Wednesday, 27 June 2007

Entah pape tah...

Pagi tadi, waktu bawak kereta gie kerja, aku perasan yang tangki minyak dah dekat nak "E"... Cuma ada sikit aje... Rasanya bila balik nanti, memang tak cukup kot nak sampai umah...

So, masa dah dekat nak sampai opis, aku singgah ler kejap kat Shell, Jalan Bangsar tu... Top up minyak sebab tengahari kang, nak keluar gie Mid Valley gak... So, bila approaching aje stesen minyak, aku nampak ade bangla yang sorang ni melambai lambai kat aku suruh masuk stesen minyak tempat dia bekerja... Aku pun, masuklah... Ikut aje arah tangan yang dia... Kelihatan, banyak gak kereta yang berhenti isi minyak kat sini walaupun stesen tu agak kecik dan sempit...

Aku rasa mungkin mamat bangla ni tengah 'period' kot... Kalau tak pun, dia baru aje lepas kene marah dengan boss dia... Angin satu badan!!... Masa aku keluar aje kereta dan pi bayar (sebab takde pekerja yang available untuk layan aku kat petrol pam; selalunya ada) mamat bangla ni pi jerit dari jauh panggil aku... Aku ingatkan dia panggil orang lain... Pastu tetiba aje dia datang dekat dan marah2 serta tengking2 aku... Ehh... Ni ape kes nak mengamuk dengan aku pulak???

Aku tak paham ape dia cakap, tapi aku tahu dia tengah marah ngan aku... Aku pun fikir, aku ade buat silap ke masa masuk stesen minyak tadi? Ke aku kacau laluan orang? Aku perhati sekeliling, semuanya OK aje, normal aje aku tengok... Yang bangla ni nak mengamuk, pasal ape pulak?

Memandangkan sepatah haram aku tak paham ape dia cakap, aku cuma geleng kepala ajelah... Tu jelah bahasa isyarat yang aku tahu kalau nak communicate dengan orang yang tak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris... At least body language ade, harap2 dia paham ler maksud aku...

Tak lama lepas tu supervisor dia datang... Agaknya dia dengar orang bising2 kat luar, tu yang terus dia pi check... Last2, supervisor dia lak yang tolong aku isi minyak... Siap minta maaf kat aku sebab pekerja dia tengking2 customer... Aku malas nak fikir, cuma senyum ajelah... Sebelum beredar, aku pesan kat supervisor tu supaya hati2 sikit ambil orang bekerja... Silap haribulan, customer semua lari.....

:)


Tuesday, 26 June 2007

Ni aku nak share ngan kalian semua...

Aku rasa ade benar gak... Kelakar pun ade... Aku pernah perhatikan orang ramai waktu makan tengahari kat kantin office aku... Lebih kurang gini lah perangai diaorang... Well, let us accept the way we are... Aku rasa ramai agree dengan apa yang diperkatakan ini....

:)


Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, bayar nasi dan air sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik opis or
10. Pergi surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu... Kalau tak pun, borak2/gelak2...
4. Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain
8. Jalan lagi...
9. Dah puas hati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Cari pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. Eeeeiiii..
13. Dah puas hati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi, "banyak sangat pulok.."
17. Tak puas hati, banyak lagi.. buang lagi.. (tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi (sambil tu tengok2 orang) Jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tengok2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak banyak la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. Belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. Alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk..
40. Alamak. Air tak order lagi...
41. Tinjau2, carik org order air.. Sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2 tentang orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, pergi surau.....

Betul tak??? Jangan marah aa kaum perempuan... Kalian, actually memang unik dan begitu kompleks untuk difahami... :)


Lately ni, aku rajin sangat tulis entry panjang2.. Sampaikan ramai tegur aku... Begitu detail penerangan aku terhadap satu2 entry yang keluar...

Bila aku fikir2 balik, perlu ke aku nak buat entry panjang2 ni? Larat ke orang nak baca entry aku? Kadang2 aku kesian gak dengan pembaca dan pelawat blog aku nih... Kene go through line by line untuk faham overall story...

Sorry ye pada semua... Aku memang takleh nak stop bila menaip... Bila tangan ni start aje tekan butang keyboard, otak aku pun ligat sekali menyusun ayat untuk entry yang bakal di'post' kan... And kebanyakkan entry tu, is about real story on what is going on with my life... Tapi ada gak entry sampingan yang aku masukkan dalam ni untuk dikongsi bersama dengan kalian semua... Kalau aku ade terbaca apa2 artikel atau e-mail, dan info yang aku dapati tu bermanfaat, aku akan publishkan... At least, semua orang dapat kebaikan dan pengajaran darinya...

Sesetengah orang, tak suka cerita panjang2... Very short and simple.. Tapi senang faham... But some people, suka membaca sambil menghayati... Jadi, jalan cerita dan konsep dapat difahami... Aku tak tahu kalian jenis yang mane satu...

Oklah, untuk kesekian kalinya, aku tak nak elaborate panjang2... This time, aku cuma nak post beberapa gambar yang aku rasa menarik dan dapat merehatkan minda kalian...

Enjoy yourself yaa...

Cheers,
Reez


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Monday, 25 June 2007

Waktu lunch tadi, opis aku ade buat makan2 tergempar... Tak rancang ape pun, terus order dan makan... Semua ni dilakukan sempena pemergian seorang lagi rakan sepejabat aku... Dia dapat better offer kat company lain....

Sorang demi sorang blah... Tinggal ler brape kerat kat opis aku ni... Makin lama, makin takde orang... Kerja lak, makin lama bukan makin susut... Bertimbun timbun atas meja... Siape nak buat? Aku pun tak tahu...

Apa yang pasti, mane kerja aku, aku buat... Kerja yang ditinggalkan orang lain, aku buat kemudian... Tangan aku cuma ada 2 aje... So, hendak tak nak aku kene concerntrate kerja aku dulu... Susah kalau kerja dengan customer ni... Hati orang nak kene jaga (tapi hati aku... siape nak jaga??? Huaaarrrgghhh....)

Aku selalu merayap blog orang lain, ada yang cerita pasal masalah diaorang kat tempat kerja... Normal lah tu, kalau takde problem, bukan bekerja namanya... Aku harap kesemua masalah diaorang tu takde lah sampai menggugat kesihatan dan kedudukan diaorang kat tempat kerja... Sometimes, kita tak boleh ikutkan sangat problem ni... Take a deep breath and try to tackle the situation... If can't then better ask for help...

To Shuhaili yang membaca/bakal membaca entry aku ni, "Good Luck to You!... All the Best..."

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Untuk dikongsi bersama kalian semua...


Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi SAW, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari
mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.


Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat.

Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
(Surah Al-Anbiya' : ayat 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani".

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.


Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.


Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Sumber asal : Tidak Diketahui


Sunday, 24 June 2007

Ni jawapan untuk tag dari Acai... Kalian jangan gelak lak ye bila tengok gambar aku masa kecik2... Memang kelakar giler... Bila aku tengok pun, aku tak percaya yang tu ialah aku... Aku ingatkan anak orang lain...

Aku nak cite sikit pasal diri aku masa kecik2 dulu... Aku tahu semua ni pun dari mak aku...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambar aku masa umur 6 bulan... Tengok ler rambut... Dah nak macam David Arumugam (Alleycat) dah.. Heheeeee....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa ni, umur aku dah nak masuk 8 bulan... Aku masa baby dulu suka gelak.. Asal orang acah aje, aku gelak... Budak periang ler katakan... (Note : Batang tiang lampu kat belakang tu ler yang aku suke panjat)


Aku merupakan anak kedua dalam adik beradik aku... Ada kakak seorang dan aku merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga... Mama memang mengharapkan dapat anak lelaki... Kononnya nak berselang seli lah... Tapi last2 tak jadi gak... Lepas aku dilahirkan, aku dapat adik perempuan... Pastu, perempuan lagik... Ramai betul adik perempuan dalam keluarga aku nih... :)

Masa aku masih lagi baby, aku cukup manje dengan kedua orang tua aku especially ngan mak! Kalau kena marah ke, kene rotan ke, aku nangis sebut nama mak... Tak pernah sekali pun aku sebut nama abah (mesti abah kecik hati.. Heheheeeee...) Nak buat macam mane, setiap masa mak aku aje yang tengok2 kan aku... Abah aku sibuk bekerja... Bila time cuti aje ada masa nak jenguk...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambo ngan kakak, mak, sepupu dan makcik.. Saje aku crop sebab nak fokus kat muke aku... Senyum lagik! :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bergambar berdua dengan kakak aku.. Haa.. Yang nie serius sikit.. Masa ni umur aku baru 3 tahun... Aku suke sangat gambar ni... First time pakai coat ngan tie, beb!!.. Heheeeeee... Sampai sekarang aku simpan baju tu lagi... :)


And then, bila dah besar sikit, biasalah... Aku dah mula nakal... Anak laki, normal lah... Kat umah tu, abis semua tempat aku panjat... Aku panjat almari, bergayut kat tiang lampu (dulu2 lampu tidur memang berkaki dan tinggi... skarang nie depa buat rendah2 aje...) panjat meja makan... Pendek kata, ape aje yang boleh dipanjat, aku akan panjat... Macam spiderman... Mak aku cakap, dah berapa kali dah aku jatuh terlentang gara2 memanjat nih... Lebam sana sini badan aku... Tapi tak gak insaf2... Esok harinya, panjat lagi!... Heheheeeeeeee...

Kat umah tu, aku cuma berdua aje dengan kakak aku sebab jarak umur antara kami berdua cuma 2 tahun aje... Pastu aku dapat adik lepas 4 tahun... So, gap tu agak jauh lah jugak... Memandangkan kami berdua aje ade kat umah, aku cuma main dengan dia lah... Tapi aku kene akui yang kakak aku masa dulu2 gangster sikit... Dia suke buli aku... Kadang2 dicubit cubitnye aku ni haa... Dah kene cubit, mengangak ler aku... Terpaksa mama pujuk... Agaknye dia geram sebab aku ni putih dari dia kot... And then, aku suke sangat gie kat dia usik2 dan tarik2 rambut dia (alah, budak kecik, biasalah tu kan??)


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Family bahagia... Bergambar dengan keluarga... Abah, mama ngan kakak... Adik aku belum lahir lagi waktu ni...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Waktu tengah mengadap... Heheheeee... Masa kecik, aku cukup suka minum Milo.. Tulah minuman kegemaran aku... Pastu cukup suke cecah ngan biskut Marie... Nyum.. nyum... Gambo nie baru lepas mandi... Heheeeee..


Bila umur dah meningkat naik, aku membesarkan dan waktu ni aku semakin nakal... Aku suke kacau kakak aku dan usik permainan dia... Dulu, kehidupan aku agak susah... Apa yang ada dalam rumah tu, itulah permainan aku... :) So, bila aku usik aje permainan dia, ape lagi... Mengamuklah dia... Kami bergaduh... Dia pukul aku, aku balas balik... Berlari lari atas rumah macam anjing dengan kucing (rumah dulu2 bertiang dan bertangga... so, kalau berlari, memang bising!) Sampaikan mama dah tak terlayan kami adik beradik... Bila abah balik aje dari tempat kerja, baru aku ade chance main kat luar rumah...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa sekolah tabika... Graduated from Kg. Puah Kindergarden School... Cuba teka yang mane satu aku... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Waktu nie Hari Raya... Bergambar dengan sepupu sepapat... Aku memang takleh tengok orang pegang kamera... Mesti nak enterprem biarpun yang bergambo tu budak2 perempuan... :)


Begitulah aku masa kecik2... Keadaan ni berterusan sampailah aku masuk sekolah tadika... Tapi semenjak aku dapat adik bawah aku dan seterusnya, aku kurang nakal sikit sebab aku sayang adik aku... Selalu bila mama sibuk kat dapur, aku tolong jaga adik... Dodoikan dia tido dalam buaian dan sebagainya... Tapi bila masing2 dah besau, kami tak rapat sangat... Biase2 aje...

:)



Semalam, pas balik dari PWTC... Aku temankan mak dan abah gie Carrefour...

Saje depa nak gie sana beli barang dapur sikit... So, memandangkan adik aku tak nak drive dan nak duduk kat umah aje (malas katanya...) aku dengan selamber meng'offer' kan diri bawak diaorang gie Carrefour tu... Bukannye jauh pun... Kat Wangsa Maju aje... Cuma beberapa minit dari umah aku...

Sampai aje, kami pun memulakan operasi mencari barang2 yang hendak dibeli... Aku pun ada gak barang peribadi yang nak dicari sebab this week, aku akan bercuti panjang (cuti yang 5 hari tulah...) so, nak travel ke Pantai Timur... Kawan aku kawin... Jadi, kami berpecah... Mak ngan abah gie kat area barang2 keperluan harian dan dapur, aku lak ke bahagian lain... Ramai gak orang datang beli barang kat Carrefour ni... Aku rasa sebab dah menghampiri hujung bulan kot... Gaji pun dah masuk!...

Masa aku tengah syok2 cari barang keperluan aku, aku ternampak ler satu pasang sandle ni... Warna cokelet gelap... Cantik gak... Sandle yang aku pakai sekarang pun dah buruk dah... Nanti nak gie jalan2, takkan nak bawak sandle buruk... So, aku ambil lah satu... Masuk dalam bakul shopping yang aku kendong kehulu kehilir... Bila aku nak blah aje, aku terpandang lak sepasang lagi sandle... Kaler yang sama gak tapi pattern lain... Adehhh!! Cantik gak... Berkenan aku...

Sudahhh... "Ku didalam dilemaaa... - lagu KRU dedulu... Heheheeee..." Tak tahu nak pilih mane satu... Dua2 cantik.. Dua2 aku minat... Dua2 aku suke... Tapi takkan ler aku tamak ambil kedua dua sekali? Ishh... Macam mane ni yek?

Kepala otak aku ligat berfikir... Yang mane satu aku nak ambil... Kalau aku ambil satu, next time kalau aku datang, dah takde dah pattern tu... Biaselah Carrefour ni, barang selalu laku... Takde gerenti kita akan jumpa barang yang sama bila gie lagi sekali (except fast-running goods)... Kalau nak, kene beli terus bila jumpa... Jangan tangguh2... Tapi takkan nak beli dua2 sekali kot??? Bila masa lak aku nak pakai???

Kalian ada idea tak? Mane satu aku nak pilih???

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Option 1 - Yang memula sekali aku jumpa...Cantik dan memang aku berkenan...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Option 2 - Adehhhh... Cantik gak... Simple tapi menawan hati aku..... :)


Saturday, 23 June 2007

Waduh....

Rasa seronok ada, teruja pun ada gak... Excited sangat nih!

Mane taknye, petang tadi lepas balik dari opis, aku dan kawan2 ke PWTC gie tengok pameran MITM Fair 2007... Pameran nie sebenarnya ialah pameran yang berteraskan 'jalan jalan' dan percutian dimana banyak syarikat perlancongan (travel company & tour agent) mengambil bahagian mempromosikan pakej2 percutian dan jalan jalan yang mereka sediakan... Tak kisahlah sama ada dalam atau luar negeri, semuanya ada... Alah, macam MATTA dan MAS Travel Fair tulah... Jadi kat sini, ada beratus2 booth telah dipasang dan kalian akan dapat lihat pelbagai jenis syarikat perlancongan kecil dan besar ligat mempromosikan produk mereka...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Budak dari Legend yang sebok suruh joint membership diaorang... Rimas!


Untuk pengetahuan kalian, setiap tahun aku memang buat perancangan untuk pergi bercuti... Sebabnya, company tempat aku bekerja memang mewajibkan setiap pekerjanya berehat sekurang kurangnya 5 hari berturut turut; sekali dalam setahun... Maksudnya disini ialah dalam 25 hari cuti tahunan yang diberikan, setiap pekerja harus menggunakan 5 hari berturut turut (tanpa henti) untuk bercuti... Tak kisahlah sama ada cuti dan duduk dirumah saje atau pun nak pergi jalan jalan...

Aku rasa, kalau dah 5 hari tu, elok aku pergi somewhere kan? Lama gak tu... Kalau aku ambil dari hari Isnin sampailah Jumaat lagi best (sebab tempat kerja aku memang kerja 5 hari seminggu... Sabtu dan Ahad memang tutup!)... So imagine, aku dapat rehat selama 9 hari (5 hari aku apply, 4 hari dapat free2.. Heheheheeeeeee...)


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Berbalik pada cerita ni, aku pun pusing2 lah dalam PWTC tu... Sebelum tu, nak masuk kene beli tiket dulu... RM3 sekali masuk! Ermm... aku pun pelik, nak masuk pun kene bayar?... Apelah dia orang ni...

Dia orang dah asingkan booth2 ni kepada dua bahagian... Local dan International... So, terpulanglah pada pengunjung sama ada nak gie tengok kat bahagian local atau international... Tapi bagi aku, kalau kalian setakat nak pergi bercuti didalam Malaysia ni, tak payah ler ambil pakej kat dia orang ni... Buang duit aje... Aku rasa lagi untung kalau kalian buat sendiri! Lagipun ni kan negara kita? Kalau gie mane2 pun, takkan sesatnye lah... Lainlah kalau nak gie oversea.. Haa yang tu aku suggest korang ambik pakej sebab senang korang nak berjalan... At least, kalau tak tahu, ade orang tolong bawak dan tunjukkan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

As usual, masa tengah berjalan, banyak pulang sales person yang hulur pelbagai jenis risalah.. Sampai penuh tangan aku memegangnya... Tu masih OK lagi... Tapi yang tahannya, ada satu ketika tu aku dan kawan2 dikerumuni oleh ramai sales person meng'explain' produk dari company dia orang... Sampai aku tak dapat nak dengar yang mane satu... Semua bercakap dalam satu masa yang sama... Macam pasar borong pun ade gak!... Pening kepala aku... Last2 aku tarik kawan2 aku lari dari situ... Rimas !!!

And then, aku ingatkan dah selamat dah.. Rupenya sangkut lagi... Kali ini, aku terpaksa mendengar coleteh dari wakil Legend Group, syarikat yang memiliki rangkaian hotel terbesar selepas Berjaya... Aku sebenarnya malas nak dengar explanation dari company besar2 ni sebab lepas dia orang explain, dia orang mesti suruh kita joint jadi membership... Memang ler best sebab offer yang dia orang bagi begitu exclusive... Penginapan semua hotel 5 bintang... Takde hotel cikai2 nih... Memang kene dengan yuran yang diaorang charge... Every year, dia orang akan bagi kita duduk kat hotel 5 bintang ni selama 7 atau 14 malam (bergantung pada availibility)... Ermm... Ok gak kan??

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tapi yang tak sedapnye, nak jadi membership kita kene bayar yuran kemasukkan sebanyak RM 6,500 (sekali bayar) dan bulan2 kene bayar dalam RM300++ selama 60 bulan... Mamat yang explain ni siap buat kira2 pecahan charges tu... Total semua berjumlah RM18,600 (lepas tolak diskaun) dan kita boleh enjoy semua yang dia offer...

Mak aihh... Gilo apo!!!... Mane aku nak korek duit banyak tu? Dari aku sign, baik aku guna duit tu beli kereta... Banyak tuh!!!!... No wonderlah orang kaya2 aje yang joint... Mahal giler! Aku memang tak mampu lah kalau macam tu... Bila aku cakap kat dia aku tak nak, terus mamat tu kerut dahi... Biaselah orang Marketing ni.. Sentiasa tak puas hati dan nak gak kita beli produk diaorang... Kalau tak, takde sales... Aku memang tahu dah perangai diaorang ni sebab aku pun dulu belajar Marketing gak... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bila aku buat muka blur dan tidak berminat, dia masih lagi nak pujuk aku supaya aku sign jadi membership produk diaorang... Siap mintak I/C dan credit card aku... Semuanya beres... Aku tercengang... "Ape kes mintak I/C dan credit card aku???" Aku buat tak layan sambil geleng2 kepala tanda tidak setuju dan tak nak!... Aku nekad memang tak mau ambil offer yang ditawarkan... Bila mamat tu tanya lagi sebabnya, aku bagilah macam2 alasan... Yang paling utamanya aku cakap, "mahal sangatlah! aku tak mampu...."

Bila dengar aje, ape lagi... Mamat tu dengan tak paham bahasanye mengira semula dan explain bahawa apa yang dia offer tu berpatutan... Dia siap cakap... "Kalau bayar bulan2 RM300 tu, dapat ke nak duduk kat hotel 5 bintang selama 7 malam?? Kalau kita book hotel sendiri, semalam aje dah dekat RM200 lebih... Kalau 3 malam dah RM600... Mane lagi untung?" Pastu dia cakap aku boleh enjoy macam2 facilities dalam hotel dia tu... Pendek kata, semua adalah....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Adehhh... Hati aku menyirap aje bila dia cakap macam tu... Apelah bangangnye mamat nih! Tak reti2 lagi ke?? Aku kalau nak gie bercuti, takkan ler sampai 7 malam berturut turut kat hotel kau!... Kalau lama pun, baik aku duduk hotel biasa2 aje... Janji boleh tidur, mandi dan tukar pakaian... Tambahan pulak, aku nie bukan bangsa yang suka terperap aje dalam bilik hotel!... Ape guna berjalan kalau kau tak explore tempat yang kau pergi??? Bagi aku, hotel tu sekadar tempat aku berehat... Siang hari, jangan haraplah aku ade dalam bilik... Pagi keluar, malam baru balik...

Aku bukannye orang kaya yang book hotel, pastu berkurung dalam bilik... Sepanjang masa, mengadap dinding, pintu, katil, TV dan sebagainya... Tak retilah aku... Kalau aku enroll membership tu, memang aku rugi... Aku jenis suke adventure dan suke explore... Sebab tu kalau berjalan aku lebih prefer duduk budget hotel atau hotel biase2 aje... Lainlah kalau aku dah tua dan tak larat nak jalan atau terlalu kaya sangat sampai tak tahu nak buat ape dengan duit tu... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Last2, aku terpaksa 'tutup' kan mulut mamat ni... Aku cakap dengan dia "kalau saya join memang boleh, tapi awak bayarkanlah semuanya sebab saya memang tak mampu langsung... saya ada banyak lagi komitmen yang nak kena uruskan...." Mamat tu terus bengkerk bila aku cakap macam tu... Kan aku dah kata dari awal aku tak nak! Kau yang gatal gie explain macam2 sape suruh?? Buang masa aje...Lama gak aku kat situ sebab semua kawan2 aku kene interview dengan sales kat situ... Seboleh bolehnye depa nak dapatkan member...

Selesai aje, aku terus blah gie tempat lain... Disebabkan terlalu lama sangat kat satu2 kaunter, aku dan kawan2 tak singgah pun kaunter lain... Kami cuma ambil brochure aje... Aku akan go through kat rumah... Aku cuma aim brochure yang menawarkan pakej ke New Zealand... Insya Allah, next year aku akan kesana sebab best friend aku dah memanggil manggil aku datang jenguk dia... So, aku kene simpan cuti dan $$ untuk membolehkan aku gie tempat tu... There will be a few of us gak... Rasanya dalam 6 orang kot... After that, ade beberapa few planning lagi, antaranya: -


  • New Zealand (2008)
  • Bangkok @ Phuket, Thailand (2009)
  • Bandung @ Jakarta (2009)
  • Ade lagilah... Tapi tak tahu sama ada boleh ke tak.. Tengok bajet dulu... :)

Yang kat dalam Malaysia, aku dah jalan habis dah... Semua negeri aku dah pijak... Kalau tertinggal pun, cuma satu dua tempat aje... Insya Allah, time to time, aku akan sampai gak tempat2 tu... Ia akan diselang selikan dengan international traveling plan aku... :)

Nota:-
Asyik nak merayap aje aku nih! Kawin entah biler... Adehhhhhh...... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Friday, 22 June 2007

Yummy....

Sedap sungguh char kueh teow nih... Rasa macam nak order lagi je...

Lepas blah dari opis petang tadi, aku terus ikut member gie satu tempat nih... Semalam memang dah janji nak gi tapi disebabkan hujan turun mencurah - curah, terpaksa cancel segala planning... Masing2 lebih suka lepak kat umah aje tanpa sebarang program...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mase baru sampai... Ramai betul orang datang sini... :)

Aku tak pasti sama ada kalian pernah sampai ke tak kat sini... Tempat ni takde lah jauh sangat dengan pusat bandar... Ngan umah aku, lagilah dekat! Masa aku sampai, aku rasa pelik sangat, "apesal lah ramai sangat umat manusia datang sini... best sangat ke makanan kat sini???"

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Member tengah sibuk order air dan bayor... :)


Aku pernah ler dengar char kueh teow Bunga Raya tapi selama aku duduk kat KL, tak pernah aku sampai tempat ni... In fact, masa zaman sekolah dulu, aku ramai kawan yang duduk kat Bunga Raya tu... Pernah gak aku sampai umah dia orang tapi tak pernah lak aku nampak tempat nih...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nasi lemak yum yum... Rasenye rasa nasi lemak kat semua tempat sama aje kan???


Segala macam manusia aku jumpa.. Of course, pelbagai bangsa lah... Dari budak2, pelajar kolej (sebab Kolej Universiti TAR memang dekat aje ngan tempat ni), pejawat kerajaan mahupun swasta semuanya ada... Askar dan polis pun berdoyon doyon datang makan kat sini... Tu yang aku ade musykil tu... Macam ade daya penarik lak tempat ni.. Tang mane yang menarik, aku pun tak tahu...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ni lah char kueh teow yang aku cakapkan tu... Sedap gak!.. Jom makan... :)


Tapi aku akuilah, memang sedap char kueh teow yang dia masak tu... Masa aku sampai, berderet deret laki dan pompuan beratur nak beli makanan... Ade yang makan kat situ, ada yang bungkus... Berpeket peket ler jugak... Kawan aku yang bawak ni bagitau memang sedap tapi kalau dulu2, lagi sedap sebab tukang masak yang original tu yang masak.. Skarang, orang lain yang masak so, kurang kick sikitlah... Aku rase aje makanan, sedap aje... Licin licau aku keje kan tanpa tinggal ape pun atas pinggan tuh... Heheheeeeeee... Entah, agaknye aku tengah lapar kot time tu... Ape ade, aku bedal ajelah...

Nantilah, aku ajak kalian datang makan kat sini... Tapi aku tak pasti waktu siang dia bukak ke tak... Aku gie tadi, hari dah malam...

:)




Kalau orang bertanya pada kita, apakah kegunaan side mirror? Dengan pantas kita terfikir dan teringat yang benda tu letaknye kat kereta sebelah kiri dan kanan...

Dan of course, kehadiran side mirror memang amat penting ketika kita memandu kenderaan... Tanpa side mirror, kita tak tahu ape yang ade dibelakang dan disebelah kenderaan kita kan? Masa kita nak membelok, memotong dan masuk lane sebelah kiri dan kanan, mahupun nak park kereta, kita kene guna side mirror ni... Begitulah pentingnya side mirror yang berfungsi sebagai 'mata' pada kenderaan kita...

Tapi kalian jangan tak tahu lak! Bukan kat kereta aje ade side mirror tau... Kat tempat lain pun ade... Fungsinya tetap sama, tapi yang berbezanya side mirror ni bukan terletak pada kenderaan tapi kat tempat lain...

Macam aku, selain dari kereta, aku ade letak satu lagi side mirror untuk kemudahan aku... Kalian nak tahu kat mane aku letak side mirror ni?? Kat mane lagi kalau tak kat meja opis aku ni haa... Sejak aku mula pindah ke tempat duduk baru (sila klik sini untuk bacaan lanjut -->
"Mak Aku Balik Dari Kampung Dan Tempat Duduk Baru Aku") :), aku rasa kurang selesa sikit dengan arah dan kedudukannya... Kalau dulu, aku cukup selesa dengan tempat aku, tapi this time aku terpaksa akur dengan lokasi baru tempat aku bekerja... Aku pun dah pindah unit, so hendak tak nak, kenelah ikut apa boss suruh...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Side mirror ni lah yang ingatkan aku bila ada 'penceroboh' datang dari belakang... ;)


Meja aku sekarang ni memang membelakangi bilik boss boss... Jadi, yang tak sedapnye, depa ni selalu keluar masuk bilik dia orang.... Suke sangat lalu belakang aku ni haa... Tak senang hati aku dibuatnye... Ade sekali tu, boss aku siap jeling2 tengok ape aku buat! Seolah olah dia macam memerhatikan aku... Untuk pengetahuan kalian, perangai boss boss kat sini memang macam tu... Depa nie memang tak percaya kat anak2 buah mereka... Mereka selalu fikir yang anak2 buah dia orang ni tak menjalankan tugas dengan baik... Tiada kepercayaan langsung diberikan pada anak2 buah... Kesimpulannya, tempat keje aku ni dah jadi macam sekolah tabika... Asyik nak kene tunjuk, arah dan perhatikan... Dulu sebelum merger, keadaan tak macam ni... Dulu aku dan kengkawan memang seronok datang keje... Happy aje... Kami bebas nak buat kerja dan boss pun sempoi... Tapi semenjak orang lain take over, jadi lain lak... Berbulu gak aku!

Disebabkan aku ni selalu online kat opis (sebab nak balas Msjbox, balas membalas e-mail dsb... Heheheeeee..) terpaksalah aku beli satu cermin untuk dijadikan sebagai side mirror... Senang sikit aku nak tengok kalau2 ade orang lalu belakang @ perhatikan aku... Kalau takde side mirror ni, menggelabah gak aku bila ade orang sergah dari belakang!... Sambil2 tu, leh gak aku tengok2 muka aku ni.... Ade comot ke idak... Heheheeeeeeee....

Lepas aje aku letak side mirror, dua tiga hari pastu, ramai lak yang ikut... Aku siap tanye lagi diaorang ni... "Nape letak cermin kat situ???" So, as expected, depa cakap sebab senang nak tengok siape datang dari belakang... Sah lah memang ramai yang kurang selesa dengan tempat duduk diaorang nih... Memang kebanyakkan tempat duduk kat opis ni OK; ada tu view memang best giler ngadap KL dan bukit bukau! Tapi yang tak syoknye bila bilik2 boss ni yang depa letak kat tempat yang tak strategik menyebabkan aku dan kawan2 rasa kurang selesa... Nak tukar tempat, tak boleh sebab bukan aku dan kawan2 yang decide... Jadi, terpaksalah akur dan terima keadaan ini...



ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah SAW berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (Surah An-Nisaa: ayat 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: ayat 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah SAW menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

Sekadar Peringatan :
KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.


Nabi Muhammad bersabda~
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Sumber asal : Tidak Diketahui. Terima kasih, Maria Abd Razak.



Thursday, 21 June 2007

Aku bengang betul dengan big boss aku hari ini...

Makin hari, makin menyirap aku dibuatnya... Kalau ikutkan rasa hati, nak aje aku hentak kepala dia kat dinding! Geram!!!!

Citenye macam ni, sebelum ni office aku ade keluar advert untuk jawatan yang kekosongan... Banyak gak la kerja kosong skarang... Dan dalam banyak tu, ada a few yang memenuhi kriteria dan kelayakan aku... So, excited kejap... Berkobar kobar nak mintak....

Memandangkan kat department aku sekarang macam hawau dan boss kat sini tak nak naikkan pangkat aku dan kengkawan yang lain, aku rasa better la aku apply keje kat department lain yang sah2 memberikan kebaikan (benefit) kat aku... Lagipun, jawatan yang mereka offer memang 'highly demanded' dan up sket dari jawatan aku skarang... Jadi, baguslah tu kan???

As usual, aku isi form dan hantar pada immediate superior aku... Tersentak dia kejap bila tengok aku submit borang tu... Ape lagi, kene 'kuliah' ler dalam bilik dia...

"You sure ke you nak joint department lain ??" tanya Pn. Maria... Supervisor yang OK ngan aku... Perempuan separa abad ini mengharapkan jawapan positif... "Yes, I'm very sure"... Ringkas sekali jawapan aku tanpa sebarang alasan dan kenyataan...

"But why??? You tak suke kerja kat department ni?? Ke you tak suke kerja bawah I???...." tanya Pn. Maria lagi...

Ermm... Aku terdiam kejap... Macam mane aku nak explain ni yek? Susah gak ni... Bukan aku tak suke kerja kat department aku sekarang ni... I love so much! Kerja aku skarang memang banyak menduga ilmu dan pengalaman aku selama ini... So, I feel wasted kalau joint other unit... Lagipun, sebab aku beria ia nak tukar, bukan pasal dia... Semuanya sebab mat salleh tulah... Tak pernah faham keadaan aku dan kawan2 aku kat sini...

"No Pn. Maria.... That is not the main reason... There is something greater than that... I think I better keep it within myself..." aku cuba merahsiakan dari dia sebab sebenar aku tapi jauh dilubuk hati, aku mengharapkan dia faham situasi sekarang...

Dengan tenang, supervisor aku menjawab... "I see... I understand... You don't have to explain to me because I know what's going on right now... Since you've made up your mind, I'll justify and support your application..."

Aku rasa serba salah lak... Janganlah dia fikir bukan2... Aku bukan tak suke kerja dengan dia... Dia sungguh OK... In fact, aku rasa dia antara immediate supervisor yang paling baik pernah aku jumpa dalam company aku nih... Aku tak sanggup lak nak lukakan hati dia apatah lagi menyusahkan dia...

"Before you decide to go, I think you should think about yourself first... Your life, your future... What you want and wether you've earned it... Analize and evaluate your choices... Is it work satisfaction or remuneration/benefit? If I were you, I go for second option since there is no guarantee in satisfaction while working here..." sambung supervisor aku lagi...

Dia telah membuatkan aku berfikir sejenak... Memang ape yang aku fikirkan sama dengan apa yang dia cakap... Walau kerja macam orang giler sekali pun, tapi tak naik pangkat, baik tak payah kerja!... Bulat2 kau dipergunakan untuk kepentingan orang lain... Jadi, buat ape bodoh2 ikut aje ape yang orang lain suruh?... So, sekarang aku kene ikut rentak dia orang... Kalau nak aku bekerja lama kat department ni, tunaikanlah permintaan aku nih... Bukan rugi mane pun...

Lepas tu aku tak tahu ape jadi ngan application form aku tu... Tiba2 aje, aku tengok dah ada atas meja aku ni haa... Boss aku minta aku antar terus ke HR Dept sebab dateline nye besok... Sebelum aku masukkan dalam envelope, aku sempat baca komen dari big boss aku, si mat salleh tak gune tulah... Masa tulah darah aku menyirap...

Aku rasa terkilan kerana dia tak support pun application aku... Dia cuma bagi komen, 'kalau dia orang (department yang keluarkan iklan) nakkan aku, depa kene cari pengganti untuk aku... baru aku boleh dilepaskan dari department sekarang'.... Maknanye, sah ler lepas ni application aku kene reject! Dari HR cari pengganti untuk aku, baik dia cari orang baru terus! Buat ape tempat tu dia nak bagi kat aku?? Kan dah banyak kali kerja...

Bengang betul aku ngan si mat salleh nih... Entah bila dia nak berambus dari company aku ni pun, aku tak tahu!!! :(

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sentap aku dengan statement big boss aku nih!! Ade ke ini yang dia komen??? Memang tak patut betul lah... :(



Wednesday, 20 June 2007

Aku nak share sket satu pengalaman menarik dengan kalian...

Benda terjadi waktu aku keluar gie selesaikan masalah dengan bank tadi... Cek yang aku terima, kene tendang... So, kene gie kat HQ untuk dapatkan balik cek tu dan mintak replacement semula... Kes cek nie dah lama dah sebenarnya... Dekat sebulan dah... Disebabkan aku kebizian tahap Dewa ke-19, takde lah aku gie kat HQ tu... Dah ler nak gie sana makan masa sejam (naik pengangkutan awam lah, of course) pastu nak kene jumpa orang tu, orang ni... Turun naik bangunan... Leceh betul! Tapi, kalau aku bertangguh pun, bila nak setel? Last2 aku decide gie tengahari tadi sebelum waktu makan... Boss aku lak berchotti so, ade chance ler nak ngular... Heheehee... Jangan salah anggap, aku memang tak pernah mengular ni... Al-maklumlah, budak baik dalam syarikat (*wink.. wink....)

Dalam pukul 10.45 (pas jawab Msjbox) aku terus keluar... So bermulalah perjalanan cerita yang aku rasa menarik nih...

Turun aje dari pejabat, terus panjat tangga naik ke LRT Bangsar menuju ke Masjid Jamek... Alah, tempat yang dia orang buat chekpoint masa Treasure Hunt bebaru ni lah... Sampai, terus aku meredah kesibukan jalan menuju ke Menara Maybank... Aku sebenarnya tak paham, kenapa cek tu buleh sampai kat situ... Padahal, aku bank-in cek aritu kat Dataran Maybank... Punyelah jauh cek tu berjalan... Nasib baik dalam KL lagi, kalau sampai nun kat Penang sana, macam mane aku nak buat??...

Masa tengah laju berjalan tuh (ade la kot dalam 1km/j), aku ditahan oleh beberapa tourist nih... Tanya macam2 soklan kat aku.. "Eh, aku nie kaunter maklumat bergerak kah???" Heheheeee... Anyway, aku tak kesah sangat tolong mamat ngan minah mat salleh ni... Nampak sangat depa ni first time datang KL... Mereka ni Briton (British dari UK) rupenye... Slang habis!! Tapi still boleh dengar lagi lah English depa ni... Aku pun dengan ramahnye tunjuklah kat mane tempat yang depa nak pergi... Kalau ikutkan ape yang dia tunjuk kat peta tu, depa nak pi Dataran Merdeka... So, aku pulak tetibe aje terslang English cakap, "ohhh, yeshh... well......" explain kat depa ni... Agaknye masa tu bising sangat, jenuh dia nak dengar ape aku cakap (entah ler dia paham ke idak sebab masa aku cakap tu, rasanye nyaring betul dah suara aku... Ning Baizura pun kalah tau!...) Heheheeee... Last2, aku dengan baik hatinye bawaklah depa ni gie tempat tu gara2 takut depa sesat sebab tak paham apa aku cakap tadi... :)

Sesudah selesai, aku jalan patah balik ke Menara Maybank... Sampai2 aje depan lobby, aku terus call minah bank ni untuk ambil cek seperti yang dirancangkan... Yang kelakarnye, minah ni boleh tanye aku balik, "nak ape???"... Eh, ape kes??? Kan ke kau yang panggil aku suh ambik cek yang kene tendang tu... Explain punye explain, baru dia paham... Tapi dia tak leh nak attend aku sekarang sebab kesibukan dengan kerja2 nya (biasalah, orang keje bank memang camtu, asyik sibuk aje... Tak pernah ada free time....)

"Ok encik, encik terus masuk ke Banking Hall... Naik tingkat satu jumpa dengan Encik Acai..." explain minah tu terburu buru... Belum aku sempat nak cakap balik, dia dah letak telefon... Hampeh betul! Geram aku... Aku rewang2 kat dalam tu mencari tempat pertanyaan... Takde pulak aku nampak orang dok kat situ... Yang mane satu pulak En. Acai ni... Yang aku tahu dan kenal, Acai kat Shah Alam nun haa... Tengah sibuk buat kerje (Acai... ampun, ampunn....)


Last2, aku slumber katak gie tanye kat awek cun dok kat kaunter depan pintu masuk tadi... "Cik, boleh saya tahu, En. Acai mane satu???" Minah tu yang terpinga pinga dengan kehadiran aku cuma senyum (waduhhh, manisnya! Heheheeeee...) seraya menjawab, "bahagian mane tu encik?"... Hati aku dah berkata kata "ayu sungguh minah ni..." Fikiran aku melayang kejap... Agak lame, baru aku balas... "tak tahu lah saya cik dia bahagian mana..." Minah tu kerut dahi lalu menuding jari kearah bahagian tengah menyuruh aku bertanye kat sana... Bermula lah situasi 'tendang menendang' disebabkan takde siape yang tahu si Acai ni... Haaaiiihhh Acai woiii, manelah kau... Yang aku lak sengal betul, ade telefon, tak telefon balik minah bank tadi tu... Kan senang! Biasalah bila kita kalut2, satu benda pun tak teringat...

At end, lepas penat ditendang sana sini macam bola, dapatlah jugak aku berjumpa dengan orang yang dimaksudkan... Aku nak marah pun tak guna sebab benda dah jadi... Terima ajelah dengan redha...

Setelah selesai, aku terus balik sebab dah menghampiri waktu makan tengahari... Takut nanti Putra penuh sesak lak... Waktu aku approach Lebuh Ampang, aku terserempak dengan kawan satu sekolah dulu... Kebetulan dia lalu situ dengan sorang kawannya... Memula aku tak perasan tapi bila aku menghampiri, baru aku cam muka dia... Ape lagi, kene sergah ler dengan aku... Dia memang dah berbeza sekarang... Makin debab dan tembam... Kali terakhir aku jumpa dia waktu Malam Alumnae 1998 dulu... Hah... Korang kiralah brape tahun aku tak jumpa dia... Dia pulak jenis bangsa 'choc fudge' nih... Sekejap aje, sekejap takde... Ada2 saje... Heheheeeeee... Lama gak kami borak, sampai aku terleka yang aku dah lewat... Kami bertukar tukar no telefon sebelum beredar dari situ...

Masa naik masuk LRT Jamek, sekali lagi aku kene tahan... Kali ini bukan tourist tapi orang mintak sedekah... Ada sorang pakcik tua datang minta duit ngan aku... Aku kesian, terus aku bagi ape yang ade dalam poket seluar... Kelihatan pakcik tu gembira bila aku menghulurkan note RM5 padanya sambil tangan menekup muka tanda kesyukuran... Aku cuma senyum dan terus beredar... Dah lambat giler dah ni!

As I expected, memang kat dalam stesen tu dah penuh dengan umat manusia yang berpusu naik LRT... Tah mane tah dia orang ni nak gie, aku pun tak tahu... Ade aje program dia orang ni lah... Heheeheeeee.. Nasib baik aku slim, boleh ler nyelit2 masuk dalam tren tu... Kalau besar kembang, sah2 tak muat!... Tren bergerak sampailah approaching stesen Pasar Seni... Aku nampak ade mamat India sorang ni nak keluar dari tren... Sebelum tu dia duduk... So, dalam hati aku rasa lega sebab pasni aku boleh la duduk tempat yang dia duduk tadi... Bila tren berhenti dan pintu terbukak masuklah segerombolan manusia termasuklah group ah-soh2 yang vogue... Serius, depa ni memang vogue sebab style dia orang mengalahkan orang muda!... Bukan main lagi diaorang menggayakan pakaian yang berwarna warni tu... Rasa macam pertandingan fesyen lak... Heheheeeee... Yang tak tahannye, rambut bukan main lagi... Remos tinggi membumbung (typical old fashion look)... Tapi cantiklah... Lain dari yang lain... So, disebabkan depa ni orang tua, aku pun bangunlah bagi tempat duduk aku kat diaorang... Ape lagi, happy gilerlah dapat duduk... Siap cakap kat aku, "tor che... tor che" yang bermaksud, terima kasih... Aku cuma senyum ajelah...

Aku ingatkan habis macam tu aje, rupe nya ah-soh tu ajak borak ngan aku... Aku tak kesah kalau orang nak borak, tapi cakap ler bahasa yang aku senang paham... Ni dibantainye cakap Kantonis yang sepatah haram aku tak tau! Yang aku tahu satu dua perkataanlah macam "lei pin ko", "em tuck", "mei si", "seq fan".... satu dua perkataan pendek2 yang aku belajar from my Chinese friend kat opis ni... Tu pun belum khatam lagi tau! Ni ko gie cakap perkataan yang aku tak pernah dengar... Dah lah tu, laju lak cakap, macam bullet train!

Dengan slamber nye aku balas, "auntie aa... belly soli ooo... sy tataw cakap Cina... Itu Malay saya tahu cakap punyee... Lu ada paham kaa??..."

Pastu baru auntie tu terdiam dan gelak2 ngan kawan dia... "Aiyaa... Belly solly... Saya ingat lu Cina juga... Itu pasat saya cakap Cina sama lu..." sambil buat2 muke manje nye... Eeee... ngeri lak aku tengok... :)

Balik aje opis, terus aku ngadap cermin kat toilet... Muke aku nie ade muka macam orang Cina kah? Tang mane yang macam Cina? Mata aku sepetkah??? Ke sebab warna kulit aku nih?????

Pelik, pelikkkk.... Tapi dah banyak kali dah kene macam ni... Orang Cina kalau jumpa aku, mesti cakap Cina dengan aku... Agaknye kalau aku terer cakap Mandarin, sure depa tak tahu yang aku ni Melayu kan?.... Heheheeeeeeeee.....



There once was a little boy who had a bad temper. His Father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence. The first day the boy had driven 37 nails into the fence.

Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all. He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.

The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone. The father took his son by the hand and led him to the fence. He said, "You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say I'm sorry, the wound is still there. "


A verbal wound is as bad as a physical one. Friends are very rare jewels, indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share words of praise and they always want to open their hearts to us.


Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang AGAMA
Kerana kasih hamba turutkan...

Pantun ini berkait-rapat dgn isu hangat yg melanda
Malaysia masa kini iaitu tak lain dan tak bukan...
ISU MURTAD...

apakah yg dimaksudkan dgn murtad?
apakah yg menyebabkan seseorg itu murtad?
apakah ianya sekadar isu terpencil?
apakah peranan anda jika berhadapan dgn situasi murtad?

Dapatkan jawapan kepada persoalan ini dalam...

TALKSHOW NISA'
dengan tajuk
ANTARA CINTA & IMAN
disampaikan oleh...
Ust Ridhuan Md Noor
(Pengerusi FRONT BERTINDAK ANTI MURTAD - FORKAD)
pada
24 Jun 2007, 10pg - 12tghr
bertempat di
Dewan Seminar, Masjid As-Syakirin KLCC

kami persembahkan khas untuk anda...

“Kerana Dirimu Begitu Berharga...”

Hubungi: 019-2313176, 019-2050319

* Makanan disediakan
* Muslimin Muslimat Dijemput Hadir!!!


Tuesday, 19 June 2007

Lepas Maghrib tadi, aku boring dok kat opis lelama...

Abis aje solat, terus aku blah... Masa sampai opis pagi tadi ingat nak cabut awal... Rasa penat dan ngantuk! Tapi bila sampai aje waktu balik, segar bugar lak bijik mata nih... Tak rasa penat dan ngantuk lak...

Terus aku melencong ke Mid Valley jab... Saje gatai gie sana tengok2 barang... Nak beli belah, fulus takde... Heheheeeee.. Gaji belum masuk lagi beb! Tengah bulan dah ni... Kene bajet2 sikit... Nanti kang, tak makan lak aku...

Banyak kedai aku masuk, sampai amoi2 kat situ jeling2 kat aku sebab tak beli ape2... E ehh... Suke aku la aku nak beli ke idak... Yang kau gie ngekor aku sape suruh??? Heheheee... Aku round kat LG, G sampailah tingkat atas... Macam2 kedai aku masuk... Kedai video, kedai pakaian, kedai bunga (alamak, hari ni besday Kak Retna kan???), kedai alatan sukan, kedai kasut.... Semualah.... Kedai ape lagi aku tak mention yek?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And then aku masuk F.O.S.... Ingatkan nak survey T-Shirt kasual... Ok gak, banyak variety kat situ... Harge pun, boleh lah tahan... Masa aku pusing2 dalam F.O.S yang besar gedabak tu, mata aku tertarik kat beberapa pasang pakaian ni... Comel sungguh! Actually pakaian ni untuk budak2... Comel sangat....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Terus aku teringat kat anak kawan opis aku yang sorang ni... Omaknye adelah pesan suruh tengok2 baju untuk anak dia... Katanya nak bawak gie Family Day... So, kene sangatlah tu... Ada a few yang menarik dan sesuai... Memandangkan, gaji belum masuk, aku tengok dan ambik gambar ajelah... Tak sanggup aku nak gesek kad lagi... Pasni bleh aku tunjuk kat dia...


Untuk dikongsi bersama rakan2 sekalian...


Siapakah org yg sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Terima kasih : Adnan Sulaiman
Sumber : Unknown



TRUST is a very important factor for all relationships. When trust is broken, it is the end of the relationship. Lack of trust leads to suspicion, suspicion generates anger, anger causes enmity and enmity may result in separation.

A telephone operator told me that one day she received a phone call... She answered, "Public Utilities Board..." There was silence. She repeated, "PUB..." There was still no answer. When she was going to cut off the line, she heard a lady's voice, "Oh, so this is PUB. Sorry, I got the number from my Husband's pocket but I do not know whose number it is..."

Without mutual trust, just imagine what will happen to the couple if the telephone operator answered with just "hello" instead of "PUB".


No Pointing Fingers

A man asked his father-in-law, "Many people praised you for a successful marriage. Could you please share with me your secret?"

The father-in-law answered in a smile, "Never criticize your wife for her shortcomings or when she does something wrong. Always bear in mind that because of her shortcomings and weaknesses, she could not find a better husband than you."

We all look forward to being loved and respected. Many people are afraid of losing face. Generally, when a person makes a mistake, he would look around to find a scapegoat to point the finger at. This is the start of a war. We should always remember that when we point one finger at a person, the other four fingers are pointing at ourselves.

If we forgive the others, others will ignore our mistake too.


Creating Perfect Relationships?

A person visited the government matchmaker for marriage, SDU, and requested "I am looking for a spouse. Please help me to find a suitable one." The SDU officer said, "Your requirements, please." "Oh, good looking, polite, humorous, sporty, knowledgeable, and good in singing and dancing. Willing to accompany me the whole day at home during my leisure hour, if I don't go out. Telling me interesting stories when I need companion for conversation and be silent when I want to rest." The officer listened carefully and replied, "I understand you need television."

There is a saying that a perfect match can only be found between a blind wife and a deaf husband, because the blind wife cannot see the faults of the husband and the deaf husband cannot hear the nagging of the wife. Many couples are blind and deaf at the courting stage and dream of perpetual perfect relationship. Unfortunately, when the excitement of love wears off, they wake up and discover that marriage is not a bed of roses. The nightmare begins.


No Overpowering

Many relationships fail because one party tries to overpower another, or demands too much. People in love tend to think that love will conquer all and their spouses will change the bad habits after marriage. Actually, this is not the case. There is a Chinese saying which carries the meaning that "It is easier to reshape a mountain or a river than a person's character."

It is not easy to change. Thus, having high expectation on changing the spouse character will cause disappointment and unpleasantness.

It would be less painful to change ourselves and lower our expectations...


Right Speech

There is a Chinese saying which carries the meaning that "A speech will either prosper or ruin a nation." Many relationships break off because of wrong speech. When a couple is too close with each other, we always forget mutual respect and courtesy. We may say anything without considering if it would hurt the other party.

A friend and her millionaire husband visited their construction site. A worker who wore a helmet saw her and shouted,"Hi, Emily! Remember me? We used to date in the secondary school." On the way home, her millionaire husband teased her, "Luckily you married me. Otherwise you will be the wife of a construction worker." She answered, "You should appreciate that you married me. Otherwise, he will be the millionaire and not you."

Frequently exchanging these remarks plants the seed for a bad relationship. It's like a broken egg - cannot be reversed.


Personal Perception

Different people have different perception. One man's meat could be another man's poison. A couple bought a donkey from the market. On the way home, a boy commented, "Very stupid. Why neither of them rides on the donkey?" Upon hearing that, the husband let the wife ride on the donkey. He walked besides them. Later, an old man saw it and commented, "The husband is the head of family. How can the wife ride on the donkey while the husband is on foot?" Hearing this, the wife quickly got down and let the husband ride on the donkey.

Further on the way home, they met an old Lady. She commented, "How can the man ride on the donkey but let the wife walk. He is no gentleman."
The husband thus quickly asked the wife to join him on the donkey. Then, they met a young man. He commented, "Poor donkey, how can you hold up the weight of two persons. They are cruel to you." Hearing that, the husband and wife immediately climbed down from the donkey and carried it on their shoulders.

It seems to be the only choice left. Later, on a narrow bridge, the donkey was frightened and struggled. They lost their balance and fell into the river. You can never have everyone praise you, nor will everyone condemn you. Never in the past, not at present, and never will be in the future.

Thus, do not be too bothered by others words if our conscience is clear...


Be Patient

This is a true story which happened in the States. A man came out of his home to admire his new truck. To his puzzlement, his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint of the truck. The man ran to his son, knocked him away, hammered the little boy's hands into pulp as punishment. When the father calmed down, he rushed his son to the hospital.

Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, "Daddy, I'm sorry about your truck." Then he asked, "But when are my fingers going to grow back?" The father went home & committed suicide.

Think about this story the next time someone steps on your feet or u wish to take revenge. Think first before u lose your patience with someone u love. Trucks can be repaired... Broken bones & hurt feelings often can't. Too often we fail to recognize the difference between the person and the performance. We forget that forgiveness is greater than revenge.

People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever.

Source : Unknown (E-mail forwarded by a friend of mine)


Monday, 18 June 2007

Heheheheee...

Surprise dengan tajuk entry aku kali ini?

Aku sendiri lagi terkejut tatkala benda ini terjadi kat aku... Masa aku takde kat tempat duduk tadi (tak silap aku, masa aku gie solat kot.....) ade insan yang pemurah letak something atas meja aku... Lepas aku balik, aku memang tak perasan sebab benda tu dia letak kat ceruk meja... Bila aku nak capai file, baru aku perasan...

Aku ingatkan ape tadi, bila bukak2 ade satu kotak berjenama 'Famous Amos' berikat dengan reben kaler maroon... Siap ada bunge atas reben tu... Cute!... Pastu, kat envelope tu (of course dia pakai envelope recycle, company aku punye) dia tulis "For You, With Love..."

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aisehhh... Peminat mane laklah yang bagi hadiah kat aku ni... Kalau ikutkan kotak tu, macam kotak biskut... :) And then, cara dia wrapping, for sure bukan jantan yang bagi... Sure awek yang kasi ni... Yang peliknye, dia tak letak pulak nama ke ape... Sign pun takde... Cuma ayat tu ajelah yang dia tulis kat atas envelope tu... Yang slacknye, dia gie guna envelope recycle... Hehehee.... Tak cukup budget kah ???? Heheheheheeee....

Anyway, aku terpinga pinga kejap... Semua orang yang diduduk kat sekeliling aku, aku tanya... Tapi semua cakap, mereka tak perasan sape yang letak... In fact, Kak Piah yang duduk belakang aku ni pun tak tahu... Hehehehee..... Dalam hati, aku rasa seronok "Wahhh... ade gak yang minat kat aku ni yek... muke takde lah hensem mane pung..." Heheheehee...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Anyway, pada orang yang bagi hadiah ni (kalau dia bacalah blog aku nih), terima kasihlah banyak2... Nak kata ko bagi sempena besday aku, tarikhnye lambat lagi... Entah ape occasion, aku pun tak tahu... Anyway, thank you very the much ! Nanti aku makan cookies ni (kalau betul cookies) ye....


Sunday, 17 June 2007

Ponek pakcik tau!

Lotih bonar dah ni... Tapi penat2 pun, rasa enjoy gak... Seharian aku tak pergi mana2 kecuali kerumah kawan aku yang sorang ni... Memang dah promise ngan dia yang aku nak datang... Kalau ikut perancangan asal, aku dan seorang lagi rakan akan mengecat rumah dia...

Al-maklumlah, rumah bujang... Masa pindah dulu pun, macam cowboy... Takde barang sangat... Masuk pun macam tu aje... Takde proper ceremony... La ni, dah dekat 5 tahun dah dia pindah duduk sendiri...

Kalau masuk rumah dia ni, macam mane rumah tu baru siap, macam tulah keadaannya sampai kehari ini... Cuma perbezaannya, suasana tu dah kusam sikit sebab dinding dah berhabuk... Dia pulak, jenis yang malas berkemas (orang bujangla katakan), jadi kalian bayangkanlah bagaimana keadaan rumah dia ni... Aku sendiri pun pening kepala dan sakit mata bila masuk!

Sorry yek, aku bukan ler nak mengata... Tapi kalau dibandingkan antara rumah dia nie ngan rumah kawan aku yang sorang lagi tu, jauh sangat bezanya... Walaupun kedua duanya bujang, tapi memang ketara sangat...

Anyway, aktiviti mengecat bermula pada waktu pagi membawa ke petang... Aku tak leh nak stay lama sebab tuan rumah ada hal... So, sempatlah siapkan mana yang patut... Masa mengecat tu pun, cuma aku dan member sorang lagi je yang buat... Tuan rumah cuma duduk dan tengok aje...

Katanya "I tak reti nak mengecat ni... Arahkan orang nak cat I memang pandai !!"

Hampehhhhhhh!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Friday, 15 June 2007

Suasana suram menyelubungi kawasan perkarangan dewan serbaguna office aku...

Hari ini, aku dan kawan2 satu department mengadakan satu jamuan ringkas khas buat officemate aku yang sorang ni... Dia ni dah nak berhenti dah... Aku tak pasti selepas ni dia akan sambung kerja kat mana tapi yang pasti, dia telah berkhidmat dengan syarikat tempat aku bekerja selama 7 tahun! Agak lama juga kan?...

Dari apa yang aku tahu, ramai kawan2 yang seangkatan dengan aku sebelum ni mengundurkan diri... Sorang demi sorang meninggalkan syarikat... Kadang2 tu rasa sedih gak sebab dia orang ni semua dah lama bekerja kat sini... Rata2 nya dah lebih dari 5 tahun... Macam aku, aku kerja dah lebih 10 tahun, ade kawan2 aku dah 15 tahun, 20 tahun pun ada! Semuanya kira senior dah... Kami nie kira dah expert dan dah biasa dengan operasi syarikat... Tahu selok belok dan orang kat dalam syarikat... Tapi sekarang, satu persatu berhenti... :(

Majlis yang diadakan simple aje... Sekadar minum petang... Aku tak sempat nak handle majlis yang grand2... Masa pun takde... Dari 8.45 pagi sampailah 5.45 petang, hampir kesemua diantara kami memang sibuk... So, peluang yang ada cuma hari Jumaat ajelah sebab kami boleh balik awal... 4.45 petang dah boleh blah... So, that's the best and available time untuk aku buat majlis perpisahan ni... Selalunya aku buat waktu lunch tapi terlalu singkat... Kali ni, aku buat mana yang sempat ajelah...

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... Dari mula orang datang, sehinggalah bagi ucapan, penyampaian cenderamata dan makan makan... Ada satu ketika tu, aku rasa serba salah gak sebab aku perasan, one of my colleague nie dah rasa sedih... Mata dah merah... "Menangis kah??? Alamakkkk....." Aku tak sangkalah dia boleh terasa sampai macam tu sekali... But it is normal sebab bila kita bekerja bersama sama selama bertahun tahun lamanya, kita akan jadi rapat... Dan bila dah rapat, wujud satu ikatan yang akrab antara kita dengan orang tu... Bila orang tu berhenti, of course kita akan rasa sedih... Kalau aku, aku pun akan rasa begitu...

"Abg Yan, I'm so sorry... I hope you OK"....

"To Karamjit, Good Luck to you! Jangan lupa kami disini... Rajin2 lah contact dan datang melawat...."

Thursday, 14 June 2007

Kadang kadang, aku wonder... Macam mane lah life aku selepas ini? Adakah aku akan berada ditakuk lama atau perjalanan hidup aku akan berubah?

Aku memang tahu, siapa lagi yang dapat mengubah nasib dan hidup kita kalau tak diri sendiri... Sedangkan dalam Al-Quran pun dah cakap, nasib sesuatu kaum tidak akan berubah kecuali dia sendiri yang mengubahnya... Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana... Dia tahu apa yang telah Dia tentukan untuk setiap hambaNya... Pokok pangkalnya, kalau kita sendiri tidak usaha, maka macam tulah kita selamanya...

Untuk jadi seseorang yang disegani ramai bukan senang... Macam aku, bukan aku nak jadi seorang yang terkenal... Bukan nak bangga diri, buat itu dan ini... Aku cuma sekadar ingin mencari sesuatu yang dapat memuaskan hati aku... Aku ingin lakukan sesuatu yang diredhai olehNya... Aku ingin mencurahkan bakti kejalanNya... Agar aku akan memperoleh keberkatan dariNya... Persoalannya, apa yang ingin aku lakukan?

Masa aku kecik2 dahulu, aku rajin tolong orang sekeliling aku especially ahli keluarga aku sendiri... Ape saje yang dia orang suruh, aku buat aje... Pendek kata, aku antara yang boleh diharapkan kat rumah... Kalau ngan kawan2, depa selalu dok cari aku... Memula tu rasa peliklah jugak... Apesal lah asyik aku aje yang kene... Kenape tak pilih orang lain? Contohnye macam jadi ketua darjah, ketua kumpulan sebagainya... Mesti nama aku yang naik... Senario ni seringkali terjadi sampailah sekarang... Aku dah bekerja pun, ramai yang suke aku uruskan perkara2 yang bermacam macam.... Seolah olah, macam takde orang lain lagi dah....

Yang aku hairan, aku tak tolak pulak... Semuanya aku kata OK aje... Tanpa sebarang bantahan... Kenape ye? Aku sendiri pun tak paham kenape aku macam ni...

Adakalanya, aku rasa rimas gak bila terlalu banyak sangat... Sampai kadang2 aku tension dengan dia orang nie semua... Tapi aku tak terus melenting... Mane yang boleh aku tolak, aku tolak cara baik... Aku tak nak nanti depa kata aku nie sombong dan pentingkan diri pula... Harap2 setakat nie takde yang terasa hati dengan aku...

Aku ada beberapa perancangan untuk masa akan datang... Yang penting, aku kene ketahui apa yang aku minat... And then I must know whether I'm good at it... Kalau semua tu dah ada, aku rasa baru boleh kot aku teruskan perancangan aku... Cita cita memang tinggi, tapi tulah... Aku tidak tahu sama ada aku mempunyai semangat yang kuat untuk melaksanakan semua ini... Aku lihat diri aku, aku bandingkan dengan semua orang disekeliling aku... Aku rasa kerdil sangat... Rasa macam kecik! Tapi, aku tak pernah rasa putus asa sebab dalam hati aku, terbit rasa cemburu yang membuak buak... Bukan cemburu sampai aku nak merosakkan orang lain... Tapi sekadar cemburukan apa yang orang tu ada, aku tak ada.... Aku mesti kene dapatkan jugak...

Kalau nak dilihat sejarah perjalanan hidup aku sebelum ni, agak sedihlah jugak... Aku taklah macam kebanyakkan orang kat luar sana... Mereka bernasib baik kerana ada segala galanya... Tapi aku fikir fikir balik, kenape nak kene pandang belakang? Sepatutnya kita harus bergerak kehadapan dan kejar cita2 kita... Itulah yang harus aku buat!

Ibarat kata orang tua tua... "Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"... Alang alang aku dah sampai tahap ni, baik aku teruskan sampai habis... Insya Allah, aku yakin aku boleh pergi lagi jauh dari apa yang aku rancang... Entah kenapa semangat berkobar kobar tiba tiba aje hadir dalam diri aku dan aku rasakan sesuatu menunggu aku dihadapan...

Aku berdoa semoga aku tidak berhenti ditengah jalan... Macam ramai orang kat luar sana... Geregak aje besar, tapi.........................

Aku tak mahu jadi macam "tin kosong"... Cuma berkata, tapi tiada tindakan... Apa yang ingin aku dah lakukan, akan aku teruskan... Apatah lagi dengan adanya sokongan padu kawan2 dan ahli keluarga aku sendiri... Terima kasih semua !!!


Wednesday, 13 June 2007

For us to think about....


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Tuesday, 12 June 2007

Lepas lunch tadi, ada sorang kawan sepejabat datang jumpa aku... Mengadu pasal masalah yang dia hadapi...

Terkejut jugak aku sekejap sebab tiba2 aje dia datang minta tolong... Dalam hati terdetik gak, "Ape ke jadah minah ni mintak tolong kat aku nih... Tak pernah2 dia mintak tolong aku... La ni, sanggup datang waktu lunch semata mata nak jumpa aku...." Aku pun layanlah sebab kesian kat dia ni... Lagipun, pasal kawan2, aku tak kesah sangat... Mane yang boleh aku tolong, aku tolonglah...

Memandangkan yang dia nak cerita ni agak peribadi sikit, aku buat keputusan untuk jumpa dia dalam bilik meeting yang terletak tidak jauh dari tempat duduk aku... Dalam bilik tu, senyap sikit so takde orang akan dengar perbualan kami... But people can see from outside sebab dinding keliling 100% kaca...

Dia pun start ler cerita... Gedebak gedebuk, rupa2 nya dia gaduh dengan boyfriend dia... Lahhhh... Aku ingatkan dia kene rompak ke, nak kahwin ke... Rupanya, benda kecik aje... Mengikut cerita dia, punca sebenar pergaduhan ni adalah disebabkan perasaan cemburu dan kecil hati yang terbit dalam diri... Cerita bermula apabila boyfriend dia terpaksa cancel dating malam ni gara gara kawan office dah booking tiket tengok wayang kat TGV, KLCC... Dah pulak tu, movie tu pulak memang favourite movie boyfriend dia tu...

Yes, kalau korang, mesti korang akan fikir macam kawan aku ni fikir... Sepatutnya boyfriend dia tak sepatutnya cancel date malam ni dan keluar dengan kawan2 office dia tu... Boyfriend dia sepatutnya utamakan dia sebab dia ni kekasih kepada boyfriend dia tu... Tapi sebenarnya, situasi bukan macam tu... Boyfriend dia dah memang tak nak pergi tapi apabila dipujuk berkali kali oleh rakan sepejabatnya (plus tiket pun dah beli), then dia terpaksa gak terima... Of course dengan berat hatilah... Yang sulitnya, rata2 kawan sepejabatnya tu merupakan antara kawan rapat dia (yang sorang tu, tinggal serumah)... So, korang faham - fahamlah bila berdepan dengan situasi macam ni... Satu, kawan karib... Yang satu lagi tu pulak kekasih hati... Dua2 pun penting!... Dua2 nak kene jaga... Mane satu nak didahulukan?

So, si boyfriend dia pun bagitaulah kat dia, pujuk dia yang tak dapat gie dating malam ni... Ape lagi, member yang dah bengang terus mengamuklah... Marah2 dan maki hamun boyfriend dia... Kesian lak aku kat boyfriend dia tu... Tak pasal2 kene maki hamun... Pujuk punye pujuk, still dia tak boleh nak accept apa yang boyfriend dia dah buat... Boyfriend dia call, dia tak angkat... SMS pun tak berbalas... Dia buat tak tahu aje... Sampaikan boyfriend dia merayu rayu pada dia minta maaf... Sampai satu ketika, mamat tu dah give up... Terus bagitau "Lantaklah.... kalau awak nak marah, marahlahh... Saya malas nak fikir lagi dah..."

Member gelabah kejap... Takut kalau2 boyfriend dia serius, terus gigit jari... Kene 'cerai' time tu jugak... Disebabkan tak boleh nak fikir dan hati dah diselubungi dengan kemarahan, tu yang dia datang cari aku...

Aku nak nasihatkan dia pun payah gak... Takut kalau2 dia berkecil hati... Dengan kekuatan yang ada, aku bagitau gak pandangan aku kat dia... Terpulanglah pada dia sama ada dia nak terima ke tidak... Kalau terima, alhamdulillah lah... Aku katakan pada dia, sepatutnya boyfriend dia tak boleh buat macam tu... But in certain circumstances, kita sebagai seorang kekasih pun kena gak give and take... Dalam situasi dia ni, boyfriend dia bukan sengaja tak nak jumpa dan date dengan dia... Dia pun tersepit gak sebab pelawaan tu datang dari kawan baik dia... Kalau dia tolak, mungkin kawan baiknya akan berkecil hati.. Bayangkanlah hari2 dia nak menghadapi kawan2 sepejabat yang mula tarik muka dengan dia... Susah gak kan?

Dia (boyfriend) pun dah minta maaf banyak2 dan minta supaya dia faham situasi yang boyfriend dia hadapi ni... It just only for this time... Bukannye berkali kali jadi macam ni... Dia pulak gie maki hamun orang tu tak pasal2.. Merajuk dan tak nak balas mesej... Well, memanglah kita berhak untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita pada orang yang kita sayang... Tapi perlu ke nak maki hamun dan marah2 seolah olah boyfriend dia buat satu kesilapan yang besar pada dia? Bukannye mamat tu gie keluar dengan perempuan lain or curang dengan dia... Dia cuma menunaikan kehendak kawan dia saja...

Aku pointkan kat dia tang mana yang dia tak sepatutnya buat... Bukan ape, benda2 macam nie boleh merosakkan perhubungan kalau diteruskan jugak... Aku tahu dia memang sayangkan boyfriend dia tu... Cinta, tok sah cakaplah... Macam dah laki bini dah lagaknye... Pulak tu, boyfriend dia dah minta maaf serta merayu rayu kat dia... Ape lagi dia nak buat??.. Sampai dah give up dah mamat tu... So, kalau sayangkan perhubungan, janganlah bertindak mengikut perasaan! Macam orang tua cakap, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa..."

Aku pesan kat dia supaya jangan gaduh2... Kita nie semua manusia biasa aje... Mesti ada kekurangan dan seringkali buat kesilapan... Jadi, maafkanlah dia dan kita sebagai pasangannya kenalah faham bila berada dalam sesetengah situasi especially situasi getir macam ni... Cuba kalau kita pulak berada dalama situasi yang sama... Macam mane pulak kita nak buat???

Terdiam dia bila aku cakap macam tu... Aku harap dia terima ape yang aku cakap... Tak lama lepas tu, dia beredar sebab dah mula waktu kerja... Aku pun nak kena balik tempat aku coz kengkawan lain kene keluar gie course... Bila aku amati balik kisah dia ni, teringat aku masa zaman dulu2... Heheeheeee... Pengalaman!!!

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.