Friday, 7 December 2007

Lepas balik dari office, aku dan member telah pergi menyaksikan perasmian Pesta Sukan Maybank yang berlangsung di Pusat Latihan Maybank, Bangi... Actually, aku memang tak pernah miss pun untuk menyaksikan launching pesta sukan ni... Tambahan pulak, member2 aku ramai yang masuk, so menjadi kewajipan aku untuk hadir memberi sokongan untuk dia orang lebih2 mereka yang masuk pertandingan lintas hormat...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bertolak dari office pukul 6.15 petang, sampai di Bangi dah dekat pukul 8.00... Biasalah, hari Jumaat, Lebuhraya KL-Seremban tu memang macam ikan sardin!!... Padat dan jam giler... Aku memang tergerak hati nak guna jalan lain tapi tah macam mane tah, terikut Jalan Sungai Besi tu... Haa padan muka aku!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sampai aje, aku jumpa member2 yang sedang makan malam... Borak2 and then terus pergi kat grand stand menanti acara bermula... Aku perhatikan keadaan sekeliling, ramai betul orang yang datang... Entah dari mane, aku pun tak tahu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

So far, aku rasa tahun ni acara perasmian kurang menyengat sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun2 yang sebelumnya... Kehangatan pun tak begitu dirasai sangat... Macam biasa aje...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Memandangkan tahun ni adalah tahun 'rehat' aku untuk pesta sukan, aku cuma menghadirkan diri untuk majlis perasmian aje... Untuk game esok, aku rasa aku tak dapat datang sebab aku ada discussion dengan rakan2 sekelas aku... Aku kena bagi tumpuan pada pelajaran kerana itulah satu2 harapan aku untuk terus maju kehadapan... Jalan sudah ada, cuma aku perlu berbuat sesuatu dan kalau aku abaikan perancangan yang telah dibuat (dengan mengambil bahagian dalam acara sukan dan aktiviti sosial yang lain) maka aku mungkin tidak dapat mencapai apa yang perlu aku capai...

So, to achieve something, we have to sacrifice a bit... Berbaloi lah dengan apa yang aku korbankan... :)
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.