Tuesday, 19 February 2008

Semenjak kebelakangan ini, aku tengok bersepah pasangan muda mudi kehulu kehilir tanpa arah tujuan... Yang paling ketara dimata aku, kebanyakkan mereka masih lagi dibangku sekolah dan masih hingusan...

Ada tu, keluar berpegangan tangan dengan keadaan lengkap beruniform sekolah...

Adehhhhhhhh... Apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang?... Mak bapak hantar kesekolah untuk belajar supaya menjadi orang yang berguna, ni tak... Habis waktu sekolah, bersepah dan bertebaran mereka bersama sama pasangan masing2 merayap tak tentu hala... Dah dekat nak Maghrib baru ingat nak balik kerumah... Ada tu, lagi extreme... Ahli keluarga yang lain dah lena tidur, dia baru nak balik...

Zaman aku dulu, semua ni takde... Kalau ada pun, cuma satu dua aje... Tu pun takde la se 'extreme' macam zaman sekarang... Kalau budak2 ni nak keluar pun, time2 hujung minggu atau cuti sekolah... Dan mereka keluar pun macam kawan2 biasa tanpa pegang2 atau peluk2... Selalunya mereka akan keluar berkumpulan...

Itulah peredaran zaman... Orang makin lama, makin advance... Benda yang tak baik, semuanya menjadi ikutan... Amalan yang terpuji semua ditinggalkan seolah-olah tidak berguna bagi mereka... Yang menyedihkan aku, bila aku tengok ramai muda mudi yang terjebak ini adalah dari golongan orang Melayu sendiri... Bangsa aku!!!...

Kalau ditanya dan ditegur, mula melenting sana sini... Aku akan kena balik!... Kata mereka, "apa hak kau nak tegur ape yang aku buat???... Mak bapak aku sendiri pun tak kesah, ni ko pulak nak menyebok hal aku dengan awek aku!!...."

Kalau orang yang panas baran, dah lama dah budak2 begini kena belasah... Nasib baik aku jenis boleh control selepas aku tegur mereka bila buat benda tak senonoh... Entah kenapa ada sekali tu, secara tak sengaja aku tertegur seorang mamat ni peluk2 budak perempuan dikhalayak ramai... Walaupun tu awek dia, aku perasan sebab nampak sangat air muka budak perempuan tu tidak selesa diperlakukan begitu... Malu agaknya...

Beginilah senario zaman sekarang... Bagi anak muda, semua ini dikatakan CINTA...

CINTA???... Betul ke CINTA kalau dah begini perangainya???... Meraba anak dara orang tak tentu pasal... Pegang sana, pegang sini... Pastu berani pulak buat perkara tak senonoh dengan pasangan masing2...

Kalau orang dulu2 bercinta, aku rasa takde la sampai nak berpeluk sakan... Paling koman (dalam bahasa Inggerisnya, "common") pun gie taman bunga, dating... Jalan takla sampai nak peluk2... Aku rasa setakat tu je kot... Entah, aku tak pernah nampak orang dulu2 bercinta macam mane... Tapi aku ada tanya mak aku, macam mane abah aku ngorat mak aku waktu muda2 dulu... Dia bagitau, kami takde la sampai nak pi dating kat taman bunga, tapi abah aku rajinla datang rumah jumpa dengan kedua-dua orang tua mak aku... Bercinta pun tak lama, terus nikah dan berkahwin...

Aku rasa seeloknya begitu... Sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan maksiat dari terus berleluasa... Tapi itulah yang berlaku sekarang... Budak2 lebih suka melakukan maksiat dari membanterasnya... Negara kita sekarang tak ubah seperti Amerika Syarikat atau negara2 Mat Salleh yang lain... Terlalu bebas!!!... Perubahan sebegini sememangnya tak elok untuk kita semua, especially orang Melayu yang beragama Islam...

Apa2 pun, semua ini bergantung pada pendidikan masing2... Aku akui, bukan semua anak muda begitu... Ada juga anak muda yang bercinta, tapi sentiasa menjaga batas2 nya... Keluar bukan berdua-duaan... Duduk jauh2 dan tak pernah bersentuhan antara satu sama lain... Aku pernah kenal satu pasangan yang begitu... Baik sungguh mereka menjaga perilaku masing2 supaya tidak mengundang maksiat... Kalau keluar, si lelaki akan bawa adik beradiknya bersama dan begitu juga dengan pasangannya... Pergi mana2, mesti ada sama ada adik/kakak atau sesiapa saja ahli keluarga kalau nak pi dating... Berjalan pun tak seiringan... Si lelaki akan berada jauh didepan dan pasangannya akan menyusul dibelakang...

Kalau beginilah muda-mudi sekarang, aku rasa selamatla kita semua... Tapi agak mustahil semua ini akan berlaku... Siapa sanggup pergi dating kalau adik beradik ada bersama sekali? Kacau line, bukan???...

Tepuk dada, tanyalah selera... Kalau tak nak tanggung dosa dan kena seksa diakhirat kelak, pandai2 la kita cari jalan supaya dapat mengelakkannya... Kalau dah suka sangat, memang ada jalannya... Kita ikut cara yang betul supaya keharmonian dapat dipelihara...


Nota kaki:-
Entry ini bukan ditulis untuk menghentam atau memperli sesiapa... Sekadar peringatan untuk mereka2 yang sedang hangat dilamun CINTA...

4 comment:

Encik KhaL said...

aku sokong tu reez, dulu manade cam zaman sekarang. nak pegang2 tangan pon takut org nampak. sekarang dah lain dah. siap buat video lucah lagi. dulu hp mahal wooo. hp besar bas. xde camera video ni. rosak..rosak..

Jie said...

ngeri kadang² tengok....apa lagi kat trafik light- kita berhenti. Dia orang ni naik motor berpeluk sakan sampai nampak seluar dalam. Masa tu juga kakjie dgn suami dan anak².

Selalunya kami akan cakap dengan anak²..jangan di ikut perangai macam tu.

ida.. said...

Betul... malu tengok diorg ni skarang.. terlalu berani... dah takde segan silu...

aria ayumi said...

huhu. tol gak ape yg reez ckp... mak ayah diya pun tak penah bercinta. kenal kejap. terus kawen. kekal gak sampai skang

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.