Thursday, 3 January 2008

Aku tak faham ler manusia zaman sekarang... Kerek semacam... Dah la kerek, berangan pulak tu... Macam dia sorang aje yang bagus dalam dunia ni...

Aku malas nak layan orang macam ni... Buat sakit hati aku aje... Dari terus 'sakit jiwa', baik aku layan benda lain...

Dah la mula-mula beria ia nak berkawan dengan aku, bila aku tanya, lain pulak kaedahnya... Apa motif yang sebenar, aku tak tahu... Tapi aku yakin, selama ini dia tidak pernah ikhlas dengan apa yang dia lakukan... Sehingga kini, aku tidak tahu apa motif dia yang sebenar...

Apa-apa pun, aku dah ucapkan "selamat tinggal" padanya... Aku tak perlu terangkan pada dia mengapa aku lakukan semua ini... Harap2, dia faham sendirilah... Dah dari mula cari pasal, fikir dan selesaikan sendiri... Aku tak mahu mengingati semua perkara yang tidak enak ini... Apa yang lepas, aku jadikan sebagai pengajaran yang paling berguna...

Dia tak ada, aku boleh hidup sempurna dan macam biasa... Tapi kesian padanya kerana dengan perangai sebegitu, dia akan mengundang amarah orang lain... Aku mungkin boleh bersabar, tapi tidak bagi orang lain...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.