Thursday, 28 August 2008

Sedap...

Itu yang boleh aku katakan... So far, memang jarang orang bukak kedai makan yang berasaskan makanan simple seperti ini... Walaupun ianya cuma sandwich...

Nama tempat makan ni Subway... Letaknya, di KL Sentral; bersebelahan dengan RHB Bank dan Starbuck/Secret Recipe... Ini kali kedua aku datang dan makan disini... Kali pertama bersama rakan sekelas aku... Masa memula datang, aku memang bebal giler, tak tahu nak makan apa... Kat restoran ni, makanan dipesan berdasarkan konsep 'mix and match'; maksudnya pelanggan akan tentukan apa yang dia mahu dalam menu makanan yang dipesan... So, ada macam-macam pilihan dan kita hanya perlu bagitau kat tukang buat tu apa yang kita nak...

Photobucket
Logo Subway... Sekali tengok, aku ingatkan produk ubat gigi... Hehehe...

Kalau kalian tengok segala bahan kat depan rak display tu, ada macam-macam benda... Ada sesetengah tu, kalian tak tahu pun itu ape... Benda tu boleh dimakan cuma kita tak pernah makan lagi... Masa aku memula order dulu, aku menganga la kejap... Tak tahu nak cakap ape... Last2, aku main tunjuk-tunjuk aje... Nasib baik apa yang aku ambil tu kira sesuai dan sedap... Kalau tak, tak sentuh la jawabnya...

Photobucket
Inilah sandwich Subway yang bersaiz 'footlong'... Memang panjang giler!... Giler pun tak macam ni tau... Hehehe...


Photobucket
Yang ni pulak, saiz 6 inch... Nampak macam sikit, tapi besar gak...

Subway ni cuma menghidangkan makanan ringkas ala-ala Mat Salleh iaitu sandwich... Tapi sandwich nya bukan la yang pakai roti sandwich yang kita beli kat kedai mamak atau bai roti tu... Ni dia pakai roti yang panjang-panjang tu (entah, aku rasa ada nama khas untuk roti ni...) dan dipadankan dengan pelbagai inti yang enak-enak belaka... Ada dua pilihan saiz; pelanggan boleh memesan roti yang panjangnya 6 inch (bagi aku dah cukup besar dan banyak...) dan footlong (yang paling besar sekali...) dan jumlah kuantiti intinya bergantung kepada saiz roti tersebut... Pelanggan juga diberi pilihan untuk letak dressing yang macam mana dan sebagainya... Kira pilihan tu tidak lah terikat pada satu sahaja dan kita boleh padankan mengikut tekak dan selera kita...

Rata-rata menu dan pilihan yang ditawarkan memang sedap... Maybe, next time around aku akan cuba menu yang lain pulak... So far, aku belum habis explore lagi menu yang ada dan jangan risau, it's HALAL...

Kalian nak cuba?... Silalah ke Subway KL Sentral... Aku tak pasti sama ada Subway ade branch kat tempat lain ke tidak... Nanti aku check...


Image source: -
1) www.menunetwork.com
2) www.branhamhockey.com
3) www.smartplanet.com

3 comment:

Fizz said...

yummie.. lama fizz tak makan subway..

Reez said...

Salam Fizz..

Iye ke?... Ala, tempat tu tak jauh, leh je pergi...

Ni dah nak puasa ni, kalau rasa2 nak pi, cepat2 la pi...

:D

Anonymous said...

You boleh drop by kat restoran saya. Different outlet different owner. Yang ini franchise kita-kita :-) antara 30 outlet lain di Malaysia.

Riz.
Subway Bangsar.
Tel/Fax: 03-22820604.
Next to Poliklinik Bangsar.

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.