Wednesday, 5 December 2007

Aku tak tahu, hari ini aku kebosanan tahap Gaban!!

Kerja bukan takde, berlambak atas meja aku... Tapi entah kenapa aku tak ada rasa dan tak ada hati nak buat... Rasa malas sangat!... Kadang2, aku berdoa semoga cepat2 la waktu balik sampai...

Bila jam dinding tepat aje pukul 5.45 petang, hati aku kembali berbunga... "Yea yeah... dah boleh balik!!!!..."

Aku kemas semua barang atas meja aku, segala file yang memeningkan kepala aku susun dan letakkan ditepi dan tutup PC aku... Actually, bukan nak terus balik rumah pun, tapi aku nak ke Golden Screen Cinema untuk tengok wayang yang telah aku tempah hari Isnin lepas... So, memandangkan member2 lain takde yang nak pergi, aku pergi tengok sorang lah... Lagi pun, kadang2 aku perlukan masa untuk bersendirian...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tadi, aku gie tengok cerita Enchanted... Jangan gelak pulak ye aku gie tengok citer budak2... Anyway, cerita ni taklah macam budak2 pun... Ok gak jalan cerita nya... Bagi aku, cerita ni amat menarik dan sesuai untuk semua golongan masyarakat... Budak2 kecik pun boleh gie tengok...


Komen aku: -

Jalan cerita menarik, dan teknik yang digunakan juga bagus... Aku suka effect yang digunakan masa Giselle tu jatuh dalam kolam dan terus tercampak ke dunia manusia sebenar... Effect yang digunakan masa pertukaran Giselle dari dunia kartun ke dunia sebenar nampak menjadi... Taklah macam stereotype sangat...

Watak pun menarik, selalunya cerita2 macam ni kita tahu orang jahat tu ialah ahli sihir yang ingin merampas takhta atau berkuasa tapi ini memang ahli sihir tu sudah berkuasa dan ingin mengelakkan daripada takhtanya dirampas... Ok gak tu...

Penekanan tentang realiti dan fantasi juga diketengah dimana cinta dalam dunia kartun memang kartun betul tapi didalam realiti sebenar; ianya terlalu komplikated... So, ekspresi yang ditunjukkan memang ketara dan akhirnya penonton akan tersentuh bagaimana cinta dapat dipelihara walaupun didalam dua dunia berbeza...

Bagi perempuan2 yang suka pada lelaki hensem dan charming, dan suka pulak jiwang2, cerita macam nie memang sesuai la untuk korang... Dalam cerita ni banyak aksi2 loving dan caring caring nih dan pada ramai lelaki, mungkin akan termuntah ler kalau tengok... Lainla kalau korang dah ada awek dan layan awek korang kat panggung wayang tu...

Watak James Marsden memang berkesan dan Patrick Dimpsey juga berjaya melakonkan karektor seorang lelaki yang kecewa kerana cinta... Bagi dirinya, cinta itu palsu dan bohong tetapi akhirnya mula menerima bahawa kuasa cinta itu jauh lebih hebat dari apa yang digambarkan sebelum ini...

Ok, aku ni kalau nak bagi komen memang panjang berjela jela... Cukuplah setakat ini... Yang lain tu, korang pergilah tengok sendiri kat wayang...

Selamat Menonton!!!!
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.