Friday, 12 September 2008

"Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Kak Rose dan Maria
Allah selamatkan kamu..."



Hari ini merupakan hari lahir dua orang insan yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku; yang seorang tu aku dah anggap macam kakak sendiri dan seorang lagi merupakan kawan baik merangkap teman sedarjah (classmate) aku... Kak Rose dan Maria...

Kak Rose sekarang sedang berada di rumah kerana masih lagi bercuti... Cuti sakit... Dia baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 'benda asing' (aku rasa tumor kanser) dalam kepalanya dan aku yakin ianya akan memakan masa yang agak lama untuk sembuh... Pada mulanya, dia tidak menyedari akan 'benda asing' yang sudah lama bersarang itu... Apa yang dia alami ialah sakit kepala, pening dan migrain... Kerap sangat sehingga tak larat nak bangun... Keadaan yang tidak selesa dan kesakitan yang teramat sangat itu telah menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan ketika keputusan telah dikeluarkan, baru lah dia tahu benda itu berada didalam kepalanya... Nasib baik dia cepat bertindak, kalau tidak... Aku tak tahu lah nak cakap macam mana...

Kak Rose merupakan seorang yang sangat baik... Happy-go-lucky dan sentiasa ceria... Perwatakannya yang selamba sentiasa disenangi orang sekeliling walaupun rupanya sedikit serius dan agak garang... Namun, Kak Rose adalah seorang yang baik hati dan lemah lembut... Kami kenal sejak aku mula bekerja di syarikat sekarang dan sejak 10 tahun yang lepas kami menjadi rapat ibarat sebuah keluarga... Aku menghargai apa yang telah Kak Rose berikan dan lakukan selama ini dan semestinya aku rasa terhutang budi padanya... Selalu juga Kak Rose menjadi bahan rujuk aku jika aku berada didalam dilema atau sekadar ingin bercerita dan melepaskan apa yang dirasa di dalam hati...

Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayah kepada Kak Rose... Semoga segala pintu rezeki dibuka kepadanya sempena hari kelahirannya ini dan dia dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Insya Allah...


Photobucket
My dear friend, Maria...

Maria adalah teman yang sangat baik... Jarang aku jumpa seorang teman yang sentiasa mengambil berat akan rakan-rakannya... Kalau ada pun, dua tiga kerat je... Bagi aku, sepanjang aku mengenali Maria dan berkawan dengannya, aku tidak pernah menghadapi masalah atau rasa tidak selesa... In fact, selalu juga kami melakukan aktiviti bersama rakan-rakan yang lain... Dia seorang yang sangat rajin, bertanggungjawab, boleh diharap dan boleh dipercayai... Jika ada apa-apa event, aku cukup suka untuk melantiknya untuk menguruskan event tersebut sebab aku cukup percaya, dia pasti akan melakukannya bersungguh-sungguh... Kalau nak cakap mengenai hasil kerjanya, memang first class... Memang sangat-sangat memuaskan dan aku memberikan A+ untuk setiap hasil kerjanya...

Dia juga merupakan seorang teman yang sangat dipercayai, sangat ambil berat dan sangat peka kepada keadaan sekeliling dan rakan-rakannya... Dari pengamatan aku, dia cukup rapat dengan ramai orang... Ramai yang suka berkawan dengannya kerana keikhlasannya... Aku rasa, itu yang membuatkan dia cukup istimewa sebagai seorang rakan... Dia juga jenis tidak berkira dan sentiasa memberi sokongan yang penuh pada aku dan rakan-rakan yang lain... Jauh disudut hati, aku rasa cukup bertuah kerana dapat mengenali dan menjadi rakannya...

Doaku, semoga Allah sentiasa mengurniakan setiap kemanisan dalam hidupnya; dilimpahi rahmat dan hidayah; dikurniakan rezeki yang tiada hentinya dan dikurniakan kesihatan dan kegembiraan sepanjang masa... Amin...

Thanks for everything dan selamat hari lahir buat kalian berdua...........


Nota kaki:-
Bulan September ni, cukup ramai rakan-rakan aku menyambut hari lahir... Aku intai kalendar aku, berderet-deret nama mereka terpampang... Tak apa, bila tiba masanya, pasti aku akan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mereka semua... Insya Allah...


2 comment:

iEn said...

selamat hari lahir.. moga cepat2 dpt cucu hehe


p/s: beruntung ado kawan yg begitu memahami hehehehe

Reez said...

Ien...

Errr... Dapat cucu?... Hehehe... Insya Allah...

Nanti Reez sampaikan pada mereka ek....

Reez berkawan dengan semua jenis orang, asalkan mereka ikhlas berkawan ngan Reez... Setakat ini, Reez hargai persahabatan dan ikhlas dengan semua rakan2 Reez termasukla didalam dunia siber ini...

Terima kasih dan selamat menjalani ibadah puasa...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.