Monday, 31 December 2007

Aku terkejut bila menerima satu panggilan telefon dari kampung... Pakcik aku di Duri menelefon mak aku memaklumkan satu berita yang kurang enak...

Nenek aku telah meninggal dunia !!!

Bila mendengar khabar itu, maka berguguranlah manik-manik jernih diatas karpet berwarna merah... Sebak dan pilu menerima perkhabaran ini... Aku yang berada disitu turut merasa hiba... Tidak tergambar bagaimana perasaan aku ketika melihat ibuku menangis teresak-esak...

Hendak pulang ke kampung, agak mustahil kerana kampungku terlalu jauh untuk dikunjungi... Bukan tidak boleh, tapi akan melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lama... Bayangkanlah aku dan keluarga di Kuala Lumpur, pakcik dan makcik aku semuanya di Bukit Tinggi, Sumatera Barat... Kalau nak pulang, aku kena ambil cuti dan nak book flight ticket, sudah pasti mencecah ribuan ringgit untuk aku sekeluarga...

Aku redha, cuma aku kesian dengan ibuku... Mesti dia rasa terkilan sebab tidak dapat menatap wajah arwah nenekku untuk kali yang terakhir... Sedih memang sedih, tapi apakan daya, kami sekeluarga harus menerima qada' dan qadar Allah dengan hati yang terbuka...


Sedikit mengenai rentetan kehidupan arwah nenek aku

ketika hayatnya dia ada menyuarakan kehendaknya untuk datang ke Malaysia dan tinggal dengan kami sekeluarga... Tapi ibuku terpaksa menangguhkan perancangan itu kerana rumah yang aku beli masih dalam pembinaan... Cadangannya ialah membawa nenekku tinggal bersama bila rumah aku siap nanti... At least, selesa lah sikit... Rumah yang aku duduk sekarang kurang selesa, bilik semua penuh... Buruk pulak tu... Takkan aku nak ajak nenek duduk sekali dan tidur kat ruang tamu pulak???... Aku memang tak sampai hati nak layan dia macam tu...

Arwah pun macam excited bila tahu mak aku nak bawak dia tinggal kat sini... Biasalah, orang tua, mane tak suka kalau anak2 ajak tinggal sekali... Pulak tu, cucu2 dia ni pulak suka melayan dia... Sikit2 aje, "nenek... nenek... nenek...." macam budak2 kecil aje kami2 ni...

And then, tak lama lepas tu, dia jatuh sakit... Biasalah orang tua, bukannya sihat sangat... Kat sana pula, takde orang nak jaga dia sebab makcik yang sepatutnya jaga nenek aku kat sana telah berhijrah ke Jakarta mengikut suaminya... Jadi, arwah nenek aku terpaksa tinggal dengan "om" - dalam bahasa Malaysia dipanggil pakcik disana... Bila fikir2 balik, memang aku sedih dan kesian kat dia sebab adik beradik laki mak aku jaga dia tak macam adik beradik perempuan mak aku jaga... Tiap2 hari aku berdoa semoga dia bertahan dan sihat walafiat sehingga aku bawak dia datang kemari...

Baru2 ni, ketika nak sembahyang, dia terjatuh... Terus kene strok... Adalah dalam seminggu dia terlantar sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...

Begitulah ceritanya... Memang aku ralat dengan semua ini... Terus seharian aku hilang mood dan teringat-ingat padanya... Aku masih ingat lagi, waktu mak dan abah nak pergi haji dulu, mak aku sanggup bawak arwah nenek datang ke Malaysia semata-mata nak jaga kami adik beradik... Padahal, aku dan adik beradik yang lain bukannya umur 4 - 5 tahun yang memerlukan pengawasan orang dewasa... Aku sudahpun bekerja ketika itu yang adik aku yang paling kecil sudah berada di Tingkatan 3... Masing2 dah boleh berdikari dan boleh diharap... Tapi mak aku nak juga bawa dia datang kemari...

Bila mak dan abah bertolak ke Mekah, 2 - 3 hari selepas tu, nenek aku jatuh sakit... Dia takut dan risau bila tinggal sorang2 kat rumah... Yelah, siang hari aku dah ke pejabat... Adik beradik yang lain dah pergi kerja dan sekolah... Tinggal la dia seorang diri dirumah... Bila lama, terus kena darah tinggi dan lemah jantung!... Sampai masuk wad dan kene tahan seminggu... Aku dan adik beradik dah risau melihat keadaan dia... Nak telefon abah kat Mekah, takut nanti tak kusyuk pulak orang tua tu mengerjakan ibadat... Terus aku pendamkan saja...

Last2, aku dan adik beradik membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke kampung halaman... Masa dulu, AirAsia tak sampai lagi kampung aku, so nak balik kena naik MAS atau kapal laut... Memandangkan harga tiket kapal terbang mahal, so kenalah naik kapal laut...

Dalam hati, risau juga takut jadi apa2 kat atas kapal tu... Nasib baik ada jiran yang kebetulan nak balik ke kampung yang sama... Jadi, dia tolong tengok2 kan... Lega rasanya... Sampai aje kat kampung, sihat pula arwah nenek aku ni... Takde sakit2 pun... Musykil, musykil...

Bila terkenang kisah2 ni, bergenang air mata aku... Aku masih ingat lagi, masa nenek aku ada kat umah, dia selalu tanya aku kerja kat mana dan buat apa hari ini... Biasalah, orang datang dari kampung, dia mana tahu kehidupan orang bandar... Balik lewat malam sudah menjadi perkara biasa... So, bila aku balik lewat, dia akan tanya aku kenapa lewat sangat balik?... Aku pun tak sampai hati, jawab jelah soalan dia...

And then, setiap kali, dia mesti akan tanya aku... "dah makan dah??..." - dalam bahasa Minang... Everytime dia nak makan, dia akan tanya kami adik beradik... Arwah nenek aku ni jenis yang suka makan berulang... Tapi sedikit2... So, kalau kami adik beradik tak makan lagi, dia akan panggil makan sekali...

Arwah nenek aku ni pelembut orangnya... Macam mak aku juga... Sekarang, dia dah takde lagi dah... Walaupun aku tak pernah tinggal dan duduk dengan dia, tapi aku dapat rasa... Walaupun jauh, dia tetap ingat kat aku dan adik beradik yang lain... Tu yang membuatkan aku rasa sedih teramat sangat.......................................

Al-Fatihah buat arwah...


Catatan:-
Selepas meninggalnya nenek aku ini, aku sudah tidak punyai nenek dan datuk lagi... Semuanya telah kembali ke rahmatullah.....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.