Tuesday, 1 July 2008

Hari ini, merupakan hari baru untuk blog aku...

Tahu tak kenapa?

Kerana pada hari ini, aku telah menukar konsep yang aku guna pakai selama setahun lebih... Ya, setelah sekian lamanya aku menghasilkan blog ini, sudah tiba masanya ia mengalami proses evolusi... Beralih dari yang lama kepada yang baru...

Mungkin selepas ini, bahan-bahan yang aku hasilkan/keluarkan akan mengalami sedikit perbezaan... Ianya sejajar dengan kematangan blog aku (sebenarnya dah lama matang pun... hehehehe...) dan perubahan ini adalah wajar demi memenuhi kehendak dan citarasa semasa... Sebenarnya, aku tidak berapa kesah bagaimana rupa bentuk blog aku ni... Design is just a cosmetic which makes it more presentable... Cuma apa yang ingin aku lakukan ialah aku ingin membawa blog aku ketengah (center of attraction) dimana pengunjung akan mendapat manfaat dari apa yang dibaca dan dilihat didalam blog aku ini... "Biar Berakhirnya Di Sini" bukan sekadar omongan kosong kerana apa yang diperolehi disini adalah yang terbaik untuk santapan minda mereka... Apabila ianya 'berakhir di sini', maka akan 'bermula segala kisah' mereka...

Dari awal aku menaip, aku belajar tentang banyak perkara terutama sekali bidang penulisan... Aku jelajah setiap blog; memerhati dan membaca setiap isi kandung blog yang aku lawati... Ketika itu, aku banyak memberi tumpuan tentang apa yang harus ada pada sesuatu blog dan setakat ini, ramai diantara kita berjaya menghasilkan blog yang bagus... Ada beberapa blog menjadi 'favourite list' aku dan setiap hari, aku memang tidak pernah terlepas untuk melawat dan membacanya...

Aku bukanlah mengharapkan supaya blog aku akan jadi yang terbaik di alam siber ini... Aku sendiri pun, bukanlah seorang penulis/blogger yang hebat... Tapi aku akan cuba menghasilkan sesuatu yang 'hebat' agar ianya dapat menjadi panduan pada pembaca blog aku...

Sehingga kini, aku yakin ramai diantara kita masih lagi tidak tahu apakah ciri2 blog yang baik... Dan ini menjadi tanggungjawab aku untuk mengupas sedalam-dalamnya ciri2 blog yang baik ini agar aku dapat memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti laman blog aku... Aku sedar, kuasa blog di zaman ini amatlah kuat sehingga ada yang mampu menghasilkan kesan dan pengaruh yang amat mendalam... Ianya bergantung kepada pemilik blog merangkap penulis; sama ada ingin menggunakan kemudahan ini untuk kebaikan atau sebaliknya...

Oleh itu, sama2 lah kita merenungkannya dan mana yang baik, kita kongsi bersama... Aku tidak keberatan untuk berkongsi pengetahuan serta ilmu aku dalam berblogging dan jika ada yang bertanya dan memerlukan bantuan, aku sedia menghulurkannya... I'm always in open hand...

To those frequent reader/commentor/visitor (either real or silent), thank you very much for your support!... You have made this blog a wonderful and pleasant site to visit...

Allah Bless You!...

1 comment:

Kujie said...

Blog yang baik belum tentu ramai pengunjung/pengomen kerana kebanyakkan orang berkunjung dan sudi/berani memberikan komen kepada blog yang mereka selesa dgn tuan punya blog iaitu tuan blog yang rajin membalas kunjungan mereka semula, yang selalu membalas setiap komen ..atau lebih mudah yang mesra pengunjung.

Ada blog yang baik, menulis tetapi kurang berinteraksi dengan pengunjung dan agak "ego" untuk memulakan satu perkenalan baru dengan blogger baru.

Saya juga penbaca blog, saya menjelajah banyak blog yang terkenal atau yang baru.

Kadang2 blog yang tidak berapa bagus tetapi mempunyai tuan punya yang bagus dari segi komunikasi dengan kawan²..jadi bagaimana sekali rupa blog itu... apa isinya..persahabatan telah membentuk dan sebagai kawan mereka akan sering kunjung mengunjung.

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.