepala, aku dah tak boleh nak fikir melainkan menghantar kereta aku ke pusat servis yang berhampiran... Kalau mengikut perancangan, aku ingat nak betulkan bila tiba tempoh untuk diservis tapi bila dah jadi macam ni, terpaksalah aku hantar untuk pergi check...

Sampai aje, aku terus suruh mekanik tu check... Aku cakaplah apa masalah kereta aku tu dan mekanik tu takde soal aku ape2... Terus dia bukak bonet kereta aku dan check bahagian yang menghadapi masalah... Aku risau juga, buatnya memang enjin aku yang ada problem, macam mane? Takkan aku nak kene tukar the whole engine??? Gila!... So, aku tawakkal la banyak2 supaya masalah tu bukan masalah enjin...

Lepas beberapa minit, mekanik tu bagitau kat aku, ade few cable yang connect dengan enjin kereta aku tu dah rosak dan berkarat... Itulah puncanya kereta aku asyik mati aje tadi... In fact, dia siap cakap, bila aku bawak kereta dan bukak aircond, sure kereta aku macam berat dan kadangkala jalan tersangkut sangkut especially lepas mengalihkan gear...

Aku terkejut, mane dia tahu aku mengalami masalah tu? Biasalah, dia mekanik... Sudah pasti dia tahu segala galanya... Aku pun sebenarnya nak bagitahu kat dia masalah lain yang aku hadapi, tapi dia asyik explain kat aku tak henti2, terus aku senyap dan tak cakap apa2... Aku cuma mengangguk dan menggelengkan kepala aje bila dia bertanya...

Kabel yang rosak tu kene ganti dan a few shafts dan parts kat dalam enjin tu kene cuci sebab dah kotor sangat... And then, kene buat tunning sekali untuk melancarkan pergerakan dalam enjin... Aku pun dah tak ingat, kali terakhir aku buat tunning bila... Rasanya masa 40,000 km kot.... Adeh, lama giler!.... Disebabkan aku dah tak larat nak fikir, aku suruh ajelah dia buat apa yang patut... Janji kereta aku boleh bergerak seperti biasa tanpa seberang masalah... Aku cuma ada kenderaan ini saje untuk keluar dan pergi kerja... Motorsikal ade, tapi lesen pulak aku takde... Yang ada cuma lesen "L" aje tapi dah expired... Sepatutnya aku ambil ujian motorsikal masa aku belajar memandu dulu tapi aku tangguhkan part motorsikal tu buat sementara waktu...

Lama gak dia betulkan enjin kereta aku tu... Dekat nak pukul 7.00 baru siap... Aku pun dah naik risau sebab dah dekat dengan waktu berbuka... Rasa tak senang duduk aje dibuatnya sebab tengok cara dia repair, macam banyak sangat yang rosak... Sambil2 tu, aku berdoa agar janganlah nanti chargesnya mahal sangat... Biasanya kalau pergi pusat servis ni belanjanya mahu makan ratusan ringgit walaupun kerosakkan yang dialami cuma kecil dan sedikit saja...

Lagi 5 minit sebelum berbuka, baru mekanik tu selesai... Aku pun tak nak buang masa, terus ke kaunter untuk buat bayaran... Alangkah terkejutnya aku bila tengok bil mencecah dekat RM300!!!

"Adehhhhh... mahalnya!..." bisik hati aku...

Kat dalam invoice tu adelah dia bagi detail apa yang dia buat... Bila aku amati, the bulk of the charges is on tunning part which cost around RM160+... Walhal, aku tengok mekanik tu buat tunning, bukannya dia buat ape pun... Dia cuma guna mesin tu, pastu tekan tekan button atas mesen tu pastu dia cabut wayar... Dah, tu aje dah kena RM160... Pelik betul...

Aku nak argue, masa dah suntuk... Lagipun bulan puasa ni, aku tak mood nak gaduh2... Lagipun, kalau dah pergi pusat servis, memang kena standby duit la... Kalau nak murah, kene pergi bengkel cikai2 ni, baru dapat harga rendah... Barang pun bukan ori...

Memandangkan aku tak cukup cash, terpaksalah aku gesek card... Again, this month I need to pay another RM300 extra... Waaaaaarrrrrgghhhhhhhh.....


P/s:-
Bagi yang bawa kereta, jagalah enjin dan kereta anda... Nak maintain sebiji kenderaan bukannya murah zaman sekarang ni...


3 comment:

faisal said...

slm reez,

Lama tak dengar khabar, hope sihat2 je ye..:) reez, reez punye kad raya dah sampai tau, hehee..reez org pertama yg bagi kad raya kat acai tahun ni tau, seronok sesangat rasenya..hihii..acai mcm tak sempat je nak antar kad raya,huhu..:( tapi bleh tak acai mintak alamat reez jugak..:)

emm pasal kete tu biasalah reez, kalau dah pakai kete ni mmg kena standby byk duit untuk benda2 camtu yg tak terjangka..pernak acai langsung tak bleh start kete alngsung dah nak mlm kat opis..nasib acai ramai member bleh gak diaorg tolong dan antar kat workshop mlm tu gak, acai dah tau distributer kong, terus gi carik sendiri kat kedai potong, pastu diaorg tinggal pasang je:) tupun kena dekat rm500...

tuning engine tu kalau kt tpt acai baru rm25 paling mahal reez..jahat betul dia cas sampai mahal sangat camtu?!!! takpela reez bulan pose nipun mls nak gaduh2kan,huhu..

acaipun tau camne rasenya bila kita tengok kete kita dibetulkan..risau je bil yg diaorg bagi lebih budget kita,huhu...risau je sesangat, takd emood lagi tu..hatipun tak sedap je..:)betul tak?

Reez said...

Salam buat Acai juga...

Iye ke kad Reez dah sampai? Waaa.. Alhamdulillah... Risau gak takut tak sampai sebab pernah jadi kes Reez antar kad, member tak dapat... Entah mane2 tah posmen tu campak kad raya Reez, Reez pun tak tahu... Masa antar tu, Reez tawakkal ajelah moga2 sampai... Kad yang Reez antar tu buat pengganti diri mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf atas segala kesilapan (jika ada) selama kita kenal... Yelah, nak jumpa dan bersalaman susah sikit coz Acai kat Shah Alam, Reez lak kat Bangsar.. Umah pun satu kat Utara, satu lagi kat Selatan... Adehhh..

Tulah Cai... Reez kira2 balik tengok resit servis kereta dah cecah ribuan ringgit dah... Sekali servis aje paling kurang RM300... Kalau dah 10 kali servis dah brape dah? Nak buat macam mane Cai... Reez nie kalau pandai, dah lama Reez buat sendiri semua tu... Tapi tulah, peralatan pun Reez takde... So nak tak nak kenalah pergi pusat servis... Member ade pesan, gie buat kat bengkel aje tapi Reez tak berani la Cai... Takut nanti kang lain pulak yang diservis nya...

Reez dah agak dah memang Reez kene kencing dengan orang tu.. Tapi nak buat macam mana... Orang cha ya nun alif memang macam tu... Dia orang akan tekan habis apa lagi orang kita ni... Bukan nak kata apalah, memang selalu macam tu... Macam Acai, untung sebab member ade bengkel... Ape2 hal, dia boleh tolong... Reez ni kat sini, takde member... Member Reez semua keje bawah aircond... Heheheeee :)

Betul... Sebab tu Reez berdoa janganlah sampai kereta Reez rosak.. Sebab tu Reez jaga kereta elok2.. Bukan main belasah aje.. Kalau dah rosak, nak repair bukan murah! Sesetengah orang ganas bila bawak kereta... :)

mien eaststar said...

uuhhh...baru kena mcm ni malam td...huhuhu

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.