Monday, 7 July 2008

Aku terkejut bila mak aku menghulurkan satu kotak berwarna hitam kepadaku beberapa hari yang lepas... Aku bertanya padanya, apa isi kandung kotak ini dan untuk apa ianya diberikan kepadaku?

Seraya mak aku berkata, "Hadiah dari adikmu... Terimalah....."

Aku tergamam... Fikiranku melayang sejenak... Mengapa tiba2 aku menerima hadiah dari adikku?... Apa, mimpikah dia?

Rupanya dia ingat akan tarikh bersejarah dalam hidupku... Memang aku sengaja tidak mahu kepoh2... Memang sengaja aku diamkan hari itu agar orang lain juga tidak mengetahuinya... Biarlah aku seorang sahaja yang mengingatinya...

Photobucket
Tali leher mahal pemberian adik bongsu aku... Terima kasih yang tidak terhingga...

Namun, ramai juga yang mengingatinya... Malah ada diantara sahabat aku tidak jemu menghantar sms dan ucapan kepadaku... Aku rasa terharu kerana walaupun aku tiada di hadapan mereka, mereka masih mengingati diriku ini... Terima kasih semua!!...

Adikku ini masih lagi bersekolah... Masih lagi dibawah tanggungan ibubapaku... Segala duit belanja dia di universiti dibiayai oleh abah dan PTPTN... Jadi, mana mungkin dia dapat memberikan hadiah mahal untukku?

Aku buka kotak itu, alangkah terkejutnya aku apabila melihat sehelai tali leher berwarna biru bercorak selang kehitaman dan keorenan terlipat kemas didalamnya... Aku tarik keluar dan mengenakannya di dadaku... Betapa seronoknya aku menerima pemberian ini!!...

Aku rasa terharu kerana adikku tahu apa yang aku inginkan selama ini... Aku rasa bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana sanggup bersusah payah menghadiahkan aku tali leher ini... Sebenarnya, aku tidak mengharapkan apa2 dari setiap ahli keluarga aku... Cukuplah sekadar mereka ingat akan hari bersejarah aku ini... Itu sudah memadai... Rasa serba salah juga sebab dia masih lagi belajar dan tidak bekerja... Kadang2, duit belanja dia pun, aku yang bagi...

10 comment:

Kujie said...

Hari hari berganjak usia ye...moga Reez bahagia selalu...Kak Jie ramai kenal kawan², adik²d dari dunai cyber dan rasanya agak rapat...dgn membaca diari kehidupan mereka..dan kak jie tumpang gembira atas segala pencapaian mereka..

moga kehidupan ini akan lebih baik utk hari2 yg mendatang..

faisal said...

Assalamualaikum Reez yang dihormati,
Semoga reez sihat dan ceria sepanjang masa..Happy Belated Besday Reez,smoga apa yg reez impikan dalam dunia ni akan jadi kenyataan,amin..

Acai doakan reez diberikan kesihatan yang baik, diluaskan rezeki yg halal dan dipanjangkan umur yg ebrkat untuk beribadah kepadaNya,amin..bertuah acai mengenali reez ni,smoga kita akan terus dapat berkawan sampai bila2 reez ye..

Kekadang kita mmg tak harapkan pape dari sesapa, cukuplah ingatan dan doa dari sahabat2 kita yg lain kan reez..:) acai mmg jenis yg jarang meraikan hari2 camni..kalau adik ebradik acaipun cuma send sms je..tak pernah lagi rasenya belikan hadiah pape,hehe..

Smoga reez terus sihat dan ceria..:) jaga diri dan hidup bebaik sahabatku..

*acai masih bizi lagi dalam minggu ni,huhu

Reez said...

Reez --> Kak Jie:-

Benar tu Kak Jie... Setiap hari usia kita meningkat... Menghampiri ke penghujungnya yang hanya Dia sahaja yang tahu bila...

Terima kasih, Kak Jie pun adalah salah seorang kenalan Reez yang rapat yang Reez anggap macam kakak sendiri... Terima kasih kerana rajin menjenguk Reez disini dan Reez hargainya...

Insya Allah... Untuk Kak Jie pun sama...

:D

Reez said...

Reez --> Acai:-

Wa'alaikumussalam sahabatku yang diingati selalu...

Alhamdulillah, Reez sihat walafiat... Acai pula bagaimana ya?... Harap Acai pun sihat juga walaupun masih dalam kepenatan dan kelenguhan selepas event hari Sabtu yang lepas...

Terima kasih banyak2 Acai kerana mengingati hari lahir Reez... Reez amat2 menghargainya... Amin...

Untuk Acai, esok akan genaplah seusia lagi... Seperti mana Acai mendoakan Reez, Reez juga mengambil kesempatan untuk mendoakan Acai perkara yang sama... Reez memohon agar Allah sentiasa melindungi Acai, memurahkan rezeki Acai, mengurniakan Acai dengan kebahagiaan agar Acai dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera...

Reez juga rasa bersyukur yang teramat sangat kerna dikurniakan sahabat sebaik Acai; walaupun kita belum pernah lagi bersua muka tapi Reez tau, you are one of good friend that I ever had... Thank you for your kind and warm friendship... Reez akan ingat selalu dan sememangnya Reez akan menjaga persahabatan ini sampai bila2...

Benar tu Acai... Apalah sangat kita menerima harta benda jika nak dibandingkan dengan ingatan yang tulus ikhlas... Bagi Reez, ingatan dan doa dari sahabat yang tulus adalah jauh lebih tinggi nilainya dari segala-galanya...

Reez ni pun tak expect adik Reez akan berikan Reez hadiah... Selama ini pun memang tak pernah dapat pun... Ni baru first time... :D

Thank you very much bro... Acai pun sama... Semoga kita akan bersua lagi...

**Tak apa... Acai jangan risau, Reez paham kedudukan Acai skarang... Dahulukan kerja dari perkara blogging ni... Itu lebih penting... Reez ni pun, sebab ada masa yang terluang... Tu yang sempat pi merayap ke blog kawan2... Hehehehehe....

Anonymous said...

alamak lewat pula nak wish kat reez.. rasanye last year jiran sebelah beritahu .. apa pun

"Happy Birthday Reez" semoga di murahkan rezeki, di panjangkan umur, di ketemukan kebahagian.. dan etc

~ fizz x online

Anonymous said...

opss its me again.. rasanye macam salah eja post di atas.. hehe apa pun.. wish your all the happiness and lots of love..


~ masih lagi fizz yg x online.. ahakz

Nikli said...

Salam..

Happy Belated Birthday to you..
wish all the happiness and joys come all your way..

Reez said...

Reez --> Fizz: -

Thank you very2 much Fizz... Hehehe.. Kali ni 'birthday alarm' Fizz terlupa kot... Tu pasal Fizz terlambat nak wish...

:D

Reez hargai, sekurang-kurangnya Fizz ingat gak.. :)

Amin.....

Reez said...

Reez --> Fizz:-

Tak apa Fizz.. Jangan risau pasal salah eja tu.. Reez dpt tangkap maksudnya...

Terima kasih sekali lagi.. Reez hargainya...

:D

Reez said...

Reez --> Nikli:-

Wsalam Nikli... Ape khabar?

Terima kasih banyak2 untuk ucapan ini... Reez hargainya... Nikli punye besday bila lak?

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.