Friday, 12 October 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hmmm...

Esok dah nak raya... Aku masih kat umah; sibuk mengalih, mengelap, mem'vacuum, menyapu, mengangkat, menyusun segala perabot dan peralatan dalam rumah aku... Sejak semalam, aku tak henti2 buat kerja... Nasib baik aku dah cuti... Bolehlah kiranya aku concerntrate mengemas rumah aku yang dah memang macam tongkang pecah! Adehhhh....

Sebelum aku sambung semula kerja2 aku dan mula sibuk balik, aku nak mengambil kesempatan ini mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

pada semua teman2 blogger yang telah melawat laman blog aku yang tak seberapa ini... Aku juga ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran dan kekasaran bahasa dan tingkahlaku aku pada kalian semua... Pada para pelawat, terima kasih kerana sudi bertandang... Tanpa anda, siapalah aku...

Aku juga ingin berpesan, pada yang memandu untuk pulang ke kampung halaman mahupun nak pergi berjalan kerumah kawan2, berhati hatilah dijalan raya/lebuhraya... Ingatlah kat aku ni haa (muahahahahahahaaaaaa...) dan orang tersayang! Dia orang semua menanti kalian...

Aku rasa pasni agak susah untuk aku update blog aku ni... Mungkin buat sementara waktu, aku akan tutup blog aku sebab nak beri perhatian pada perkara lain... Insya Allah, bila keadaan mula kembali normal (errr... tak normal ke kehidupan aku sekarang? Huhuhuhuuuuu...) aku akan kembali aktif semula kedunia yang telah menemukan aku dengan kalian semua...

Thanks for all your support dan ingat2 lah aku selalu yek...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Reez sekeluarga...

Gambar : Ikhsan dari fantabulous.unic.net.my. Terima kasih!



0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.