Tuesday, 27 February 2007

Aku dapat tahu yang ada perubahan untuk karnival kali ini... Pertukaran disaat saat akhir ni seringkali berlaku... Actually diluar kawalan aku pun... But, it won't affect main program for the day... Changes yang dia orang buat pun untuk majlis penutup malam tu... Yang lain berjalan seperti sediakala...

Antara perubahannya ialah: -
  1. Group aku kena buat persembahan pertama... "What??!!!... Owwhh.. mentang2 ler aku dah practice lama, suka2 hati dia orang aje nak letak group aku buat show dulu.... Mana boleh, ini tidak adil !!..." Aku tak nak ler nanti jadi kayu pengukur untuk juri buat permarkahan...

  2. Takde platform untuk buat persembahan... Semua kumpulan kena buat show guna original stage yang ada kat situ... "Ermm... aku rasa, sebelum ni pun planning aku memang ikut original stage... Kalau ada platform, kira bonus sebab show aku memang flexible..."

  3. Jumlah yang diwajibkan buat persembahan mesti lebih dari 15 orang... "Fuhh... nasib baik sebab group aku ada 20 orang semuanya"...

  4. Semua ketua kumpulan kena maklumkan kepada penganjur tema persembahan, bahan yang digunakan dan tajuk persembahan... "Well, this one is not a problem to me... Heheheheheheee..."

  5. Pemilihan juri adalah dibawah bidang kuasa penganjur.. Akan dimaklumkan kelak... "Aku rasa musykil kejap... What are they trying to do????"

Anyway, itulah antara perubahan yang mereka lakukan... So far, semuanya OK cuma aku nak kene selesaikan beberapa perkara dengan badan penganjur yang lain...

Aduhh... Dah dekat dah nih!!!!

Monday, 26 February 2007

Pagi, aku datang kerja... Straight away have breakfast... And then, sharp pukul 9.00 pagi masuk bilik meeting...

Adelah dekat sejam lebih meeting tu... After meeting, I have to clear some few URGENT matters on my table... Some new cases for registration, payments and also correspondance with clients... Gedebak gedebuk, dah 12.00 tengahari...

Cepatnya masa berlalu!... At 12.30 pm, meeting with the dancers kat Bilik Aerobik... Practice and rehearse step with them... Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pertandingan bermula 3 Mac ni... Risau gak aku sebab ada sesetengah dancers nie macam endah tak endah aje... Well, susahkan kerja dengan orang yang tak reti bertanggungjawab ni...

Aku tak sempat nak lunch pun... Hanya sempat makan roti dengan minum air panas mati aje... Tak kesahlah tu... Petang karang I can have heavy dinner...

At 3.00 pm, meeting lagi sekali dengan vendor/event manager yang nak buat opening and closing ceremony for this carnival... I'm not alone actually because another committee will be around to discuss critical area... So far, semua dah confirm including artist for that night... We engage Rabbani, Amy Mastura and Ramli Sarip to be our guest artist that night... Harap all of them (the MIT's) will love it....

Selesai meeting dengan vendor, again rehearse tarian dengan my group @ 5.30 pm... This time everybody is around and we practice sampai pukul 7.30 malam... Of course letih, tapi enjoy... Aku sebenornya tak nak ler practice lama2 tapi sebab dia orang ni yang nak, aku ikut ajelah... I have to admit, some of them are very committed... Truly, I'm amazed!...

Dah selesai semua, aku tak terus balik... Hari ini juga, aku kene keluar cari bahan dan costume untuk my group... Gie sewa pakaian dan sebagainya... So, berlarilah aku ke Masjid India dan kawasan sekitar with few of us... Alhamdulillah, nasib baik jumpa semua barang yang dicari... That time pun, ramai yang pergi sekali so we split into few groups untuk cari bahan... Bila berkumpul semula, we compile semua bahan dan buat kira2... Banyak gak kami spent... Dekat RM700... Anyway, doesn't matter sebab ada budget...

Sampai rumah dekat pukul 10.00 malam... Rasa letih sangat tapi lega sebab aku dah buat semua benda yang sepatutnya aku buat... Sekarang, aku dan team kena pastikan kemenangan berada dalam tangan... Insya Allah...

Thursday, 22 February 2007

Today, aku ada rehearsal dengan group persembahan aku...

Risau gak dengan dia orang ni... Semuanya memang jenis yang takde pengalaman menari... Eleh, aku pun sama gak... Bukannya pernah menari pun sebelum ni... Kali terakhir aku menari masa aku sekolah tadika kecik2 dulu... Tu pun kene paksa dengan cikgu... Hehehehee...

Anyway, aku dah siapkan lagu untuk buat persembahan... "Tengokkkk, aku jugakkk yang kene buat..." Hehehehheheheeee... Kali ini, saje aku masukkan lagu yang sememangnya menaikkan semangat orang untuk menari... Lagu intro aku letak lagu Noraniza Idris sebab aku rasa lagu dia aje yang sesuai untuk bukak panggung... And then, untuk memulakan persembahan, aku masukkan lagu Dikir Puteri - Noraniza Idris untuk tarian dikir barat... Lepas tu, lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan oleh Mas Idayu untuk dangdut Jawa... Waduhhh... Berbisa sungguh lagu ini... Sure meleleh bebudak lelaki tengok pompuan2 ni bergelek... and lastly, aku masukkan lagu barat; joget cha cha lagu Sway yang dinyanyikan oleh Micheal Bublé (sebut betul betul.. Bubley ye, bukan buble... Hehehheheheheheheee....)

Kesemua lagu ni aku adunkan jadi satu lagu... Semua lagu tu aku kerat selama 2 minit dan dicantumkan untuk dijadikan 10 minit persembahan... So, you won't get full songlah... Anyway, original idea pun cuma nak tampilkan kepelbagaian tarian saja.. Bukan satu lagu...

Bila aku pasang, masing2 dah excited nak menari... Tahu jelah budak2 nie... Culture shock tak pernah goyangkan badan... So, tanpa buang masa, aku memulakan tugas mengarah dan mengkareografikan kesemua orang nih... Hati aku terdetik, "boleh ke aku buat ni???"

Aku ingatkan, aku dapat penari2 yang sememangnya kayu tak reti menari langsung... Tak sangka lak hampir kesemuanya memang pandai menari... Telentuk liuk anggota badan dia orang... Aku lak yang tergamam.. Woww !!! Ini sudah bagus... Senang kerja aku lepas nih....
Proses kareografi tak memakan masa yang lama... Ajar sekali, semua boleh tangkap... Aku pun tak buat step2 yang mengarut yang dia orang tak boleh nak buat...

So, korang nak tengok hasilnya ??? Haa... tunggu entry yang akan datang!...

Wednesday, 21 February 2007

Tuesday, 20 February 2007

Empat hari yang lepas, aku dan rakan rakan menghabiskan hari cuti umum dibeberapa lokasi menarik disekitar negara...

Perjalanan yang menarik dan juga memenatkan ini memberikan 1001 kenangan manis dalam hidup aku... Biarpun penat, aku cukup seronok dengan percutian kali ini... Bila fikir2 balik, rasa kelakar juga sebab tak pernah2 aku berjalan sakan seperti ini... Percutian aku bermula pada hari Sabtu yang lepas sehinggalah awal subuh pagi tadi... Setiap waktu dan ketika, apa yang berlaku masih lagi segar didalam ingatanku...

Mengikut perancangan, kami akan bertolak dari Kuala Lumpur menuju keutara tanah air last Saturday... Matlamat utama ialah untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat aku; Shahida dan Asmadi di Alor Setar, Kedah... Jadi memandangkan waktu dia orang kawin nie cuti Raya Cina dan juga cuti sekolah, sempat gak ler aku dan kawan2 merancang untuk bercuti panjang melawat tempat2 yang menarik di utara semenjung tanah air...


Hari 1 - 17 Februari 2007

Seawal jam 5.30 pagi, aku memulakan perjalanan... Kononnya nak elakkan traffic jam kat highway, tapi tak boleh gak... Dengan menaiki Unser kepunyaan mak kawan aku, aku terus gie pick up yang lain2 kat rumah masing2... Bila semua dah ada, barulah perjalanan dimulakan... Harapan aku, selamat sampai dan tak sangkut mana mana...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sangkaan aku meleset... Masa aku drive menuju ke tol Duta, aku dapat lihat banyak kereta merangkak rangkak mendaki bukit menuju ke utara... Terdetik dalam hati aku, "alamak... janganlah jam kat atas sana..." Lepas sentuh Touch-n-Go, keadaan masih ok lagi until few kilometres ahead, aku dapat lihat pesta lampu brek... "Allahu Akbar!! Jam !!!..." Dah ler jam, hujan lak turun dengan lebat!!... So, I guess keadaan macam nie akan berterusan sampailah next R&R... Nasib baik Unser tu auto... Kalau manual, mau tercabut kaki aku ni tekan pedal minyak... Memang masin mulut aku... Sepanjang perjalanan tu, semua kenderaan mengesot - esot sampailah next R&R... Bila aku menghampiri first R&R, aku dapat lihat macam ada karnival aje... Banyak kenderaan yang berhenti dan park kat sana... Melimpah limpah sampai ke lebuhraya... No wonder lah jam... Ramai yang berhenti...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku tak berhenti sebab masih OK lagi... Kalau aku berhenti, sure tersangkut kat dalam R&R tu... Dia orang semua (my travelling companion) pun OK... Masing2 membongkang... Cuma aku dan kawan aku kat sebelah aje yang awake... Untuk menghilangkan bosan, kami berborak... Macam2 benda yang kami bualkan... So, perjalanan tu tak delah bosan sangat walaupun asyik sangkut sana sini... Aku terfikir gak, kalau aku drive sorang, mesti aku surrender... Yelah, dah lepas R&R, jalan depan sikit... Sangkut lagi... Tension kalau drive macam ni...

Aku ambil masa dekat 11 jam untuk sampai ke destinasi yang pertama... Dekat pukul 7.00 malam, barulah aku sampai kat Hotel Seri Malaysia Alor Setar... Check - in dan rehat kejap... Sakit2 badan aku ni duduk dalam Unser... Kalau jalan clear, ok sikit... Lebih kurang 5 - 6 jam dah sampai Kedah... Nie macam nak pergi Pantai Timur... Berchenta aku dan kawan2 dalam Unser tu.... Malam, takde ape sangat yang dapat kami lakukan sebab aku dah penat giler... Tak larat nak bawak kereta dah... Kami cuma keluar makan malam aje kat satu restoran seafood nih... Ok gak makanannya... Balik tu, jalan nak masuk hotel tu jam sebab ade game bola kat Stadium Darul Aman... Aku tak ingat, Kedah lawan mana tah.... Ramai gak yang turun walaupun sebelum tu hujan agak lebat....


Hari 2 - 18 Februari 2007

Bangun dari tidur jam 6.00 pagi.... Solat subuh dan bersiap siap untuk sarapan... Planning hari ini ada 2, satu nak gie kenduri kahwin Shida dan lepas tu terus menuju ke Padang Besar... On the way balik, makan ikan bakar kat Kuala Perlis...

Well, kami bertolak ke rumah pengantin dekat pukul 12.00 tengahari.... Memula tu nak pergi awal sebab member yang sorang nie cakap kalau boleh sampai rumah pengantin tu biar sebelum rombongan pengantin lelaki tiba... Biasalah orang perempuan nih, kalau boleh, semua nak cepat aje... Aku sebenarnya takde masalah cuma sekarang nie kami pergi in group... So, kalau semua dah ada, baru boleh jalan... Kalau tak, takkan nak tinggalkan yang lain kat hotel lak kan?...

Sampai kat umah pengantin, cam biasa.... Sesi beramah mesra dengan ahli keluarga... salam sana, salam sini... Ada gak muka yang aku familiar... Those staff from AS branches... Depa nie rupanya ada hubung kait dengan keluarga pengantin perempuan... Kira saudara mara dan suku sakat jugaklah... And then, aku makan dulu sebab nak tunggu pengantin lelaki lambat sangat... Perut pun dah lapar... Lepas nie, aku nak kene bertolak gie Padang Besar lak... Tak boleh lama lama...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dah abis makan, baru pengantin sampai... Waktu tu dah dekat pukul 2.00 petang... Mungkin rombongan sesat kot... Risau lak yang lelain tengok pengantin tak kunjung tiba... And then, sanding sanding pastu tepung tawar... Aku dan rakan2 sempat jugak mengabadikan kenangan bergambar bersama pengantin...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dah selesai semua, kami pun pulang... Ingat nak terus pergi Padang Besar tapi takkan nak pakai baju kurung berselendang sana sini dan baju Melayu??? So, balik hotel kejap, tukar pakaian, sembahyang dan terus pergi... Aku sempat mandi kejap sebab panas sangat... Rasa tak selesa lak badan....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Perjalanan ke Padang Besar memakan masa lebih kurang 40 minit melalui beberapa kawasan yang menarik... Kami merentasi ladang tebu kepunyaan Kilang Gula Felda Perlis... Suasana cukup nyaman... Kiri dan kanan kelihatan rimbunan pokok2 tebu tumbuh yang menghijau... Sempat gak aku berhenti dan ambik gambar... Member yang lain pun sibuk nak posing2... Kat Padang Besar ni, takde ape yang istimewa cuma orang pompuan suke lah... Maklumlah, banyak barang2 dan pada yang suka beli belah tu, memang tempat macam ni jadi tumpuan... Aku dan member laki sorang lagi cuma ngekor ajelah budak2 perempuan nih... Kesana.. kemari... Tapi takde beli ape2 pun sebab aku sendiri tak tahu nak beli ape... Aku tengok harga barang pun, tak delah murah sangat... Biasa2 aje...


Balik, kami singgah ke Kuala Perlis untuk menikmati makan malam... Well, kat sini yang famous ialah makanan lautnya lah... Ikan2 yang ditangkap memang segar... Besar2 lak tu... Harga pun boleh tahan... Taklah mahal sangat... Dah puas makan, kami terus balik ke hotel semula di Alor Setar... Aku pun dah penat dan tak larat nak jalan kemane - mane... Esok lak, nak kene drive semula ke Kuala Perlis...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Hari 3 - 19 Februari 2007

Bangun pagi, bersiap untuk sarapan... Hari ini, aku dan kawan2 akan ke Kuala Perlis semula untuk ke destinasi yang seterusnya; Pulau Langkawi... Gila kan?? Dah pergi rumah orang kawin semalam, sempat lagi nak pergi Langkawi... Memang cowboy betul planning kali ini... Kalau sesetengah orang, mesti rasa tak sempat.. Tapi aku tak kesah... Lagipun, dah alang2 sampai, redah ajelah... Bukan rugi ape pun... Cuma yang kelakarnya, kena ulang alik banyak kali... Patutnya, kami terus menginap aje kat Langkawi petang/malam sebelum tu... Tapi sebab tak buat early reservation, so aku gerenti hotel mesti penuh punya!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kami check out dari hotel (sebab balik dari Langkawi, kami akan terus balik ke KL... Satu lagi kerja gila...) dalam pukul 12.00 dan sampai di jeti Kuala Perlis sejam selepas tu... Tunggu feri adelah lagi sejam... Mak aih, masa tunggu feri tu, Tuhan jelah yang tahu betapa seksanya... Ramai betul orang kat situ... Berderet deret nak naik feri ke Langkawi... Hmm.. tulah kalau time cuti umum ni, macam nie lah suasananya... Sure ramai orang nak gie tempat2 macam ni... Aku gie sana pun sekadar nak beli belah... Bukan nak beli ape pun, sekadar cenderamata untuk ahli keluarga aku dan coklat untuk kawan kawan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku spend satu hari kat sana, dari tengahari sampailah lewat petang... Shopping coklat sampai tak ingat... Berbungkus bungkus coklat aku borong... Macam mane aku tak lupa diri, asal nampak yang murah aje, aku ambik... Baik Cardbury, Van Holten, Nougat... ape lagi jenama yang ada, semuanya ada dalam karung beg aku... Tak kisah lah kan.... Bukan selalu aku macam ni... Kalau aku beli sikit, nanti ada pulak orang yang tak dapat... Kesian lak...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku sedikit bengang bila waktu nak balik... Sepatutnya kami sampai ke tanah besar pukul 6.30 petang, but then masa aku landing tu, dah dekat 7.45 malam.... Apa ke taknya, feri delay... Aku ingatkan kapal terbang aje yang delay... Nie feri pun sama gak... Tah pergi mana tah driver feri tu... Jalan2 kot... Ramai yang terkandas masa tu... So, schedule lari lagilah... Kami tak tunggu lama kat situ, ambil kereta dan terus cabut... Ingat nak dinner kat R&R tapi tiap kali aku pass by, macam tak menarik aje menu yang ada... So, aku keep holding on.... Member yang lain pun tak kesah...

Lepas keluar dari Sungai Petani, one of us dapat idea nak makan fast food.... So, bincang punye bincang, we decided to have KFC for our dinner... Mata masing2 meliar melihat kiri dan kanan kot kot ade restoran KFC yang berhampiran... Bila dah menghampiri Penang, memang satu restoran fast food pun tak kelihatan... Perut pun dah mula berkeroncong... Minyak pun dah nak habis (first time aku bawak kereta minyak tinggal sikit sangat - setengah dari satu bar yang paling bawah sekali... kalau jam, memang tak sampai aku rasa). Memandangkan perjalanan masih jauh, member aku pesan suruh masuk aje Penang... Gie Queensbay Mall... Kat situ berlambak restoran fast food.. Pilih aje mane yang nak...

So, kami pun turn masuk ke jambatan Pulau Pinang... As usual, jam giler!... Hati aku dah risau sebab takut nanti minyak abis.... Kereta auto ni kuat makan minyak... Pulak tu Unser... Tahu2 jelah... Bawak memang seronok, minyak jelah yang kene tongtong... Kalau seseorang, memang sakit !!! Sampai kat mall tu, kompleks tu dah nak tutup... Yelah, dah berapa lama tersangkut kat dalam traffic jam kat jambatan tadi... Turun aje, masing2 cari toilet... Jauh berjalan tak henti henti... And then, nasib baiklah kami sempat beli KFC, cuma tak sempat makan kat sana aje sebab KFC pun dah mula berkemas dan nak tutup... So, kami tapau aje dan berenti makan kat R&R yang berhampiran...

Perjalanan diteruskan sampailah next R&R... Sampai pun dah dekat larut malam... Enjoy our dinner dan kemudian teruskan perjalanan pulang ke KL... On the way tu, kesemua member aku ni tidur sebab keletihan yang melampau... Tinggal aku sorang drive merentasi kegelapan malam... Keadaan jalan clear dan banyak juga kereta... Tapi taklah jam cuma sesekali tersangkut sebab ada accident...

Kami arrive pagi tadi lebih kurang pukul 5.00 pagi... Send all of them home one by one... Memang penat giler tapi aku enjoy... Never in my life aku buat begini... Nasib baik hari ini cuti lagi (cuti ganti hari Raya Cina) so aku dapat rehat selepas penat memandu sepanjang malam... Nampak aje katil, aku dah tak pikir ape dah... Campak beg dan terus terbongkang sampai tengahari... Hehehehheheheheee....

Sunday, 18 February 2007


Hari ini aku dan rakan2 berjalan sakan... Maklumlah, hari ini merupakan cuti umum untuk seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina... Jadi, ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung mahupun ke tempat2 percutian disekitar negara...

Hari ini juga, kawan yang satu pejabat dengan aku telah melangsungkan perkahwinannya... Kedua dua mempelai ni memang satu office dengan aku... Dahlah satu office, satu department pulak... Duduk depan-belakang aje... Aku pada mulanya rasa terkejut yang akhirnya dia orang ni akan menjadi pasangan suami isteri... Masa memula aku kenal dia orang ni, tak nampak pun macam ada 'percikan' cinta antara mereka... Hehehehheehee.. Siapa tahukan??? Itulah, orang tua kata jodoh.... Pergi jauh mana pun, kalau dah ketentuan, pasti akan bertemu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku tak pasti bagaimana permulaan dia orang ni, tapi aku tahu it didn't start well... Masa tu, masing2 main tolak tolak... Haa... nah kau! Sekali tolak, terus melekat !!! Tulah Shida, dulu hang tak suka, la ni... terus jadi laki hang!... Hehehhehehehehee...

Anyway, aku rasa happy sebab akhirnya dia orang selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz... So, bermulalah kehidupan baru buat mereka berdua nih...


To Asmadi ---> "Tahniah buat hang!... So, I believe now there will be no more sad and boring story from you... You got her in your life and I'm sure you gonna live happily ever after!... Nanti jangan lak hang malas nak turun main basketball ngan aku !... Hehhehehehehee..."

To Shahida ---> "Tahniah gak buat hang! Tak sangka hang nak kawin ngan kawan aku... Hehehe... Anyway, I'm happy for you also!!.. So, jaga si Madi nie bebaik... Tu, rumah dah siap, bila lagi nak masuk??????"...

Thursday, 15 February 2007

Aku tak nak kusutkan kepala otak aku hari ini...

Today, aku malas nak stay back kat office... So, I decided to go back early this evening.... Bila jarum jam tepat menunjukkan pukul 5.45 petang, aku harus mengangkat kaki melangkah keluar dari ruang pejabat... That is the contract between me and the company... Kalau dulu, waktu bekerja aku flexi (mesti complete 8 jam, 45 minit... tak kesah ler kau masuk pukul brape antara 8.00 pagi - 9.00 pagi) kali ini, semuanya telah ditetapkan... Mesti kene complete 9 jam waktu bekerja bermula 8.45 pagi....

Adoiiiiiii... Orang lain, kalau dah pukul 5.30 petang tu dah sibuk naik LRT/bus, aku dan kengkawan masih lagi terkial kial buat kerja dipejabat... Kalau OK keje tu, tak pe gak... Kalau kene time selesaikan masalah, rasa bosan pun ade... Sometimes, we need a break, go somewhere or go back early... Jadi, bila management practice sistem yang 'fix' macam nie, kami tak ada banyak pilihan...

Bila dah merger ni, macam2 benda yang aku find out... Ada yang baik, ade gak yang tak berapa best... Tapi sebagai seorang pekerja bawahan, suara aku tak cukup power untuk mengetengahkan apa yang aku rasa... Banyak lagi suara 'pioneer' kat atas tu yang cukup lantang memprotes dan menghalang apa yang telah disuarakan oleh golongan pekerja macam aku ni... Aku tak menolak bahawa ada antara mereka yang bagus... Ada yang menyokong... Cuma apa yang aku kesalkan ialah ramai antara mereka lebih kepada menjaga periuk nasi mereka sendiri... Ada tu dah memang terang2 tak tahu satu benda boleh mengkritik dan memperkatakan tentang kerja orang lain... And at the end, dia dapat nama dan pujian dan bukan orang yang buat kerja tu... Pelik kan??? But that is the fact now....

Kalau tak bodek, tak ampu.... jangan harap kau nak dapat apa yang kau nak!... Aku memang tak suka dengan orang macam ni... Tapi ape boleh aku buat, dah company nak simpan gak orang macam ni... Lantaklah.... Ape yang aku tahu, aku datang kerja ikhlas kerana Allah... Kerana nak cari rezeki yang halal...

But sometimes, rasa irritated gak dengan semua ini... Bila bekerja, kita rasa semuanya tak kena... All process which use to be our routine before dah bertukar... Jadi tak efisyen macam dulu... Alahaiiii... aku memang lemah ler kalau jadi macam ni... Bila kita cakap, depa asyik dok kata, "dulu... kami buat begini... buat begitu..." E ehh... kita nie nak selesai masalah ke, nak tambah masalah?????????

Wednesday, 14 February 2007



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bila orang bertanya, hari ini hari apa?

Ramai yang akan menjawab, "Hari Valentine"....

Itulah yang akan kita dengar disetiap mulut muda mudi kita sekarang... Seolah olah, tarikh ini dinantikan terutama sekali mereka yang sedang hangat bercinta... Setiap tahun, tidak pernah terlepas walau sekali pun perkataan 'valentine' disebut bila tiba tarikh ini... Aku rasa musykil... Mengapa perlu kita mengingati kekasih pada tarikh ini? Apa keistimewaannya sehingga ianya perlu diingati? Bukankah itu pelik namanya? Setahu aku, Islam tidak pula meletakkan syarat bahawa kita perlu mengingati kekasih kita pada hari ini atau mana2 hari sekali pun... Malah, sebagai seorang Muslim yang beriman, kita sepatutnya memperingati Allah dan nabi junjungan Muhammad S.A.W disetiap saat dan waktu...

Sesetengah orang, mungkin tidak mengetahui apa itu hari valentine... Ada yang tahu, tapi buat2 tak tahu dan terus menyambutnya kerana takut kekasih akan berkecil hati atau merajuk... Sama ada kita menyambutnya atau tidak, sebagai umat Islam, kita harus mengetahui apa itu hari valentine dan apa hukumnya jika kita terus meraikannya...

Aku ada buat sedikit kajian dan kebanyakkan ulama mengatakan ianya 'HARAM' untuk diikuti... Malah, keluar dalam surat khabar sebelum ini, Mufti Perak - Datuk Seri Harussani Zakaria berkata bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad jika dia menyambut hari valentine tersebut... Jadi, kita seharusnya berhati hati untuk mempercayai setiap perayaan yang bersangkut paut dengan agama sebelum menyambut atau meraikannya...

Apa itu hari valentine?

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung - burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis "From Your Valentine" kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Begitulah antara kisah yang aku perolehi... Kebanyakkan menceritakan perkara yang sama dimana ianya diasaskan oleh seorang paderi dari Rom... Bukankah pelik jika kita ingin meraikan sesuatu yang sememangnya bercanggah dengan amalan kita sebelum ini? Islam itu sendiri cukup indah untuk kita ikuti dan rasanya tidak ada yang kurang... Sememangnya kita digalakkan untuk mengingati sesama sendiri, bukan sahaja kepada kekasih, malah kepada ahli keluarga, KAWAN KAWAN serta sahabat handai dan orang lain setiap masa... Itulah yang sebaik baiknya...

Jadi, sebagai umat Islam yang cintakan agamanya, tidak perlulah kita mengikuti budaya asing yang sememang tidak sesuai dengan cara hidup kita yang sebenar...


"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia" - Datuk Harussani Zakaria

Sunday, 11 February 2007

Setelah bertahun tahun lama... Dia sentiasa ada disampingku... Ketika aku memerlukan seseorang teman yang boleh mendengar dan bercerita tentang segala galanya...

Kini, aku 'hilang' teman rapatku... Hilang untuk seketika... 2 tahun yang akan datang, aku mungkin tidak akan dapat melihat dirinya lagi... Dia telah pun pergi... Pergi mengejar impian dan cita citanya...

Aku redha... Ini semua untuk kebaikan dirinya juga... Aku sentiasa mendoakan kejayaannya disana... Kerana selepas 2 tahun, dia akan kembali juga... Kembali dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala....

Tadi masa kat KLIA, sekali lagi aku dapat menyaksikan pesta air mata... Aku dapat lihat mama menangis teresak esak... Kak Lily, Anis pun sama gak... Daddy cuba selindungkan kesayuan tapi aku tahu, jauh disudut hatinya, dia merasa kehilangan... Anak yang menjadi harapan keluarga akan pergi meninggalkannya untuk jangka masa yang boleh tahan lamanya... Sekarang, tinggal lah mereka berempat satu rumah meneruskan kehidupan seperti sedia kala...

Waktu baru sampai airport, aku masih lagi OK... Ceria seperti sedia kala... Tapi bila tiba masanya kawan baik aku ni masuk departure hall, aku jadi serba tak kena... Aku rasa resah gelisah... Dan bila aku berhadapan dan bersemuka dengannya, tidak semena mena air mata aku jatuh berguguran... Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat... Kalau aku dah teresak esak, kawan aku ni pun sama gak lah... Itulah saat yang menyedihkan selama aku berkawan dengannya...

Kami berpeluk erat seperti tidak mahu melepaskan... Tapi sampai bila? Dia harus pergi dan aku kena merelakan pemergiannya... Dalam kepala otak aku, aku tetapkan bahawa dia bukan pergi untuk selama lamanya... Dia bukannya pergi ke bulan... Bukan merantau ke galaksi yang lain sehingga aku tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lagi... 2 tahun tu tak lama, pejam celik dah pun 2 tahun... Kalau tak pun, aku boleh pergi melawatnya disana... Bukannya aku tak boleh pergi...

Kami bertukar salam dan dia sempat berpesan kat aku supaya menjaga diri dan sentiasa menulis padanya... In fact, jika berkesempatan, online YM... Tapi mungkin ada problem sikit sebab perbezaan masa antara Malaysia dan Wellington ialah 5 jam... So, kalau kat sini pukul 10 pagi, kat sana dah pukul 3.00 petang... Usually, early in the morning aje yang dia free sebab lepas tu dia dah kene attend kuliah (berdasarkan schedule universiti) So, selalunya akan clash.... But it's OK sebab kalau aku tak jumpa dia dalam YM pun, aku masih boleh antar e-mail kat dia... Bisa diatur!

Waktu drive balik tadi, aku teringat pengalaman aku dengan dia... Kami berkawan rapat sejak sekolah... Dan sampai dah keje pun, kami masih berkawan... Aku selesa dengan dia dan so far, aku tak pernah ler jumpa member sebaik dia... Walaupun kadang2 ada perselihan faham, ikatan persahabatan tu tetap utuh... Aku harap ianya akan kekal sampai ke tua...

Aku tak dapat nak bayangkan hari2 aku kat sini... Aku hilang sementara teman untuk gie shopping, teman berbual (sebab aku ni banyak bercakap dan tak semua orang boleh layan aku nih.. Hehehehheheheheee...), teman nak dengar apa yang aku rasa.... Tapi aku masih OK sebab aku ada lagi kawan2 yang lain yang berada disamping aku... So, I think I can handle myself for sometime...


Nota:-
Bila kita jadi terlalu rapat dengan seseorang, kita akan dapat rasa satu pertalian yang sangat erat dengannya dimana sukar untuk kita jelaskan dengan perkataan... Hanya perasaan dan hati saja yang tahu betapa eratnya pertalian ini...

Thursday, 8 February 2007

Semalam lepas kene pujuk oleh beberapa orang, akhirnya aku setuju gak nak tolong dia orang nih...

"Ooo... Pandai korang pujuk aku ye... Mentang2 ler hati aku ni cepat cair... Bukan main lagi ayat korang nak suruh aku in-charge benda yang aku tak pernah buat..."

Anyway, aku menghadirkan diri aku dalam meeting depa hari ini... Katanya nak bincang nak buat apa untuk persembahan malam 3 Mac nanti... Setiap kumpulan kene buat satu persembahan... Adelah beberapa orang yang hadir dan rata ratanya aku tak kenal sangat... Tapi yang pasti, kami semua dari kumpulan yang sama... Kumpulan Hijau...

Bahang karnival kian terasa... Masing2 sibuk mempersiapkan diri masing2 menjelang hari pertandingan 3 Mac nih... Begitu gak dengan group aku... So far, aku tak dengar lagi group lain nak buat ape untuk malam tu... Entah2 cuma group aku je yang beria ia nak buat... Rasa satu macam lak...

Bila ditanya diri masing2, mulalah keluar macam idea... Ade nak buat nyanyian lah.. Ade nak berlakonlah... Nak menari lah... Macam2 lah yang aku dengar... Aku banyak berdiam diri sebab nak dengar apa yang mereka ni nak buat... Paling ketara aku dengar ialah depa nak buat dikir barat...

Hmm... Dikir barat??? Aku bukan tak setuju nak buat dikir barat tapi aku rasa macam dikir barat tu kita cuma boleh ketengahkan satu dua bentuk movement aje... So, kalau nak menang, agak susah sikit... Lainlah kalau group lain pun buat dikir barat dan malam tu memang khas untuk show dikir barat saja... And then, kita nak kene carik tukang karut dan segala peralatan untuk berdikir barat... So far, tak pulak antara mereka ni yang pandai berdikir barat... Takut nanti bila buat tu, macam kartun pulak... Tak endak ler aku... Nanti buat gelak orang aje...

So, cakap punye cakap, mereka tak boleh nak decide... Then si ketua ni dok pandang kat aku... "alahhhh... aku lagi...." Kenapa aku juga yang dia pandang... Tiba2 je aku cakap... "Senang aje, since semua orang suka sangat nak menari, then kita buat tarian aje"

Semua orang senyap... Aku lak yang jadi panik... Dia orang nie bengang ngan aku ke? Tanpa mempedulikan dia orang semua, aku terus menyuarakan pendapat aku... Sesuatu yang dia orang tak pernah fikirkan sebelum nih... Aku pun sebenornya tak pernah terfikir pun... Tapi tah tiba2 aje aku dapat idea ni, terus aku cakap... Aku bagitau kat dia orang, untuk tarian kali ini kita buat variety dance... Bukan satu aje dance, tapi multiple dance in one show.... Macam mane tu yek???

My idea was, gabungkan dikir barat (since ade akak ni suka sangat dikir barat!) dengan tarian moden iaitu few modern dance... Kira compilation show lah ni... Aku ingat nak selitkan sikit unsur2 ketimuran dan juga kebaratan... Dance yang macam mane, aku tak dapat nak bagitau sebab aku pun tak boleh nak fikir... Kalau dikir barat tu dah kemelayuan dan tradisional, tarian ape lagi yang melambangkan ketimuran??

Dalam riuh rendah depa nie dok bercakap pasal lagu... Tiba2 aje aku teringat lagu Jawa!!.. Ape lagi, aku terus cakap dangdut dance sebab aku gerenti sure semua orang akan suke punye... Budak2 lelaki tok sah cakap ler kalau bab gelek2 nih... Hehehehe... And then lastly, aku pilih cha cha dance untuk menampakkan balance antara timur dan barat tu...

Tak sangka lak depa ni terus setuju dengan cadangan aku tu... Takde nak tapis2 dah... Aku pun pelik bila dia orang nie main accept aje... Aku rasa aku bukanlah ketua untuk bahagian ni... But aku rasa terharu sebab dia orang respect dan appreciate idea aku... Tak tahulah, mungkin dia orang hargai atau mungkin dia orang ni dah takde idea lain... So, ape yang ada, sapu ajelah...

Next task.... KENE PRESENT IDEA...

Whaaaaatttttttttttttttt???!!!!!!! Alamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk.....

Wednesday, 7 February 2007

Sesuka hati dia orang aje nak suruh aku in-charge untuk buat persembahan...

"Ape.... dia orang ingat aku ni dah takde keje lain dah ke???.... Non-sense!!!"

Aku sebenarnya malas nak layan semua ni... Keje aku dah ler banyak, manalah aku ade masa nak bersuka ria ni... Lainlah kalau aku banyak masa lapang... Bolehlah jugak aku nak fikir2 kan...

Telefon kat meja asyik berdering dering... Semua orang dok cari aku... Aku pun tak tahu kenapa dengan tiba2 aje nama aku jadi hangat... Nie adelah orang yang pandai2 canang nama aku satu company nih!!.. Sikit sikit... Reez... Sikit sikit... Reez... Reez... Reez... dan Reez.....

Woooiiiiii... orang lain tak de ke???!!!

Tuesday, 6 February 2007

Semalam member aku tanya kat aku...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Ko nak pi Seam Reap tak Reez???"... Alamak, tersentap aku kejap... Kalau diikutkan hati, aku nak ler ikut... Berjalan, siapa tak nak kan? Tapi, bila aku fikir2 balik, ongkos... pastu cuti lagi... Aku rasa macam tak done aje...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Depa nie semua nak pi in group... Katanya, nak pergi tengok Angkor Wat tu haa... One of the historical place kat sana... Memang menarik tapi tulah, aku terpaksa lupakan atas faktor diatas... Lagipun, depa nak pi bulan Mei ni... Cuti hari buruh selama 4 hari... Aku ade gak risik2 dia orang, berapa diaorang abis beli flight ticket, accomodation dan makanan... Adelah dalam RM400 lebih... Tu belum masuk duit belanja kat sana... Yelah, walaupun kat Cambodia tu agak teruk dari segi infrastructure dan sebagainya, kadang2 kita tak tahu.... Ada gak tempat menarik or tempat yang boleh untuk kita beli belah... Apa2 pun, duit belanja kene ada... Pulak tu, kat situ dia orang tak pakai matawang tempatan iaitu riel sebab terlalu rendah... So, mereka semua pakai US Dolar kalau urusniaga!!! Mak aih, merasa darab 3.5 for every RM1... Mahal tu... Tu satu... And then, passport nak kene ready beb!... Kalau tak, macam mane nak masuk border Cambodia tu... Again, nak kene carik lagi RM300... So, bila aku congak2 balik, banyak gak aku nak kene spend kalau aku ikut...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Memandangkan aku ade big plan next year, aku terpaksa tolak cara baik kat dia orang... Bukan aku tak nak ikut, tapi aku ada banyak perkara yang nak kene fikir sebelum buat keputusan... Sebelum nie aku dok risau, takut bulan Mei tu nanti, kelas aku nak mula semula... So, kalau kelas dah start, takkan aku sibuk dok kehulu kehilir menjelajah negara orang... Ketidakpastian ini menyebabkan aku agak berat untuk mengikut dia orang sekali... Takpe lah... Maybe next trip (kalau ada lagi....)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

This year aku kene berjimat sikit... Baik dari segi cuti mahupun RM... Cuti tahunan yang diperuntukkan untuk aku cuma 21 hari aje... So, aku kene pandai2 manage cuti aku supaya tak short dikemudian hari... Next year, aku nak jalan jauh, so sedikit cuti tahun ni aku kene bawak ke tahun hadapan... Kalau tak, nanti next year aku tak cukup cuti pulak... So, kalau member ajak jalan tu, aku kene tengok depa nak gie mane dan kalau perjalanan tu tak memakan masa yang panjang, aku OK aje...

Friday, 2 February 2007

I don't know why sometimes when I was alone, I can't stop myself thinking about what is going on with my life recently...

I've never thought about this before and yet, I can't figure out what went wrong and why I'm getting this awkward feeling everytime... Its like I'm losing myself and being carried away with my emotion. I tend to get angry easily, depressed and sometime sad... Am I going nuts??? No, it can't be!!... My mind is still rationale and my brain is functioning as usual... I don't do funny things or behave like a mad person... It just that when someone is talking to me, I feel like I'm lost... I can't pay much attention to what they've said...

Oh my, I think... I need a break... I need to relax and sort things in my head... Maybe because of my heavy workload and problems around me had caused my reaction to change inadvertently... That's is why I've changed... I guess...

Luckily, I have a bunch of friends who always be with me all times... My best friends, my officemates, my families... All of them are so nice and has supported me during good and bad times... I can't imagine my life without them... If I lost them, I don't think my day will be the same again, ever....

Thursday, 1 February 2007

Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... luka.. hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...

Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan.



Author : Unknown (GMail.com)
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.