Friday, 12 September 2008

Sejak dari kecil sehinggalah aku dewasa, aku telah didik oleh kedua orang tua aku untuk melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin... Walau susah macam mana sekalipun, mama selalu berpesan pada aku, aku kena cuba dan selesaikannya sendiri... Jangan mengharap simpati dan bantuan orang...

Inilah prinsip aku, selagi terdaya, aku akan buat... Biarpun aku akan mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkannya... Aku yakin, dengan berkat kesabaran dan usaha aku, aku akan menerima hasilnya... Kepuasan pasti akan dikecapi dan semestinya aku akan lebih bersemangat dalam meneruskan usaha dimasa hadapan... Aku pun bukan suka menyusahkan orang, tetapi aku tak pernah kesah kalau orang datang meminta bantuan dari aku... Aku cepat simpati, cepat kesian dan cepat tersentuh lebih-lebih lagi mereka yang berada didalam kesusahan... Pastinya, aku tanpa berfikir dengan rela membantu mereka-mereka ini mengikut keupayaan aku...

Photobucket

Berkira?... Entahlah, aku tak tahulah sama ada aku nie jenis berkira ke tidak... Hanya orang disekeliling aku sahaja yang mampu menilai... Setahu aku, apa sahaja yang diberikan kepada aku, aku akan hadapi dan lakukan sebaik mungkin... Jarang aku merungut sebab kalau aku merungut pun, ape yang aku dapat?... Kerja/masalah tidak akan selesai juga... Aku selalu pesan pada diri, apa sahaja yang datang ada sebabnya... Ada hikmahnya... Jika sesuatu masalah atau perkara buruk menimpa diri, itu merupakan satu dugaan/cabaran yang harus aku sahut dan tempuhi... Bukan marah-marah atau merungut tak tentu pasal... Yang penting, aku harus tenang dan fikirkan sedalam-dalamnya perkara tersebut sebelum mengambil keputusan bagaimana untuk menanganinya...

Sejak kebelakangan ni, aku memang sibuk; sibuk sehinggakan aku tiada masa untuk diri sendiri... Aku banyak habiskan masa aku dengan kerja-kerja di pejabat dan juga kerja sekolah... Aku jarang keluar, jarang meluangkan masa dengan rakan-rakan... Adakalanya, aku risau juga andai rakan-rakan aku berkecil hati kerana aku jarang meluangkan masa bersama mereka... Aku tidak berniat untuk menjauhkan/mendiamkan diri tetapi percayalah, aku memang tak ada masa yang terluang untuk digunakan bersama mereka...

Sibuk2 pun, aku tak tahu kenapa aku masih mempunyai masa untuk mereka-mereka yang memerlukan bantuan aku... Asal mereka panggil dan minta bantuan, aku terus bangun dan pergi tolong... Entah, aku rasa memang dah program dalam kepala otak aku ni kot... Selama ini pun, aku ikhlas membantu tanpa ada apa-apa niat... Bila masalah selesai, mereka gembira; aku pun turut gembira... Dua-dua pihak puas hati!...

Photobucket

Aku tak sangka, dalam diam mereka menghargai apa yang aku lakukan... Dan baru-baru ini aku terima beberapa pemberian istimewa dari mereka yang pernah aku tolong... Aku terkejut... Aku terharu... Hati ini tersentuh kerana masih ada yang sanggup bersusah payah menghasilkan sesuatu semata-mata untuk mengucapkan terima kasih dan merakam penghargaan diatas pertolongan yang aku berikan... Aku tak tahu nak cakap macam mana; rasa nak meleleh air mata pun ada... Hanya doa yang ikhlas memohon kesejahteraan dan kebahagiaan mereka semua sahaja yang mampu aku panjatkan kepada Allah SWT...

Aku membantu setakat yang termampu... Aku memberi seikhlas hati... Tiada apa yang aku harapkan dari apa yang telah aku berikan...

Terima kasih dan semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya....

10 comment:

iEn said...

satu penghargaan xternilai tuu.. hehe

i-chimera said...

pulau pandan jauh ketengah
gunung aik bercabang 3
hancuusss badan dikandung tanah
budi baik dikenang juga....

Anonymous said...

salam

emm itu tandanya ada orang yang benar2 menghargai apa yang kite buat... tak kira ar kecil ke besar pertolongan kite... selalunya budi yang baik orang kan kenang sampai mati... teruskan... :)

Reez said...

Ien...

Betul tu... Reez setuju kerna penghargaan ini walaupun hanya diatas sekeping kertas, harganya tidak ternilai kerana kata-kata yang tertera adalah dari hati sanubari ikhlas penulis...

Begitu juga bila kita dapat award kat dlm ni, mengapa kita dapat? Kerana org yang nak bagi tu ikhlas nak bagi kat kita dan dia betul2 maksudkannya...

:D

Thanks!

Reez said...

Chime...

Setuju!... Thanks ya...

Reez said...

Manje...

Reez setuju ngan Manje... Pada mulanya, Reez tak sangka dia orang nak bagi... Apa yang Reez lakukan, Reez hanya tolong secara ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan...

Tetiba dapat penghargaan ini, terkejutla Reez...

Thanks ye Manje..

Selamat menjalani ibadah puasa...

:D

menteil said...

aku suka ngan prinsip ko tu..
selagi boleh, selagi tu berusaha..
aku tak suka orang yang mintak tolong, tapi dia sendiri tak buat apa..
apa tu?

penghargaan.. aku paling kecewa bila memberi penghargaan tapi tak dihargai.. adeh!!

yonna bebot =) said...

bro.

it is a small give.only a card.
but it means a lot to u kan?
bila kita tolong org dengan ikhlas,
dpt hadiah sekecil tu pun,
rase mcm nk menangis :)

maybe tu cara diorg appreciate pertolongan bro..

hand made card!
i likeeeeeeeeeeeeee!!

Reez said...

Menteil...

Aku memang cenggini sejak kecik... Telah diajar untuk berdikari dan berusaha sendiri walau susah mana pun... Sehingga dewasa, aku akan kekal begini dan Insya Allah, aku akan terapkan nilai yang sama kepada anak-anak aku kelak... Insya Allah...

Sama la macam aku... Cukup berbulu dengan orang yg mcm tu... Tapi kalau depa minta tolong, aku tak kata ape, aku tolong gak...

:D

Sian ko... Mesti ko pernah mengalaminya kan?... Tak apalah, kalau aku dapat pape dari ko, aku memang hargai... Hehehehe...

Take care bro! Selamat menjalani ibadah puasa...

Reez said...

Yonna Bebot...

Salam Ramadhan buat Yonna...

Yep... It's a small gift and small thing in fact... But it carries so BIG meaning to me... Reez memang amat2 menghargai pemberian orang tak kesah la kecik ke besar ke... Yang penting, its carries signature from that person!...

Memang waktu Reez terima tu, hati rasa sayu, rasa terharu... Tapi takde la sampai nak menangis sbb takut orang ingat Reez sedih lak... Tapi mmg hati berbunga-bunga la waktu tu... Hehehe...

Yep, that's right...

It's a bookmark... Macam depa tahu2 je Reez suka baca buku cerita..

:D

Thanks Yonna...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.