Wednesday, 1 October 2008

Sejak awal pagi, rumah aku dikunjungi anak-anak kecil yang hendak datang beraya... Kemeriahan jelas terpancar diwajah masing-masing dengan pakaian baru warna-warni... Rasa seronok bila melihat si kecil mengenakan baju kurung dan baju melayu... Sedikit sebanyak mengimbau kenangan aku waktu kecil2 dahulu...

Begitulah aku; waktu aku berada di darjah 2 - 3, aku macam dorang jugak... Pakai baju melayu, bersampin dan bersongkok jalan keliling kampung pergi beraya rumah orang... Aku ingat lagi, tiap kali sampai depan pintu rumah jiran tetangga, dengan suara yang kuat aku teriak, "Assalamualaikummmmm.... Ciiiiikkkkk, kami nak datang rayeeeee..." Muka tak malu betul aku ni!.... Heheheheee...

Apa boleh buat, itulah zaman kanak-kanak aku... Zaman yang penuh dengan riang ria dan gelak tawa... Dahlah kawan-kawan pun ramai, bila berjalan pi beraya tu, macam rombongan nak pi meminang pulak... Kadang-kadang sampai nak penuh rumah jiran dengan rombongan kami... Hehehee... Kenangan begini memang sukar untuk dicari dan aku memang takkan lupa apa yang aku dah buat waktu aku kecik dahulu... Biasalah, budak kampung la katakan... Hehehehe...

Photobucket

Hari raya pertama setiap tahun memang aku tidak kemana-mana... Cuma duduk dirumah sahaja kerana kebiasaannya, tetamu memang ramai ketika ini... Jadi, aku harus membantu mak melayan tetamu yang datang dan menyiapkan apa yang patut... Biasanya, selepas solat sunat Aidilfitri, aku akan terus balik kerumah untuk standby... Kalau ikutkan tradisi kawasan kampung tempat aku tinggal, selepas solat sunat Aidilfitri, jemaah tidak akan balik terus... Mereka akan pergi dari rumah ke rumah untuk takbir raya... Jadi, dalam setiap kumpulan jemaah tu, mesti ada wakil untuk setiap rumah untuk bawak jemaah datang kerumah masing2... So, most the time, aku memang tak join (bukan tak nak join, tapi aku kesian kat mak aku sorang2 kat rumah nanti... kalau rombongan jemaah tiba, sape nak layan dorang?....) Aku tak risau sangat sebab walaupun aku tak join rombongan jemaah sekali, abah ada bersama mereka dan aku yakin abah akan bawak mereka semua datang rumah aku...

Aku di fahamkan, sesetengah tempat jemaah akan datang dan bertakbir di setiap rumah pada malam raya... Ada sesetengah tempat, waktu selepas solat sunat Aidilfitri... Anyway, malam ke siang ke, sama je sebenarnya... Macam aku, aku prefer siang hari kerana selepas solat sunat; mereka akan bergerak dari rumah ke rumah untuk takbir, perasaan dan mood tu lebih hebat dan seronok kalau dibandingkan malam raya... Dalam masa yang sama, orang dapat beraya sekali lah... Itu mengikut apa yang aku rasa, orang lain aku tak tahu la macam mana...

Photobucket

Selepas semuanya selesai, rumah aku sudah menerima kunjungan dari jiran tetangga... Ramai gak yang datang especially mereka2 yang tidak pulang ke kampung... Yelah, nak pulang macam mane kan, dah kawasan tempat tinggal aku ni memang kampung pun... Hendak kemana lagi?.... Hehehehe... Walaupun nama tempat tinggal aku ni "kampung" tapi lokasinya terletak didalam kawasan bandar... Ala, macam Kampung Baru tu... Nama je Kampung Baru, tapi keliling di pagari dengan bangunan pencakar langit... Same goes to my "kampung" cuma kawasan aku takde la bangunan tinggi2 macam tu... Cuma yang ada, kondo dan apartment tempat orang tinggal...

Suasana dan kemeriahan sambutan tu tetap ada walaupun dah agak moden sedikit... Aku tak kesah sangat, asalkan tradisi yang ada dikekalkan... Amalan kunjung mengunjung tetap ada dan aku rasa seronok kerana waktu ini aku dan keluarga dapat berjumpa dengan kesemua jiran tetangga bersama keluarga masing2... Perasaan tu tetap seronok...

Photobucket

Jika tiada tetamu (kebiasaan bila menjelang petang...), aku akan duduk menonton televisyen... Kalau tak pun, aku akan online... Selalunya, peti TV la jadi mangsa... Tapi tahun ni aku rasa macam cerita kat TV macam tak berapa seronok je... Ada cite yang tah ape-ape tah... Meluat lak aku tengok... Kalau aku keluar gie beraya kang, takut ada orang datang rumah... Takde sape nak melayan tetamu... Jadi, duduk mengadap laptop jelah gamaknya....

Korang tak nak datang rumah aku ke?... Jemputla datang raya ek... Ni makanan tengah banyak ni!... Hehehehehe.....



Image : Credit to: -

- www.bluefame.com
- www.alkiram.net
- www.upload.wikipedia.com


2 comment:

lily.lulu said...

amboih .. banyaknyaaaa lemang
:D

enjoy ur raya k !!

www.lensalily.com

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Reez...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sedapnya ketupat, lemang dan rendang tu... (^_^) Siapa masak lemang tu? Reez eh?

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.