Saturday, 13 September 2008

Percaya atau tidak?

Masa memula aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang professor dari Amerika Syarikat, aku sendiri pun kurang percaya (bukanlah tak percaya langsung) mengenai fakta yang dikeluarkannya ini... Sebenarnya, fakta ini dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukan olehnya kepada 1,000 sampel dimana ianya terdiri dari sukarelawan di beberapa bahagian negeri di Amerika Syarikat... Dan hasil daripada penemuan dan kajian tersebut, dia mendapati keputusan yang diterima hampir menyamai bagi setiap sampel yang di uji... Aku tidak pasti bagaimana ujian tersebut dijalankan tetapi jika dia sudah mengeluarkan fakta tersebut bermakna kesahihannya terbukti walaupun tidak 100%...

Berdasarkan pengamatan aku, jika kita tidur terlalu banyak, bukan sahaja ia membuatkan kita menjadi malas malah badan akan terasa berat dan letih sepanjang masa... Memang benar, tidur sepatutnya merehatkan badan, bukan memenatkan... Tetapi, badan kita hanya memerlukan hanya 8 jam rehat sahaja untuk tempoh 24 jam dan kebiasaannya kita akan tidur dari jam 9 - 10 malam sehinggalah pukul 5 - 6 pagi... Jika kita terus tidur (memang kebanyakkan orang selalu buat pun) ia akan menyebabkan badan kita menjadi letih semula, menjadi lesu dan tidak bermaya... Muka sembab dan akal fikiran juga menjadi slow... Tahu tak kenapa?... Kerana rehat yang kita berikan kepada tubuh badan sudah melebihi dari apa yang diperlukan... Ianya sama seperti kita menyumbat pelbagai perisian yang macam-macam di dalam komputer sehingga menyebabkan komputer kita menjadi slow... Lama kelamaan, komputer akan rosak kerana tidak mampu untuk menerima apa-apa lagi...

Dari perspektif agama pula, tidur yang berlebihan bukan menyebabkan badan menjadi tidak sihat malah ianya menjadi punca mengapa hati kita mati... Sebab itu, sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, kita dididik supaya bangun untuk solat Subuh kerana diwaktu itu, badan kita sudah menerima rehat yang cukup selepas tidur semalaman...

Masuk akal, bukan?... Itulah kupasan yang diberikan oleh professor tersebut mengenai tidur yang berlebihan... Dia tidaklah membincangkan isu ini dari aspek agama tapi dari segi saintifiknya, jika terlalu banyak tidur boleh memudaratkan kesihatan kita... Dalam bulan Ramadhan ni, aku yakin ramai diantara kita yang suka tidur... Maklumlah, penat dan letih berpuasa... Tetapi, kalau diikutkan, tidur bukanlah jalan penyelesaian kerana di bulan puasa, kita sepatutnya lebih aktif dan cergas...

Kalau kalian tidak percaya mengenai kupasan yang dibuat oleh professor ini, cuba kalian lakukan sendiri uji kaji ini... Cuba kalian tidur selama 8 jam di waktu malam dan cuba bangkit keesokkan harinya... Apa yang kalian akan rasa?... Aku yakin, sudah pasti badan kalian akan rasa segar bugar... Aku pernah lakukannya dan terbukti ianya berkesan...

Aku bukanlah mengatakan bila kita banyak tidur, kita akan cepat mati... Mati adalah kerja Allah SWT dan hanya Dia sahaja yang tahu bila kita akan dijemputnya...


Photobucket


8 comment:

iEn said...

waah.. takotnyaa.. kene duk depan PC jelah camniee hehe

axim said...

good info Reez!!!thanks for sharing

menteil said...

aiyark...
takut ler..

aku kuat tido..

Reez said...

Ien...

Bukan tak leh tido, tido la tapi biar tido yang secukupnya.. Jangan sampai terlebeh tido kerana itu akan memudaratkan kesihatan...

Jangan mengadap depan PC slalu, tak elok untuk kesihatan mata..

:D

Reez said...

Axim...

Thanks... Sama2.. Sekadar berkongsi apa yang ada...

Selamat menjalani ibadah puasa

Reez said...

Menteil...

Hehehe.... Pasni, kurang2 kan tebiat suka tido.. Wat aktiviti yg berfaedah...

**Aku takleh masuk blog ko dah.. Ada error katanya.. Entah, blog ko yg error atau PC aku yg ada problem...

i-chimera said...

info yg bagus ni... terutama utk saya sediri yg jujur saya akui memanngggg kuat tido... peliknya bulan puasa ni minda macam dah kena set, asal free sikit je, mata pun ikut jadi free sama... layuuuu... bulan tak poser tak de pulak mcm gitu...

Reez said...

Chime..

Thanks... Reez dapat ni daripada kawan yg antar e-mel kepada Reez... Rasanya, elok untuk dikongsi bersama rakan2 yang lain...

I see... Tido tak salah Chime, cuma jangan berlebihan.. Kalau berlebihan tu yang akan memudaratkan diri kita... Mcm Reez, Reez memang tak reti tido siang melainkan kalau badan Reez penat sangat...

Bulan puasa ni, memang Reez berjaga siang hari... Lepas subuh je, Reez dah start buat kerja.. Kalau takde kerja, Reez akan online; update blog dan blog hopping... Memang takkan tido balik lepas Subuh tu... Hehehe..

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.