Thursday, 11 September 2008

Aku check telefon bimbit aku, terkejut besar bila melihat pamparan skrin menunjukkan mesej "UnregisteredSIM"... SIM card aku rosakkah?... Sejak bila pula rosak sedangkan baru sekejap tadi aku menggunakan telefon bimbit aku untuk menelefon seseorang...

Apa sudah jadi?... Aku cuba matikan dan hidupkan semula, tetap mesej yang sama keluar... Aku check PDA dan line CELCOM satu lagi, pun sama jugak!... Mesej "Not Available" terpampang di skrin PDA aku... Pelik...

Mungkin line CELCOM tengah down kot sekarang ni... Mungkin mereka tengah dalam proses mengemaskini dan menaik taraf sistem talian mudah alih untuk CELCOM... Sebab tu line telefon bimbit aku ni tak ada...

Jarang juga aku menghadapi masalah dengan CELCOM sejak aku menggunakannya... Tidak pernah aku 'terputus' begini dan selalunya aku akan dapat coverage walau dimana aku berada... Sekurang-kurangnya, mesti ada satu bar kalau aku berada diluar kawasan atau berada di pendalaman yang jauh dari stesen pencawang... Jadi, aku merasa seronok juga bila menggunakan CELCOM sehinggalah sekarang... Tak seperti operator yang aku guna sebelum ni, selalu gak aku menghadapi masalah especially bila bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka... Line pun, kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak... Sebab dah bosan sangat, aku terus bertukar...

Aku harap, masalah CELCOM ini tidak akan berpanjangan sehingga esok... Kalau tak, susah gak aku kalau ada apa-apa hal...

Kalian menggunakan CELCOM?... Line kalian OK tak?

5 comment:

Cek Yot said...

line i ok jekk...ehekss...i bukan pengguna celcom walapon ade simcard free...

Reez said...

Cek Yot...

Line Reez dah kembali normal pagi ni... Alhamdulillah...

Time Cek Yot tengok tu kul bape ek?... Tu line CELCOM ke line yg lain?

:)

iEn said...

uikss tetiba jek down.. ape pashaai yeee uhuhu

Reez said...

Ien...

Tula, entah tetiba je aritu line takde... Nape tah... Tapi sekarang da OK dah...

Hehehehe...

izz said...

aku saje google nak tau apa masalah celcom harini.. sejak tengahari tadi tak de coverage.. jumpa page ni secara tak sengaja.. sedih.. tetiba disaat genting mcm ni tak de coverage..

semalam ada krisis dengan kakak aku yang sulong, kakak aku ni anak emas dalam family.. tak nak memburukkan keadaan..aku berhasrat balik KL lepas subuh pagi tadi. Lepas 2 jam 30 minit perjalanan.. aku dapat mesej dari kakak aku yang ke-3, soh aku patah balik..abah sakit dada.. bila difikir2kan..aku amik keputusan patah balik.. kurang 30 minit sebelum aku sampai rumah tengahari tadi tetiba coverage tak de. Aku balik tengok pintu rumah berkunci..puas aku cari public phone, kebanyakan yang aku jumpa rosak & telan duit syiling aku je sampai abis..dalam 10.. ada la satu yang ok, itu pun tunggu masa je nak lingkup. nasib baik kakak aku yg ke-3 ni pakai maxis..bila aku call..dia bagitau yang diaorg melawat tok aku sakit tenat kat salah sebuah spital..nak g spital tu amik masa sejam setengah jugak..aku pulak orangnyer yg tak berapa tau jalan.. nak contact tanya status pun susah.. nak masuk rumah pun tak boleh.. nak patah balik KL aku dah penat.. nak call kawan2 pun tak boleh.. aku dah penat seharian drive kesana-kesini cari public phone. lastly aku balik umah "pecah rumah" sendiri.. masuk umah tido..sampai skrang diaorg tak balik2 lagi.. apa status pun tak tau.. sorilah aku meluahkan perasaan kat ruang ni plak.. bila lah celcom ni nak ok. dari sekolah menengah aku guna celcom.. ini pengalaman aku yang paling meletihkan. mmm..

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.