Wednesday, 7 November 2007

Baru2 ni, office aku ada buat majlis sambutan Hari Raya... Alah, tahun lepas pun ada gak... Waktu tu, dia orang buat kat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)... Aku ada buat entry pasal majlis tu... Misha Omar dan M. Nassir datang membuat persembahan...

Aku rasa, majlis tahun lepas agak sedikit membosankan... Itupun selepas aku dapat feedback dari kawan2 aku yang pergi... Aku memang tak join sekali sebab malas dan waktu tu, kat office takde orang nak jaga... Kalau dah semuanya berangkut kesana, kat office takde orang... Aku dah agak dari awal, so eloklah aku tak pergi... Khabarnya, makanan tak cukup... Tempat pulak, tok sah citerlah... Hall tu bukannya besar sangat nak cater lebih 1,000 orang!!... So, bila orang sampai, berhimpit himpitlah masing2 dan berebut rebut nak ambil makanan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

But this year, aku rasa jawatankuasa penganjur dah ambil iktibar dari program yang lepas2... So, kali ini majlis diadakan ditempat yang besar dan selesa sikit... Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara menjadi pilihan untuk acara yang gilang gemilang ini... Aku rasa, kali ini majlis agak meriah dengan kehadiran kesemua pekerja syarikat tempat aku bekerja termasuklah barisan pengurusan kanan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Apa yang istimewanya majlis kali ini ialah makanan yang disediakan menarik kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas... And then, susun aturnya taklah macam dulu... Semuanya diletakkan dimeja buffet diluar dewan bagi memudahkan pergerakan tetamu untuk mengambil makanan... Didalam dewan, diletakkan meja banquet dan kerusi tambahan jika meja yang diletakkan tidak dapat menampung jumlah tetamu yang hadir... Aku tengok, sedang elok aje... Takde lah yang kene berdiri untuk makan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And then, sambil aku dan kawan2 menikmati juadah, kami disajikan dengan persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Ghazal yang dijemput khas... Waduhhhh... Bila aku dengar bunyi petikan gambus, terus meremang bulu roma aku... Aku nie memang peminat muzik asli dan bila kumpulan tersebut memainkan lagu2 lama seperti Pantun Budi, Empat Dara dan beberapa lagu joget dan inang termasuklah lagu Ghazal, aku jadi tak senang duduk... Sedap dan merdu betul!!!... Sayang, aku takde camcoder, kalau tak; boleh aku rekod buat kenang2an...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sebelum majlis tamat, kami dihiburkan dengan seorang artis tempatan yang cukup top dan terkenal... Lagu2nya tengah hangat berkumandang dicorong corong radio... Artis ni juga merupakan salah seorang artis favourite aku... Siape lagi kalau bukan Anuar Zain...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Masa dia naik pentas, bingit telinga aku bila budak2 perempuan terkinja kinja dan terjerit jerit memanggil nama Anuar... "Macamlah Anuar tu boleh dengar suara kau panggil dia..." *sigh

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku nak ambil gambar pun tak senang... Gegar sana sini sebab ditolak tolak oleh budak perempuan yang aku rasa dah hilang akal... Macam tak pernah tengok artis... Nasib baik bukan aku yang nyanyi kat atas tu tau... Heheheheeeee....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku rasa, Anuar sendiri pun tak selesa nak menyanyi sebab setiap kali dia turun dari pentas, semua orang dok tarik2 dia... Tapi aku solute kat dia ni sebab walau dalam apa jua keadaan, dia tetap boleh maintain suara dan terus menyanyi tanpa rasa terganggu atau sumbang... Bagus betul dia ni... Ada satu ketika tu, dia terpaksa rileks dan berhenti menyanyi sebab nak layan entah pompuan mane tah nak ambik gambar... Potong stim betul!...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kadang2 tu rasa pelik gak, ada tu bertudung litup, tapi bila berdepan ngan Anuar Zain, entah setan mane tah dah masuk badan, terus peluk2 dan cium si Anuar Zain... Semua orang terkejut dan sorakkan pompuan tu... Cukup tak senonoh...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Anyway, aku dan kawan2 having a good time untuk majlis kali ini... Kiranya, berbaloi lah aku pergi kesana... Untuk next year, aku tak tahu apa yang akan mereka (jawatankuasa) rancangkan... Harap2 lagi gempak dari yang ini lah... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.