Thursday, 6 December 2007

Terkejut... Rasa geram... Rasa marah... Kelakar pun ye gak...

Tadi beria ia aku rushing ke Mid Valley semata mata nak berjumpa dengan seseorang yang sebelum ini ingin berkenalan dengan aku... Bukan main poyo je antar SMS cakap nak kawan la, ikhlas la... Bla... bla... blaa..... Aku ingatkan betul2 la dia ni nak berkawan ngan aku...

Aku tak kesah sangat, sape2 nak kawan ngan aku, aku OK aje... Asalkan dia tahu hargai persahabatan dan ikhlas dengan niat dia, sudah memadai... Jangan nanti, bila dah berkawan, ada pulak niat dan hasrat yang bukan2... Itu aku tak boleh terima...

Anyway, aku pun janji la dengan dia ni dalam pukul 6.30 petang... Nak pi jumpa awal, tak boleh sebab aku habis kerja pukul 5.45 petang... Paling awal aku boleh sampai kat Mid Valley tu dalam pukul 6.15... Tu kira dah tolak waktu sangkut dalam jam dan cari parking... Maklumlah, awal bulan ni ramai yang pergi shopping!... Gaji dah masuk la katakan...

Aku tunggu budak ni kat Secret Recipe; tempat kebiasaan aku untuk jumpa dan meeting ngan orang luar... Tunggu punya tunggu, tak gak muncul2 si dia ni... Aku terus SMS, tanya dia ada kat mane, dan jawapan yang aku terima ialah dia tersangkut dalam jam kat area Petaling Jaya...

Huh???!!!... Nampak gayanya, duduk lama lagi la aku kat situ... Mahu lagi setengah jam kot... Aku belek jam handphone aku, dah dekat pukul 7.00 malam.... Adehhhh....

Nak buat macam mane, aku tunggu jelah dia ni datang... Sambil2 tu, aku selak helaian menu Secret Recipe yang ada kat depan mata... Setelah habis diselak, aku toleh keliling, melihat kalau ada2 orang yang aku kenal lalu lalang kat situ...

Tiba2, aku ternampak kelibat seseorang yang memang aku cukup kenal... Dan orang nie memang rapat giler ngan aku... Tapi sepatutnya, dia ada kat Wellington, New Zealand!!

"Aaaaaa.... Ape dia buat kat sini", detik hati aku...

Dari jauh dia berjalan sambil muka tunduk kebawah menuju ke tempat duduk aku...

Bila dekat, confirm memang kawan baik aku dan bila dah dekat, dia tersenyum... Kami pun bertegur sapa dan akhirnya dialah budak yang nak jumpa sangat ngan aku tu...

Apa lagi, terkeluarla kata2 laser dari mulut aku ni haa... Puas aku kutuk dan marah2 pada dia sebab main2 ngan aku... Dalam hati, rasa gembira dan malu dengan dia... Yelah, habis pecah rahsia aku dia korek... Ciss!!!!....

Kami berbual panjang dan banyak perkara yang dia ceritakan pada aku... Pasal kehidupan dia kat sana, study, exam, dan kenapa dia boleh tercegat kat depan aku... Dia bagitau sebenarnya dia dah ada kat Malaysia dekat sebulan... Aku terkejut dan terus melenting dengan dia sebab balik tak bagitau aku... Pastu, siap main2 lagi ngan aku...

We spent our time together tadi dan dekat nak tengah malam baru balik... Well, aku kena lah spent time aku sebab dia ni bukan boleh balik selalu... Inilah satu2 masa yang dia boleh balik... 3rd January nanti, dia dah kena fly semula ke NZ untuk sambung study dia sampai lah February 2009!... Lambat lagi nak habis...

Kalau aku nak jumpa dia pun mungkin tahun depan, tu pun tengok pada keadaan... Kalau ada masa sampai la aku kat NZ tu...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.