Tuesday, 23 June 2009

Salam sejahtera...

Pagi yang agak kurang ceria... Langit gelap dan awan kelabu menyelubungi kawasan sekitar Kuala Lumpur... "Nak hujan lebat, ni...." detik hati aku...

Aku terus menekan pedal 'accelarator' Wiraku; bersaing bersama ribuan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke pusat bandaraya... Hari kedua dalam minggu ini memang tidak banyak perbezaan jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain... Rutin harian memang tidak dapat dielakkan... Kadangkala, terbit rasa malas didalam diri untuk ke tempat kerja hari ini... Nasib baiklah tidak hujan diawal pagi... Kalau tidak, alamat tarik selimut tebal lah aku jawabnya... Hehehe...

Ketika berada didalam kesesakan, aku terfikir sejenak... Sampai bila aku harus mengharungi semua ini?... Setiap hari memandu dan menghadapi kesesakan lalu lintas yang tidak pernah selesai... Kesian dengan enjin kereta aku tu... Sejak aku di bangku sekolah sampailah aku dah bekerja, keadaan ini masih lagi kekal seperti biasa... Jalan Setapak-Jalan Pahang (laluan yang biasa aku gunakan untuk ke tempat kerja) memang tidak pernah berubah... Walaupun, lebuhraya DUKE telah siap dibina, keadaannya masih lagi kekal begitu... Malah, aku rasakan laluan tersebut makin bertambah sesak jika hendak dibandingkan sebelum pembinaan lebuhraya tersebut... Apa sudah jadi?...

Aku tidak faham fenomena yang berlaku sekarang ini... Adakah disebabkan orang ramai sekarang lebih suka memandu kenderaan masing-masing berbanding menggunakan perkhidmatan awam sebelum ini?... Atau jumlah kepadatan penduduk disekitar Lembah Klang telah bertambah sebanyak 30% setiap tahun?... Adakah pembangunan kawasan sekitar (pembukaan penempatan dan kediaman baru) menjadi penyumbang utama kepada semua ini?...
Sukar untuk aku jawab kerana semua yang telah dinyatakan diatas banyak menyumbang kepada semua ini... Lagipun, sudah menjadi lumrah kehidupan di kota; kesesakan itu merupakan asam garam yang memang sudah sebati sejak sekian lama... Mana-mana bandar pun, tetap sama sahaja... Di samping itu, kajian yang dilakukan menunjukkan rata-rata penduduk Malaysia lebih suka tinggal di bandar berbanding di kampung... Ini memang benar kerana sumber rezeki dan peluang banyak terdapat di kawasan bandar berbanding tempat lain...

Saban hari, rasa bosan juga tapi apakan daya, aku terpaksa terima realitinya... Kadang-kadang, teringin juga hendak duduk di kawasan pekan/'rural area' yang kurang sibuk dari hiruk pikuk kotaraya...

5 comment:

AiE bAhRi said...

Bro..
itulah ayng dinamakan warna warni kehidupan..Tak semuanya kehidupan ini dilalui dengan ketenangan dan keindahan.Pati ada terselit kebosanan.

arianna adrizal said...

salam reez..
kdg2 sy pun rs bosan. bila hari-hari kita mcm siaran ulangan. need some kind of 'extraordinaire' ke apa-apalah yg lain.. asal colorful sikit life.

Reez said...

Aie...

Benar tu... Sememangnya, kehidupan tidak akan berseri jika tiada "rencah ratus" yang dimaksudkan ini... Lebih2 lagi bg mereka yang tinggal di kota raya dan bandar2 besar... Semua ini merupakan sebahagian drpd kehidupan seharian...

Saje ngomel kat sini...

Terima kasih kerana sudi menyinggah... :D

Reez said...

Wsalam Anne...

Samalah kita... Tu yg kadang2 terfikir sampai bila harus macam ni...

Betul2... Need to have something new to spice up our life...

Thanks! Anne ape khabar? Moga2 sihat hendaknya ya...

Lily.Lulu said...

lily kalau dr ampang dan dah lambat nak ke office baru guna DUKE ke hartamas

sbb lagi mudah dan cepat walaupun terpaksa bayar tol RM2

:)

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.