Tuesday, 8 July 2008

Novel bertajuk "Seteguh Fikrah Saleha" itu aku belek... Aku amati kulit dan isi kandung didalamnya... Nukilan hasil dari Puan Aminah Mokhtar yang berasal dari Muar, Johor ini sedikit sebanyak mengusik hati aku... Terbit rasa minat untuk aku menyelak halaman mukasurat berjumlah 403 keping itu...

Photobucket

Sebenarnya, aku tidaklah beria-ia sangat hendak membaca novel diwaktu ini... Lebih-lebih lagi ketika kerja sekolahku sedang bertimbun... Banyak lagi kerja2 yang perlu aku laksanakan daripada membaca novel ini... Tapi kulit hadapan novel ini telah berjaya mencuri pandanganku... Selain dari grafik yang hebat dan kualiti kertas yang digunakan bermutu tinggi, aku cukup suka melihat gambar seorang gadis dimuka hadapan novel ini...

Siapakah dia?

Dia adalah adik kandungku... Pada asalnya, aku tidak mempercayainya sehinggalah aku menyemak helaian pengenalan novel tersebut... Tercatat nama "PTS Millennia Sdn Bhd" dibahagian kulit belakang; syarikat dimana adik aku sedang berkhidmat sekarang... Diruangan dalam pula, tertera namanya sebagai salah seorang editor sekaligus mengukuhkan lagi bukti bahawa dia terlibat dalam penerbitan novel ini... Aku faham, memang benar dialah orangnya...

Hati terasa gembira tatkala aku mengambil masa sejenak membaca jalan cerita/sinopsis mengenai novel ini... Aku bercerita dengan mak aku dan aku difahamkan bahawa pada dasarnya, adik aku tidak mahu menjadi penghias kulit untuk apa jua novel atau buku... Malu katanya... Tetapi, dek kerana tiada model yang ada dan layak, maka dia terpaksa mengambil tempat sebagai penghias kulit hadapan novel ini... Bukan dia seorang, malah ramai lagi awek2 yang cun di pejabatnya menjadi mangsa lensa kamera pereka grafik dan kulit disitu...

Aku tidak kesah sangat asalkan ianya tidak melanggar batas dan budaya... Kalau gambar itu sopan, apa salahnya kan?


Nota kaki: -
Bila pula giliran aku untuk keluar majalah? Hehehehehee.....

4 comment:

Jie said...

alahaiiii..comelnya dia....tgok la abg dia pula ....mesti mcm je dlm hati reez, kan...

tak de salah tu..cantik, elok tak der berlebihan pun.

Kak jie nk cari novel ni jugalah..

A.Fahd said...

Hello Reez.. wah indahnya bahasamu seperti seorang karyawan sedang bebicara.. i pon minat Novel but i blom baca lagi novel nie..hehe :)

insyallah next momment of time..

Reez said...

Hehehe....

Alhamdulillah... Thanks Kak Jie... Tulah adik saya... Kalau nak dibandingkan dengan adik beradik yg lain, dia ni bergaya sket... Pandai melaram dan pandai juga jaga penampilan diri... Maklumlah, masa kat u dulupun, dia ade belajar pasal semua ni...

Abang dia ni plk, control2 macho.. Hahahaha....

Cariklah Kak Jie... Masa Reez selak mukasurat tu, macam menarik je...

:D

Reez said...

Hello Fahd...

Terima kasih kerana sudi singgah disini ya...

Ye ke? Rasanya bahasa yang Reez gunakan biasa saja... Seperti bahasa yang digunakan orang lain.. Tiada bezanya...

:D

Really, you should try... Kebanyakkan novel yang dihasilkan novelis tempatan kita memang bermutu tinggi... Reez satu ketika dulu, memang hantu baca novel ni... Sampai kadang2 tak makan sebab leka membaca...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.