Saturday, 8 December 2007

Habis aje discussion, aku terus berkejar ke KL Convention Centre sebab nak pi PIKOM PC Fair....

Alangkah menyampah dan bengangnya aku bila sampai2 aje... Adehhhh... Ramai giler orang kat dalam tu sampai susah aku nak gerak dan pi survey barang... Well, biasanya memang tempat tu akan penuh dengan orang tapi taklah seramai masa aku pergi ni...

Muka aku moncong aje kat dalam tu... Dah ler susah nak jalan, asyik kena tolak kesana kesini aje... Sampai aku rasa tak tahan, terus aku tolak orang kat depan dan keluar dari situ...

Aku sempat tengok dua, tiga barang aje... Ingatkan nak spent time sikit kat situ tapi memandangkan mood aku dah takde, terus aku blah... Malaslah nak lepak lama... Aku nak enquire dengan orang yang jaga booth pun tak boleh...

Dari apa yang aku find out, harga barang masa PC Fair kali ni macam sama aje dengan harga kat kedai biasa... Member aku pun cakap perkara yang sama gak... Tapi yang peliknya, ramai gak yang dok beli kat situ... Hmmmm.....

Kalau harga dah sama, aku rasa eloklah pergi kedai aje beli... Taklah perlu bersesak sesak dengan orang ramai kat dalam hall tu... Kita pun boleh bergerak bebas dan ambil masa selama yang kita suka untuk cari barang... Maybe next year, aku tak pergi dah PC Fair... Lagi elok kot...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.