Monday, 12 May 2008

Aku rasa, mesti kalian pernah jumpa manusia yang suka mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri kan?

Dunia sekarang ni, ramai orang yang sebegitu... Ada tu, sampai ke tahap extreme dimana kalau dia tak dapat apa yang dihajati, mulalah nak mengamuk satu kampung...

Aku rasa pelik, kenapa orang sanggup menurut hawa nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras... Itulah masalah yang sebenarnya... Manusia terlalu lemah dan mudah digoda nafsu yang sentiasa menyesatkan... Jika tidak kuat pegangan, maka akan hanyutlah dibawa arus keasyikkan dan kelekaan... Yang kesiannya, orang lain yang menjadi mangsa... Mungkin ramai yang terperangkap dengan situasi dan keadaan menyebabkan mereka terpaksa menuruti apa yang disuruh... Kasihan!...

Dari apa yang aku ketahui, kebanyakkan yang berperangai sebegini terdiri dari golongan yang bijak pandai... Rata2 nya menggunakan kawan rapat atau seseorang yang begitu baik dengan mereka sebagai mangsa... Segala hasrat dan kehendak perlu dilunaskan walau dengan apa cara sekalipun... Sehinggakan mereka lupa dengan siapa mereka bercakap... Yang penting, keinginan mereka tercapai...

Aku pernah membebel dengan seorang "budak" ni... Bukan kerana aku marahkan dia tapi aku cukup geram dengan cara dia melayan orang sekelilingnya... Memang tidak dinafikan, dia seorang yang sangat baik dan bersih hatinya... Tidak pernah pula aku lihat dia mengecewakan sesiapa atau bermusuh dengan orang lain... Aku geram bila ramai yang mendampinginya sebagai kawan, suka mengambil kesempatan keatas kebaikan dirinya... Pantang jumpa, ada saja orang meminta pertolongan darinya... Yang dia ni pulak, tak reti nak tolak atau berkata "tidak"... Menurut saja ape yang orang suruh... Kadangkala, sanggup berkorban itu dan ini semata-mata untuk orang lain...

Aku bertanya kepadanya, mengapa dia perlu lakukan semua ini?... Bukankah sudah terang-terangan orang lain mengambil kesempatan keatas dirinya?... Jawapan yang aku terima cukup ringkas... Cukup untuk membuatkan aku terkedu seketika...

"Biarkanlah...."

Itu jawapan yang keluar dari mulutnya... Biarkanlah?!!... Tapi sampai bila nak biarkan semua ini berlaku?... Kalau beginilah selamanya, memang parah!...

Dengan nada yang cukup tenang, dia memberitahu aku bahawa hari ini adalah hari orang itu... Mana tahu, esok lusa hari kita pula?... Kita tidak tahu untung nasib kita di mana... Kalau baik, tidak apa juga, kalau tidak baik?... Bagaimana ya?....

Dia lakukan semua ini atas dasar kesiankan sahabat dan mereka2 yang mengenalinya... Apa yang dilakukan olehnya lahir dari dari hati yang ikhlas... Semuanya kerana Allah... Memang adakalanya aku lihat dia mengalami kesukaran, tapi dia tidak pernah menyuarakannya... Semuanya ditanggung sendiri seolah-olah tiada masalah langsung... Sedikit pun dia tidak meminta pertolongan aku atau dari rakan2 yang lain...

Jelasnya lagi, selama ini dia berpegang pada prinsip, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"... Jadi, untuk mengelakkan dari berbuat jahat (walaupun sedikit atau sekali), maka dia menolong apa yang patut biarpun orang yang meminta tolong itu tidak ikhlas dengan permintaannya... Dia juga percaya, setiap inci pertolongan yang diberikan, sudah pasti ada ganjarannya kelak... Jika ikhlas, maka baiklah ganjarannya... Jika tidak, sebaliknya lah... Dia percaya, Allah sentiasa melindunginya dari segala bentuk ancaman dan masalah...

Kalau aku, minta maaflah... Masalah diri sendiri pun tak boleh nak selesai, inikan pula nak tolong orang lain... Lainlah kalau aku tiada apa2 masalah... Apa2 pun, aku cukup kagum dengan dirinya... Cuba memperbaiki diri sendiri yang serba kekurangan... Syukur kerana aku bertemu dengan insan sebegini... Kurang2 nya, aku belajar banyak perkara dari dia dan ianya banyak mendewasakan aku...

5 comment:

arianna adrizal said...

slm reez..
mmg ada org mcmtu. anne sendiri pun mcmtu dulu. dan mungkin sekrang masih ada sikit lagi sikap mcmtu. maklumlah.. makin tambah umur, makin hilang sifat sabar ;p

bersabar dan berserah pd takdir dan balasan tuhan kadang2 tak cukup kalau dia sendiri tak berusaha utk menghalang perlakuan org yg suka ambil kesempatan tu. apapun terpulang la pada individu tu sendiri.

Nikli said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

setiap perbuatan, haruslah terbit dari hati yang iklas.. mungkin orang akan ambil kesempatan jika kita "terlalu" baik.. tapi, Allah itu maha adil dan pemurah.. walapon orang balas kita dengan benda2 keji, tapi kita membantu hanyalah kerana Dia Yang Maha Esa..

Best entry nih..
thanks..

Reez said...

Salam...

Betul tu... Saya bersetuju dengan komen ini.. Sememangnya kita kena ikhlas dengan apa yang kita lakukan dan ianya mestilah kerana Allah...

Apa pun, balasan yang kita terima adalah dariNya dan ianya adalah hasil dari tindak tanduk kita sendiri...

Terima kasih dan Insya Allah, perkara baik seperti ini harus kita kongsi bersama...

Terima kasih kerna melawat blog saya..

:D

Reez said...

Anne,

Memang betul, lain org lain cara dan pandangannya... You are not wrong with what you did...

Anyway, kita harus ingat, apa yang berlaku semuanya bersebab... Setiap kebaikan dan kejahatan, memang akan ada balasan.. Cuma yang berbeza ialah cepat dengan lambat je...

Sama2 la kita mengingatkan yang lain...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.