Thursday, 13 September 2007

Aku rasa sedih dan simpati bila dapat tahu masih ada lagi segelintir orang yang hidup dalam keadaan serba kekurangan...

Masa aku temankan mak aku gie beli barang dapur baru baru ni, terkeluarlah satu cerita tentang satu keluarga yang agak menyayat hati... Sebenarnya, keluarga ni mempunyai hubungan pertalian darah dengan keluarga aku... Rumah mereka pun tak jauh dengan rumah kami dan selalu juga aku mendengar tentang perkembangan kehidupan mereka sekeluarga dari sanak saudara dan orang sekeliling...

Sudah jadi lumrah manusia, yang buruk nampak saja didepan mata... Yang baik, semuanya disimpan dan dipendamkan...

Tak tahu bagaimana dapat aku gambar perasaan aku ketika mendengar cerita yang keluar dari mulut mama... Ceritanya berkisar tentang seorang anak dalam keluarga tersebut... Dia merupakan anak sulung dari 5 beradik... Ibunya merupakan seorang suri rumah yang berjiwa kental manakala bapanya adalah bekas anggota polis yang telah dilucutkan jawatan akibat terlibat dengan najis dadah...

Ibarat "sudah jatuh, ditimpa tangga", saban hari kehidupan dia dan keluarganya kian lama kian terhimpit... Sejak dari kecil, dia tidak dapat menjalani kehidupan yang selesa bila tonggak keluarga sendiri terumbang ambing mencari arah dan tujuan hidup... Bila ketua keluarga sudah tidak boleh diharapkan lagi, terpaksalah ibunya keluar mencari nafkah demi sesuap nasi untuk anak anak yang semakin lama semakin membesar...

Mengikut cerita mak aku, si ibu sangat gigih bekerja siang dan malam demi untuk menyara keluarga tatkala si suami hilang entah kemana... Jika muncul pun kerana dibawa pulang oleh pihak berkuasa... Pintu penjara ibarat pintu masuk rumah sendiri... Kerapkali si ayah diberkas polis bila perbuatan terkutuknya dihidu dan diketahui... Begitulah hakikat bila sudah menjadi 'doktor yang tidak bertauliah'... Ramai saja yang berminat ingin 'berjumpa' dengan mereka...

Memandangkan makan minum dan segala keperluan asas perlu disediakan, terpaksalah si ibu membuat apa saja kerja yang termampu untuk mendapatkan wang ringgit bagi menyara keluarganya... Ketika orang sedang nyenyak tidur, si ibu sudah bangkit untuk bersiap sedia membanting tulang empat kerat... Matahari belum lagi terbit, dia sudah ligat bekerja dan adakalanya bila malam menjelma, kerja2 yang diberikan masih lagi diteruskan... Dari berniaga kuih muih, tukang cuci pejabat sehinggalah pembantu restoran dan hotel2, semua dilakukan tanpa banyak karenah... Dalam seminggu, tiada cuti rehat baginya... Jika kita, sudah tentu terasa seksa dan keletihan... Nak harapkan kerja yang lebih senang dan selesa, apalah kelulusan yang ada... Orang dulu2, belajar setakat sekolah rendah... Paling tinggi pun setakat tingkatan tiga... Jika bernasib baik, dapatlah sambung ke peringkat yang lebih tinggi...

Aku yakin diawal permulaan, semestinya banyak kali sandiwara airmata berlaku... Siapa yang sanggup menerima bila mengenangkan keluarga terumbang ambing tanpa sokongan... Mahu atau tidak, terpaksa membina kekuatan sendiri demi mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini...

Namun, semakin lama mereka sekeluarga sudah tegar... Tomahan dan cacian orang dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan... Walaupun serba kekurangan, namun mereka masih lagi boleh berdikari dan meneruskan kehidupan seperti sediakala... Alhamdulillah.... Ada juga yang ingin membantu, tapi kerana nilai budi pekerti yang tinggi, mereka sekeluarga menolak bantuan tersebut termasuklah bantuan untuk dia yang merupakan tiga pupu dengan aku...

Apa yang membuatkan aku banyak berfikir ialah sifat sifatnya yang tinggi... Aku dengan dia merupakan kawan yang sangat rapat sejak dibangku sekolah... Kalau dulu, kami banyak menghabiskan masa bersama, bermain permainan seperti kunda kundi, rounders, police sentri, dan macam2 lagi... Maklumlah, aku ni duduk kat kawasan kampung, tu jelah permainan yang ada.... And then kat belakang kawasan rumah dia ni ada tanah lapang yang penuh dengan rimbunan pepohon rambutan... Jadi agak redup untuk kami bermain di sana... Heheheheheeeeeee....

Selepas aku tamat sekolah (aku tua setahun dari dia) kami jadi kurang rapat... Yelah, dah tua bangka takkan nak terkinja kinja melompat sana sini bermain permainan budak2 kan?... Walaupun perasaan geram tu tetap ada (sebab nak main) tapi bila fikir2 balik rasa malu lah pulak kalau aku join budak2 kecik main semua ni... Nanti ada pulak makcik2 dan pakcik2 terintai intai siapa pulak 'baby' tua berlari lari tengah tanah lapang tu... Heheheheheeeeee...

Aku dapat tahu dia telah berjaya menamatkan zaman persekolahan menengahnya dengan keputusan yang amat cemerlang; SPM dapat Pangkat 1 dalam aliran Sains dan STPM dengan keputusan 4 Principle... Wowww!! Bijak juga dia... Aku tumpang bersyukur dan gembira kerana walaupun hidupnya susah dan penuh dengan dugaan, dia masih mampu belajar dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang!... Sudah pasti ibunya tersenyum puas dan bangga...

And then, mak aku cakap, dia dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading... Banyak universiti yang memberi tawaran kepadanya dan salah satunya ialah Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Kedoktoran... Aku masih ingat yang dia pernah cakap dia nak jadi doktor sebab nak ubatkan arwah neneknya yang mengidap sakit jantung... Walaupun tinggal dengan ibu, dia agak rapat dengan nenek dan makcik/pakciknya... Bila dimarahi ayah, merekalah tempat dia mengadu... Aku rasa sebak sebab dia begitu sayangkan keluarganya... Atas dasar tulah kot, dia memilih tawaran dari UM tu... Lagipun, takde lah jauh sangat dengan rumah dia dan dia boleh pulang ke rumah menjenguk adik2 nya yang masih kecil...

Nak masuk UM, bukan calang2 orang yang boleh... Kebanyakkan pelajar yang belajar disana merupakan dari golongan cerdik pandai dan berduit... UM sendiri telah melahirkan banyak tokoh2 ilmuan dan pemerintah kerajaan yang berkaliber... Universiti tertua di negara kita ni merupakan salah satu universiti kegemaran yang menjadi rebutan dan impian kebanyakkan pelajar kita... Yurannya pun lebih mahal berbanding universiti lain... Satu semester saja, ribuan ringgit diperlukan untuk menampung kos pembelajaran disana bersesuaian dengan kualiti ilmu yang bakal diperolehi... Tapi bagi dia, itu semua diletakkan ketepi kerana memikirkan masa depan yang perlu dicapai...

Setelah beberapa tahun memerah otak, belajar itu dan ini akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang juga... Segulung ijazah Kelas Pertama telah berjaya diperolehinya... Ada juga pensyarah yang menawar dan menasihatinya supaya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi (buat master/Ph.D) tapi dia terpaksa menolak buat sementara waktu atas faktor2 lain... Apalagi kalau bukan kerana RM!... Dia buat ijazah pun, cukup susah dan terpaksa berhutang sana sini untuk belajar... Kasihan pada ibunya yang terpaksa membelanjakan sebahagian besar wang ringgit untuk menampung kos pembelajarannya disana... Aku tidak pasti sama ada dia ada memohon pinjaman pembelajaran atau tidak... Tapi kalau tak silap aku, kalau kita mengambil jurusan sains, kos untuk belajar kursus tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding kursus lain... <-- entah, aku agaklah sebab lain course, lain yuran dan belanjanya... Ada yang murah, ada yang mahal...

Mak aku cakap, sekarang dia menghadapi masalah untuk mendapatkan ijazahnya... Sewaktu majlis konvokesyen yang lepas, dia tidak menghadirinya kerana masih lagi berhutang sebanyak RM 3,000 dengan pihak universiti... Bila mendengar, aku terkejut kerana keluarganya sudah tidak mampu lagi untuk melunaskan hutang tersebut... Mengikut kata mak aku, sekarang dia sudah bekerja untuk menampung pembelanjaan keluarganya... Kerja pulak, bukan dekat sekitar kawasan Lembah Kelang ni, nun jauh kat selatan tanah air sana... Tak silap aku, dia bertugas sebagai penjawat biasa di syarikat swasta di Johor... Jawatan tersebut diperoleh hasil dari permohonan menggunakan keputusan SPMnya saja...

Aku masih lagi tidak faham mengapa dia perlu merantau jauh kesana... Adakah kerana sudah bosan dengan kehidupan disini? Tapi aku cukup kenal dirinya kerana dia bukanlah seorang yang mudah berputus asa... Dia juga merupakan seorang yang mempunyai nilai dan harga diri yang sangat tinggi... Dia tidak mahu menyusahkan dan membebankan orang lain hanya untuk diri dan keluarganya... Walaupun ada sanak saudara yang ingin membantu melunaskan segala hutang piutangnya, dia tetap berdegil untuk tidak menerimanya... Biarlah dia sendiri yang menyelesaikannya...

Aku cukup simpati dengan dia... Rasa sedih pun ada... Tapi apakan daya, begitulah lumrah kehidupan sekarang... Ada diantara kita sangat bernasib baik, dapat menikmati itu dan ini dan ada juga yang terpaksa mengharungi pelbagai keperitan untuk mencapai kejayaan...

Doaku, semoga dia berjaya mencapai impiannya...


1 comment:

Anonymous said...

ape dah jadi kt budak tuh?? nak cerita selanjutnyer..

p/s : rase bersyukur sbb terjumpe blog nih!

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.