Monday, 5 November 2007

Hari Sabtu yang lepas, kelas aku cancel... Memang aku angin giler ngan HR aku pasal cancel last minute... Kesian kat kawan2 yang datang dari jauh... But again, aku tak boleh nak buat apa sebab aku tak sempat nak bagitahu dan bagi notis secara bertulis... Dapat mesej pun dah tengah malam (almost midnight), so ape boleh aku buat??? Aku cuma sempat bagitau kawan2 yang aku ingat dalam kepala otak aku ajelah... Kalau ada yang tertinggal tu, aku minta maaf banyak2...

Since kelas aku cancel, agenda seterusnya ialah menghadiri majlis perkahwinan classmate aku kat Jalan Peel, Kuala Lumpur... Aku sebenarnya tak sangka yang kawan aku ni dah kahwin... Dia ni sebenarnya brutal orangnya dan selalunya benda2 yang berkaitan dengan jiwang2 atau cinta ni memang bukan ciri2 dirinya... Nak kata romantik, aku sendiri tak nampak... Anyway, sebagai manusia, sudah menjadi fitrah... Setiap orang pasti akan menemui jodohnya walau se'brutal' mana sekali pun...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku tumpang gembira kerana kawan aku ni sudahpun selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka idamannya... One thing about them, they share the same interest; suka panjat gunung! So, I guess pasni bolehlah dia orang pi honeymoon kat atas gunung... Heheheheee....

On the way balik, aku singgah Jusco Balakong... Just do some shopping with my friends... Ingatkan nak singgah kejap je, last2 melarat sampai ke tengah malam... Abis satu Jusco tu aku pusing... Pastu melantak kat Pizza Hut... Aku rasa that was my first and last aku makan banyak kat Pizza Hut... Bayangkan pergi bertiga, order makanan macam order untuk 10 orang... Banyak giler dan penuh 2 meja makan tuh!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.