Wednesday, 12 December 2007

Aku rasa kegilaan aku untuk menonton wayang semakin lama semakin teruk... Minggu lepas, aku rasa adalah beberapa kali kaunter pawagam GSC kat Mid Valley tu aku jenguk... Sampai orang yang jaga kaunter tu dah kenal dengan muka aku... ;)

Tadi, aku pergi tengok cerita The Golden Compass dengan member baik... Actually, aku memang dah lama nak tengok cerita nie... Sebelum ni aku baca preview dan tengok gimik, macam best aje citer ni... Al maklumlah, cerita2 fantasi merupakan antara cerita kegemaran aku... Heheheheee....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Komen aku: -

Dari segi jalan cerita, aku rasa menariklah juga... Walaupun banyak yang tak logik dari yang logik, aku tetap dapat rasa kehadiran ' X ' factor dalam cerita ni... Of course kalau korang relate kan dengan dunia realiti, cerita ni memang tidak masuk akal... Cerita ni pun bukan berunsur magikal mahupun seram... Nak kata science fiction pun tak gak...

Watak2 yang dimainkan dalam cerita ni juga berkesan... Aku cukup tertarik dengan pendekatan yang cuba diketengahkan dalam cerita ni... Perihal setiap manusia yang hidup didalam dunia yang penuh dengan perebutan kuasa, kehadiran daemon yang berbentuk binatang mencuri perhatian aku... Baik hero/heroin ataupun pelakon sampingan, semuanya mempunyai daemon masing2... Interesting!... Aku terfikir, kalau akulah yang berlakon, aku nak daemon ape ye??...

First time aku tengok Nicole Kidman berlakon jadi jahat... Aku tak pasti sebelum ni dia pernah tak berlakon jadi jahat... Anyway, watak yang dibawanya sebagai wanita yang ingin merampas kompas emas dari Lyra; kanak2 yatim piatu yang diamanatkan untuk menyelamatkan dunia mereka dari genggaman Magistrium (entah betul ke tak aku eja ni...) berkesan... Walaupun banyak aksi, penonton tidak rasa bosan melihat setiap babak yang telah difilemkan... Ada part pasal beruang kutub yang kehilangan takhta dan akhirnya berjaya mendapatkannya kembali, perempuan sihir dan sebagainya. Kesemua mereka memihak kepada kanak2 kecil ini...

Aku rasa cerita ini ada kesinambungannya sebab di penghujung cerita tu macam tergantung sikit... So I guess, there will be Part II of the story...

So, pada sesiapa yang suka cerita berunsur fantasi seperti ini, boleh la pergi tengok kat wayang... Esok, aku dah janji dengan member office kat tengok cerita lain pulak... Adehhh....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.