Tuesday, 11 September 2007

Hari ini, adalah hari lahir mak aku... Sebenarnya, pagi tadi aku dah wish dah... Kira, dalam keluarga aku, akulah orang pertama yang ucap "Selamat Hari Lahir"...

Mak aku cuma senyum dan cakap terima kasih...

But again, aku rasa macam tak puas hati... Kalau sebelum ni, ramai orang meraikan birthday aku, but for my mum, takde siape pun nak merayakannya... Terbit rasa sayu dan sedih dihati tatkala mengenangkan pengorbanan seorang ibu kepada anak2 nya... Dia tak pernah meminta apa2 cuma kebahagiaan dan keselesaan anak2 adalah matlamat utama biarpun dia terpaksa bergolok bergadai mengharungi perit getir berseorangan...

Jadi, balik dari pejabat tadi... Aku singgah kedai kek... Saje aku nak beli sebiji kek dan celebrate birthday mak aku... Dia tak tahu pun perancangan ni... Aku pun tak plan tapi aku tetap nak buat sebagai tanda aku mengingati hari kelahiran dia dan terima kasih aku selama ini kerana telah menjaga aku sehingga sekarang...

Sampai aje kat umah, aku hulurkan kek tu pada dia sambil cakap "Happy Birthday"... Alangkah terkejutnya dia waktu itu... Lantas dia terus memeluk dan mencium aku... Rasa terharu kerana mak aku begitu suka dengan apa yang aku buat walaupun ianya satu perkara yang kecil...

Kami takde celebrate dengan makan2 ke ape... Adik bawah aku ade kat UiTM, tak boleh balik... Kakak aku pulak sibuk gie mesyuarat UMNO cawangan... Tinggal aku ngan adik aku yang kecik sekali kat umah.... Abah dah lama tidur dibuai mimpi.... Jadi, acara kami cuma memotong dan memakan kek ajelah...

Biarpun ringkas, tapi cukup bermakna! "Selamat Hari Lahir, Mama"....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kek khas untuk mak aku... Takde tulis2 pun.. simple je...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.