Wednesday, 23 April 2008

Bermula esok, hari2 aku akan berubah...

Aku akan menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran... Orang lain mungkin boleh rileks tapi tidak bagi aku... Insya Allah, dengan keyakinan yang ada serta tawakkal kepada yang Maha Esa, aku yakin semuanya akan berjalan lancar... Bukan ingin jadi takbur atau over confident, dengan usaha yang telah aku lakukan selama ini serta penat jerih aku kehulu kehilir, aku mampu untuk memberikan yang terbaik untuk hari esok...

Kenapa ya?... Apa yang akan aku alami mulai esok?...


Hari Satu - Khamis, 24 April 2008
Aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk matapelajaran aku yang ketiga... Untuk tahun ini, ini adalah kali kedua aku akan menduduki peperiksaan selepas yang pertama selesai pada pertengahan Februari yang lepas... Keputusan sebelum ini sudah pun dikeluarkan, cuma tinggal nak ambil aje... Insya Allah, esok aku akan tahu keputusannya...

Doakan aku berjaya ya!...

Selepas peperiksaan, aku akan bergegas ke negeri Pulau Mutiara untuk program yang seterusnya... Tiada rehat!...


Hari Dua - Jumaat, 25 April 2008
Aku berada di Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk program kemasyarakatan anjuran syarikat tempat aku bekerja... Sebagai salah seorang dari ahli jawatankuasa, tanggungjawab aku merangkumi pelbagai aspek teknikal dan aku harus memastikan semuanya berjalan lancar... Aku akan cuba buat yang terbaik untuk program kali ini walaupun kebanyakkan 'ground work' telah dibuat oleh rakan2 yang lain... Aku tak sempat nak sentuh sangat sebab nak concerntrate dengan exam...


Hari Tiga - Sabtu, 26 April 2008
Hari program berlangsung... Jangan tanya apa-apa, hari/waktu ni aku sangat sibuk... Heheheee...


Hari Empat - Ahad, 27 April 2008
Hari untuk aku enjoy... Insya Allah, jika tiada halangan, aku dan rakan2 yang lain akan berjalan jalan disekitar negeri Pulau Mutiara ini... Selepas selesai, kami akan bertolak pulang... Entah pukul berapa aku akan sampai KL, aku pun tak pasti... Keesokkan harinya, aku akan bekerja semula seperti biasa.... Harap2 aku dapat balik dan rehat secukupnya...
Gitulah hari yang akan aku lalui esok sampai la Ahad... Selepas itu, barulah rasa lega sikit... Namun, ada banyak benda yang ada dalam kepala otak aku ni menanti untuk diselesaikan... Harap2 aku dapat tackle satu persatu... So far, aku masih lagi boleh bernafas seperti biasa... Alhamdulillah...

3 comment:

manje said...

salam...

bz ssgt ye... apapon jaga diri bebaik...

> gdluck dlm exam tu... kite doakan awak dpt keptusn yg baik... <

Encik KhaL said...

caiyok reez
doakan ko berjaya

Reez said...

Reez --> Manje:-
Wsalam Manje... A'ah... Reez bz sikit... Thanks sebab lawat blog Reez...

Amin....


Reez --> En. KhaL:-
Thanks En. KhaL... Amin...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.