Saturday, 7 June 2008

Lately ni, selepas waktu kerja, aku dan rakan sepejabat banyak berbual... Memandangkan isu hangat yang sentiasa berada dibibir kita sekarang ialah isu kenaikan harga minyak, kami juga tidak terlepas untuk membincangkan isu yang sama... Seperti biasa, rungutan demi rungutan diluahkan dan masing2 masih berada dalam kerisauan especially memikirkan tentang harga barang2 yang bakal melambung tinggi... Kos sara hidup meningkat dengan mendadak...

Sambil2 borak, ada juga cerita2 lucu dan mencuit hati kami... Kadang kala, kami ketawa terbahak-bahak sampai semua berada disekeliling perasan dan berasa pelik... Apalah yang lucu sangat tu... Hehehehehe...

Waktu tengah rancak berbual, salah seorang dari kami tercakap mengenai idea nak bukak bisnes sendiri... Masing2 terdiam... Ada benarnya juga... Diwaktu ini, semestinya kita memerlukan cadangan dan perancangan yang membolehkan kita menjana pendapatan sendiri... Nak harapkan kerja makan gaji tiap2 bulan, rasanya tak cukup kot... Kita memerlukan pendapatan sampingan untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat...

What a good idea!...

So, kami pun berbincanglah tentang bisnes ape yang hendak dibuat... As a start, dua dari kami nak bukak bisnes jual kain... Memang pun, mereka berdua ni perempuan, so bisnes jual kain ni kira sesuai la dengan mereka... As for me, I don't think it is suitable for me... Aku tak pandai sangat bab2 kain ni... Tapi kalau nak suruh aku pilih kaler ke, design ke, yang tu aku pandai la... So, mereka mungkin akan proceed with their plan...

Bagi aku, sejak dari dulu aku memang berhajat nak usahakan sesuatu yang boleh memberikan pulangan yang lumayan... Of course, aku harus berkorban sikit dari segi tenaga dan masa memandangkan bisnes yang ingin aku ceburi ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya... Aku tidak boleh buat sambil lewa...

Dalam fikiran aku, aku teringin nak usahakan perniagaan yang berasaskan agro atau pertanian... Sejak dari kecik, aku cukup suka bercucuk tanam... Tak kesahla, pokok bunga ke, pokok buah ke... Asalkan aku dapat tanam pokok... Pernah waktu aku sekolah rendah dulu, aku kerjakan peralatan abah untuk bercucuk tanam... Pokok ubi kayu, pokok cili, terung, pegaga dan macam2 lagi lah... Asal ade ruang kat halaman rumah aku, sudah pasti aku akan isikan dengan tumbuhan... Bukan tu aje... Aku suka tanam pokok betik dan dan daun kunyit... Bila pokok ni dah besar, ramai orang selalu datang minta sikit especially daun kunyit nak buat masak... Paling femes, time kenduri kendara la... Waktu tu aku kecik lagi dan mak aku jenis tak kesah... Bagi jelah kat orang tu... Kadang2, sampai togel daun kunyit yang aku tanam orang kerjakan... Hehehehe...
Photobucket
Kebun sayur-sayuran yang menjadi idaman aku...

Sekarang, nak bercucuk tanam ni, aku nak kena fikir dulu... Nak cari tempat yang sesuai untuk aku buat kebun... Disamping pokok buah-buahan dan sayuran, aku ingat nak usahakan nursery (pokok bunga)... Macam menarik je kan?... So far, aku tak pernah la jumpa nursery yang dimiliki oleh orang Melayu kita... Pulak tu, tempat diaorang semua jauh2... Nun kat Sungai Buloh sana... Kat KL ni, rasanya takde lagi kot... So, aku ingat, aku nak cuba lah... Kurang2 pun, aku boleh supply fresh flower kat kedai bunga Melayu dan mereka2 yang mengusahakan perniagaan berkaitan perkahwinan...

Photobucket
Ladang bunga... One of my plan also....

Ada banyak lagi bisnes dalam kepala otak aku ni... Semuanya aku rasa macam nak buat... Tapi nak buat semua sekali, takut tak terbuat aje nanti... So, aku ikut nasihat mereka2 yang berpengalaman... Buat sesuatu yang aku minat dan suka... Fokus yang itu dulu... Bila dah berkembang, baru cuba benda lain pula...

Semua ni nak kena rajin, kalau malas, memang takkan jadi... Lepas tu, kita jangan "hangat-hangat tahi ayam" saja... Kalau mahu, buat secara serius dan buktikan...

Insya Allah....


Foto:-- www.picasaweb.google.com
- www.raisingrarities.com

2 comment:

Anonymous said...

wah3. bagus sangat le klw reez nak buat bisnes sndiri. bleh diya tumpang dua kaki. hehe. :D

p/s-diya a.k.a aria ayumi dh moved blog. sowi lambat bagitahu :p

Reez said...

Reez cadang nak wat bisnes ni sbb mengenangkan kos sara hidup kita sekarang semakin meningkat...

Saje nak tambah pendapatan sampingan...

Diya nak tumpang kaki, boleh je... Hehehehehe...

Tulah, Reez perasan... Sib baik Reez pandai cari Diya kat ne...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.